Khamis, 19 Ogos 2010

BLENDRANG

Hari ini aku bukan nak cerita fasal puasa atau hari raya. Aku cuma nak kembalikan nostalgia dulu-dulu. Aku teringatkan bertapa nikmatnya "blendrang". Tau apa itu blendrang. Mengapa agaknya aku nak tulis blendrang. Sekarang ni paling koman kita makan ayam 4-5 kali seminggu atau mungkin hari-hari makan ayam. Kari, sup, kicap, paprik,lemak cili api, sambal, masak merah, sate, bbq, KFC, MD, MB dan sebagainua. Kadang2 sampai satu tahap macam tekak dah tak boleh terima. Kalau dulu makan ayam mesti nak pilih "dodo mentok" atau "kempol" tapi sekarang suka makan kepak ( sewiwi ) atau kadang2 beli leher atau "ceker" goreng aje. Aku rasa dah lebih sebulan tak gi KFC/MB/MD makan ayam goreng.
Dulu zaman kanak-kanak dan remaja, makan ayam bila hari raya, kenduri atau jemputan kawin. Dia punya nikmat memang "umpph". Aku rasa kalau abah sembelih ayam cuma kuku, bulu, b*nt*t dan taik je tak dimasak. Yang lain pasti dimasak. Aku bahagian jadi "doktor bedah" memang aku ingat sangat. Dari hati, pedal (rempelo), "indil-indil", jantung termasuk usus dan kepala akan dimasak. Dengan kepakaran aku, aku akan belah usus ayam dan bersihkan dan biasanya mak akan goreng dan istilahnya "tali guni". Kepala ayam aku ngan Mama Janet yang minat makan termasuk otak ayam. Kalau dapat bahagian peha, tulang2 akan di gigit/ketuk untuk dihisap som2nya. Memang nikmat!!! memang mavles.
Ha....ni baru masuk cerita tajuk. Dulu abah kalau rewang diakan jadi bahagian cuci pinggan. Sekarang banyak buffet dan guna pinggan pakai buang. Dulu memang dihidang guna dulang dan dalam pinggan mangkuk. Ayam biasanya akan dipotong 4, bukan kecil2 cam sekarang. Dulu pun belum ada ayam daging. Yang ada ayam kampung dan ayam pencen... dan pastinya liat. Satu hidang biasanya 4-5 orang. Jemputan kalau nak makan kena tunggu cukup sekurang2nya 3 orang. Kalau sehari dalam cuti sekolah ada 5-6 jemputan kadang2 mereka dah kenyang dan makan tak sampau habis. Bahagian cuci pinggan inilah akan kumpulkan baki2 ayam orang makan dalam satu periok/bekas.  Bila selesai majlis bahagian cuci pinggan akan bahagikan baki2 yang dikumpul dan bawa balik termasuk abah. Sampai kat rumah akan dipanaskan sekurang2nya sekali pagi dan sekali petang dan ia boleh tahan hingga berhari-hari. Nak panaskan bukan guna dapur gas atau elektrik. Kena guna kayu api. Setiap kali masa makan ia akan dihidangkan dan jika tak habis akan dicampur lagi dan dipanaskan sehingga habis. Masa tu tak terfikir rasa geli atau apa makan lebihan orang.  Bedal semacam. Inilah yang dinamakan blendrang. Sedappppppppppppp. Kesian kan .... Aku rasa kan perkataan blendrang dari bahasa Inggeris. "Blend" bermaksud kisar. "Rang" tu orang. Jadilah "blendrang". Wallahualam.
Sekarang ni kalau tengok anak aku makan ayam tak bersih/habis aku sedih. Bapak ko dulu makan blendrang.

Aku rasa n3 aku ini akan digelakkan. Tak apa sila komen. 

6 ulasan:

  1. Yin, aku cuma gelak ayu dan tersenyum simpul jer... heheh... Yin dulu abah kan ke tukang masak kalau kenduri kahwin kat kampung, bila ye abah letak jawatan?

    BalasPadam
  2. Abah letak jawatan bila dia diperlukan masa akad nikah sebagai saksi atau wakil tuan rumah.
    Orang kampung pun respect suruh abah kat depan layan tetamu... tapi dia kan rajin so dia lebih suka basuh pinggan. Dulu dia ada masuk kumpulan rewang Pt Sentang jugak.

    BalasPadam
  3. Blendrang memang uuueeeeenak!
    Lagi kalau dimakan bersama-sama sayur lemak kacang tolo/lotho

    BalasPadam
  4. Blendrang..? 1st time dengor dan baru tau ada benda cam gitu. Wah..banyak betul perkataan2 jawa yg saya tak faham langsung. Interesting..nanti suruh asben translatekan.

    Dulu beberapa kali jenguk blog awak tp tak ada entry baru, sekali menjengah..masyallah berderet sudah..happy belated b/day ye Rin smg pjg umur murah rezeki, sihat sepanjang hayat.

    BalasPadam
  5. Msom : Kacang tolo dibuat sambal goreng + pedal & hati. Ada pulak serunding... memang uuueenakk.
    DIDB : Kdg2 lain tempat ada word jawa yang tak sama contohnya "tebo" dengan "ceblok". Lain word tapi makna sama.

    BalasPadam
  6. kalau banyak kali panaskan rasanya BLENDRANG dah jadi BELERANG tu..hahahahaha...huh sunggu klasik tau yin bahasa kau ni.....

    BalasPadam