Jumaat, 14 Januari 2011

MAK AIIIIIIIIIIIII...............

Apahal aku ni....cam terkezut jerrr... bacalah n3 pendek aku...


Haaa...apa plak ni...promosi Thaipusam atau Tahun Baru Cina....atau launching produk baru..... errrrr semuanya bukan. Sebenarnya dah lama jugak aku guna produk cecair pencuci "Leo" ni. Aku tak guna jenama yang mahal cam Dinamo, Breeze, TOP dan sebagainya. Jenama ni mula2 try kira okla...lagi pun aku sekeluarga bukan kerja mancah atau marit. Cuma setakakat berpeluh je... baju sekolah Harith biasanya mama dia kena sentalla cos budak memang lasak sikit bermain.

Aku guna produk ni coz kualiti kita okla...harum dan yg penting harganya kira murahla masa tu ... cuma RM10.90 untuk 5 liter...dlm tahun 2008 lebih kurangla... Kira murahla kalau nak dibandingkan produk Dinamo or Breeze. Dari masa ke semasa produk ni kejab2 naik harga... bila naik bukan 10sen 20 sen tapi paling kurang 50sen hingga pagi tadi bila aku nak beli harganya dah jadi RM17.90 kira 18 la tu....kononnyaq tambah free gift pelembut kain yg tak berkualiti.

Nampaknya harga barangan di Malaysia sudah tidak terkawal. Pengeluar, pemborong dan peruncit menaikkan harga sewenang-wenangnya yang akan menyumbang kepada peningkatan inflasi. Inilah yang dinamakan "Rakyat Didahulukan...Pencapaian Diutamakan". Betullah tu ...Rakyat didahulukan untuk merasa keperitan hidup...pencapaian orang atas menjadi millionier diutamakan.

GERAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!! 

4 ulasan:

  1. Jangan tak tau....? Rakyat DIDAHULUKAN BAYAR...!!!!

    BalasPadam
  2. memaang sekarang ni harga barang dah MELAMPAU2....tadi gi pasar...pening kepala nak beli apa..semua mahal...ikan pelalingbodoh tu pun RM11/kg...cam tak logik jer...barang2 lain susu budak, milo , airkordial..semua tu suka2 hati jerk dia naikkan....alasan standard" masih rendah kalau nak dibandingkan dgn negara2 jiran" atau "kenaikkan yg tak membebenakan"

    BalasPadam
  3. nak turun harga?kena turunkan `mereka`.sungguh jengkel melihat ketidak seimbangan hidup ini. tapi beranikah kita untuk berubah?itu masalahnya.kita membebel-bebel tapi kita tidak bertindak.jadi kita dipijak-pijak.saya dah tak tahan.ni anak-anak miskin pulak tak dapat pprt.melampau sungguh.kesiannya ibu tunggal anak 10.yang sekolah semuanya.wah, emosi saya membara.

    BalasPadam
  4. Abis orang kg pun dah pandai naikkan harga barang .Nenas contohnya. Dah pakai timbang pulak..Ada gak yg kira biji

    BalasPadam