Selasa, 17 Ogos 2010

SUSAH NAK PERCAYA

Aku dihubungi oleh rakan lamaku yang sekarang tinggal Sg Besi. Dia menawarkan tiga jenis kereta baru sekiranya berminat dengan harga yang macam tak masuk akal. Harganya hampir separuh harga asal. Ini kereta baru... bukan recond. Aku memang tak berniat nak tukar kereta dan aku dah beritahu aku baru tukar kereta recond. Dia tanya kereta apa dan berapa harganya ... so aku beritahulah. Dia kata aku amat kerugian kerana membeli kereta recond dengan harga yang jauh lebih mahal. Dia memberitahu kereta baru yang dia tawarkan Toyota Wish hanya 80k, Toyota Estima 95k dan Mercedes Benz C200 118k. Wow murah sungguh !! UNSANGKARABLE Aku tak tau macam mana dia boleh tawarkan dengan harga begitu murah...!! Yang aku takut kereta panas tapi ini kereta baru. Walau bagaimana pun hati aku belum tertarik kerana dah serik. Nak rugi 1-2k akhirnya  rugi 10k. Padan muka aku.

6 ulasan:

  1. Ya betul tu, jangan termasuk lubang yang sama En Bahreyn. Dunia sekarang dipenuhi dengan orang-orang yang putar alam. Balik-balik kitalah yang jadi mangsa.

    BalasPadam
  2. itu sure kereta seludup atau curi... memang tak percaya langsung...dekat2 nak raya2 ni macam2 cara orang nak dapat duit extra... jangan terpedaya...

    BalasPadam
  3. dia baru balik dari oversea ke...dapat AP..hahhahaha...tapi jangan terpedaya...

    BalasPadam
  4. cek betui2 bro..kalau ok xde masalah la..gi cek kat jpj ker puspakom ke ape yg patut! kalau cun boleh angkat 1

    BalasPadam
  5. TQ atas nasihat dan aku sebenarnya untuk setahun dua ni belum nak tukar atau tambah kereta kerana aku takut kurus coz tak cukup duit nak makan. Gaji habis bayar hutang kete.

    BalasPadam
  6. Saya setuju sangat dengan BLIZKRIEG tu, berangan juga nak memandu VISH macam brader kita ni.

    BalasPadam