Jumaat, 28 Januari 2011

SATE OH SATE

Sate... rasanya ramai yang menggemari sate ni...ada sate ayam...lembu...arnab...kambing...perut dansebagainya. Kalau cakap pasal sate tentu ramai yang akan teringat sate Hj Samuri di Kajang. Kat Kulai pun ada sate Kajang... sebenarnya aku bukan nak cerita pasal sate tapi ada cerita di sebalik sate ni.

Tadi lepas magrib aku hantar Harith ke kelas KUMON dan kebetulan dia belum makan lagi so aku tanya nak makan apa... dia cakap nak makan sate macam semalam so aku pun terus gi gerai sate yang kebetulan terletak di bawah kelas Kumon dia. Gerai sate ni menumpang di pojok kedai mamak. Aku order sate ayam 30 cucuk. Minum order kat kedai mamak teh "O" ais dengan Nes "O" panas.

Bila agaknya dah kenyang Harith pun naiuk ke kelas Kumon dan aku pun mengasobahkan sate ayam. Bila dah clear entah macam mana terlintas nak kira betul ke tak sate tu 30 cucuk. Aku kira lidinya cuma 28 cucuk.
 Wah ni sengaja ke atau tak disengajakan? Aku anggap tak disengajakan le...tapi mulut aku gatal nak cakap. "Kalau tak silap saya la...sate ni tak cukup 3o cucuk... tapi tak pe la...mungkin saya silap kira".ku bayar RM 15.00 dan terus masuk kereta. Air aku dah bayar dgn mamak... aku start kereta...pasang aircond dan menyandar tunggu Harith habis kelasa Kumon. Tiba-tiba cermin kereta kau diketuk... aku pun turunkan cermin. "Bang maaf bang,,, memang betuk cuma 28 cucuk. Ni singgit". Aku cakap "Tak pe la saya halalkan... saya silap kira ko?". Dia beris-ia nak pulangkan singgit so aku pun ambikla.... mungkin dia ingat aku tunggu duit singgit padahal aku tunggu Harith.

Aku ni bukanla nak berlagak tapi tak mau orang ambil kesempatan. Berapa ramai orang yang cam aku memastikan jumlah betul atau tak. Kalau sorang dia kelebet singgit... kalau 20 orang dah RM20.00. Kadang2 bagi aku bukan kita nak berkira sangat tapi pasal singgit. Kalau ada unsur penipuan memang pantang aku. Ini kejadian kedua... dulu aku pernah jugak beli sate depan 7-eleven Pt Sulong. Aku cakap nak 40 cucuk dan dalam perjalan aku suruh Tanty kira betul ke 40...kelebet gak cuma ada 36 cucuk...tapi coz dah jauh malas nak pusing balik.

Aku pernah beli buah longan kat tepi jalan. Dia kata 2 kg RM 10 so aku mintak 2 kg le...lepas timbang dia pun bagi kat aku entah cam mana aku tengok balik alat penimbang yang dah berada di tempat 200gm walau pun tak letak apa2 lagi so apa lagi "Macam mana ni dik...tak letak apa2 dah 200gm. Ini salah ni ni dik...saya boleh repot ni...!".... eh tak perasan la bang...tak pe saya timbang balik.... cepat2 dia tambah....aku cakap balik ...ni dah berapa ramai orang beli ni....berdosa dik tipu timbangan...Maafla bang tak perasan.

Pernah juga dulu aku beli ikan kat pasar bila dah dimasak dan nak makan...ikan tu busuk so apa lagi berkejar aku ke pasar... mintak ganti. Sekali tu pulak aku beli lauk kepala ikan asam pedas dan bila bawak balik tengah makan...ada pulak mata pancing 2 inci...aku bungkus balik... aku marah mamak tu... semua pelanggan 
 pandang aku...dan bertanyakan hal... dia nak bayar ganti rugi tapi aku buat sombong....

Itulah antara pengalaman2 aku dengan peniaga yang tak jujur... aku bukan nak berlagak tapi tak mau orang lain ambil kesempatan dan boleh jadikan pengajaran supaya tidak tertipu.

Ini ajelah n3 aku kali ni...





2 ulasan:

  1. Berdosa besar menipu macam tu.....Begitulah kalau dah tak percaya dosa pahala, syurga neraka, semua dingap saja.

    BalasPadam
  2. Ah tu semua tektik org berniaga.Kalau pelanggan tak perasan peniaga yg untung.Ko tak ingat ke yang aku n kak kay kena tipu terang2 pasal harga jambu kat pasar malam pt Tengah tempohari.Kalau g parit sulung tak ingat singgah gerai dia. Ingat sampai bila2..

    BalasPadam