Aku tak ingat... usia berapa tahun aku mula berpuasa... tapi seingat aku masa aku darjah satu, aku belum berpuasa lagi sebab bila waktu rehat aku akan makan di bahagian belakang kantin bersama Baharom Hashim. Baharom Hashim ni adalah cucu Wak Jalil dengan Wak Jinah pengusaha kantin. Aku kadang-kadang merasa amat bersyukur anak aku telah mula berpuasa tahun lepas semasa usianya 6 tahun. Seingat aku lebih dari 15 hari dia berpuasa tahun lepas. Aku bukanlah paksa sangat anak aku berpuasa tapi Alhamdulillah dia merasa malu kalau tak puasa. Dua tahun aku hantar ke Tadika Islam dan memang dalam bulan puasa pihak tadika tidak menyediakan makanan dan bila balik ke nurserry dia pun tak nak makan. Mudah-mudahan dia dapat berpuasa penuh tahun ini. Walau bagaimana pun aku kesian tengok di sebab tak berselera masa berbuka dan bersahur. Dah tanya dia apa dia nak makan...cam semalam bila gi bazzar Ramadhan aku tanya nak makan apa....? Dia mintak mee goreng dan masa singgah pasar dia mintak air soya dah aku belikan. Hari pertama dia tak nampak letih tapi semalam dia agak keletihan dan asyik tanya berapa lama lagi nak berbuka...cam aku dulu lah asyik tengok jam aje...
Aku pun tak ingat masa usia berapa tahun aku mula puasa penuh... rasa setelah sekolah menengah kot. Aku masih teringat masa sekolah rendah balik dari sekolah... tengok air parit pun cam sedap je... Masa bulan puasa lepas sekolah agama biasanya aku tak terus balik rumah. Aku biasanya singgah kat masjid atau surau Wak Dollah berehat... dlm kul lima baru balik rumah. Sampai rumah nanti abah suruh beli air batu kat kedai Sukem atau kedai Amat Tok. Seketul 20 sen balut abuk papan. Sampai rumah masukkan dlm flash cam yang kat rumah kampung. Abah suka letak nenas "tek" yang telah dikopik dibahagian atas supaya sejuk.Daif kan? Ingat tak istilah nenas "tek"? Nenas "tek" adalah nenas yang manis. Bila dijentik bunyi tek-tek.
Waktu berbuka antara menu yang mak biasa buat ialah masak lemak tahu kering + soo hoon + kentang, tempe masak kari, gesek "kotok" masak pedas. Menu sahur tempe lagi... mee siput masak lemak, kalau nasib baik ada telor masin. Antara desert yang paling istimewa ialah sagu biji/rendang masak dengan gula merah dan tuang santan mentah.
Bila malam, bertarawih di surau Wak Dollah Parit Sentang kerana surau depan rumah kita belum dibina lagi. Jauhnya alebih kurang sebatu. Yang menariknya pergi tarawih masa tu ialah lepas tarawih dan makan-makan "jaburan" iaitu makanan yang dibawa oleh jemaah mengikut giliran. Tapi aku rasa cam kena buli masa tu oleh orang tua. Makanan yang sedap... orang tua yang makan dan budak-budak makan yang tak berapa sedap. Pada masa tu nak kira tarawih betul pun tak le... Time orang sembahyang budak-budak main galah kat bawah laman surau. Bila dah nak sembahyang witir bari naik sembahyang witir. Dulu imamnya selain abah ialah Embah Kaji dan Kaji Etah.Bilalnya Wak Selamet. Yang best bila khatam Quran. Jemaah datang bawak Nasi Ambeng. Yang aku ingat abah selalu bawak ambeng tapi lauk telor masak kari. Budak-budak biasa cuma dapat makan mee atau mee hoon goreng. Nasib tak baik dapat makan getuk ubi.
Kenangan yang tak akan aku lupa biasanya awal puasa mak akan petik buah betik yang mengkal untuk dibuat halua/manisan. Dia akan buat bentuk bunga atau daun. Direndam dalam air gula selama hampir sebulan. Dalam bulan puasa juga biasanya ada jual "kolang-kaling" dengan tapai ubi. Special sungguh. Memang tak aku lupa laungan suara abah waktu sahur..."Sahur....sahur" ke arah rumah Wak Selamet dangan rumah Wak Berahim.
Oklah...dah panjang n3 ni... ini cerita awal puasa.... nanti aku buat n3 pertengahan puasa. Bagi komen ye... aku dah tulis panjang2.
banyak betul penggunaan bahasa2 "Klasik" dalam n3 ni kan...hehehhe.......nostalgia sungguh
BalasPadampernah ke mak masak tempe masak kari?
BalasPadamYin, bukan ke ngko form 5 baru start puasa....hehehhe
Banyak le ko punya form 5. Memang Gee...istilahnya "diusik". Ala cam ungkep cam masak tumbar jinten gitu le...berkuah.Ko tanya Mek grantee dia tau...
BalasPadamitu namnya tempe bacem kot...heheehhehe ntah aku pun tak tau camana rupaya..tapi kak mah ada pernah cerita....
BalasPadamCeritalah pulak pasal mengetuk kentong......!
BalasPadamLawan-lawan antara surau dgn mesjid
ITU NAMANYA "KELOTEAN"...KALAU "KELETIAN" LAIN.
BalasPadamye lah gee namanya tempe diusik.kau singgah surau wak dolah cari "ondor" kat bwh surau kan.sama cam pengalaman aku.zalim kan org tua2 dulu.dibaginya budak2 mkn cekodok korma.dia org mkn sedap2
BalasPadam