Ahad, 30 Januari 2011

NASIB BAIK AKU MASIH SABAR....

Ni apa pulak Yin ni...cam marah jerrr... tapi gambar orang tengah makan jamuan kenduri kawin....! Sabo...Yin..sabo... apa halnya?
Ni memang aku geram... ni Sabtu lepas aku ngan dua orang cikgu sekolah aku gi majlis kenduri kawin staf sokongan aku ( PAR ).  Aku gi yang terawal jugakla.... masa sampai orang pun tak ramai lagi. Kita orang terus jumpa bapak pengantin dan salam kerokle...biasa. Lepas tu di jemput makan buffet. Kita orang pun terus ambil pinggan dan isi makanan. Air style gerai le ada bermacam-macam jenis aku pun terus ambil segelas  air mata kucing yang telah dituangkan dan minum dulu kerana haus. Bila nak ambil lagi aku ambik le yang lain yang dah dituangkan... boleh mamat jaga air sound aku "Bang...guna le gelas tu balik... tak le teruk tukang cuci". Naik darah aku... tapi ini majlis orang tak kan nak buat kecoh... aku ambik le gelas tadi dan hulur kat mamat sombong ni... 

Mungkin bagi mamat ni tak mau kerja banyak... tapi bagi aku sebagai tetamu yang diundang memang terasa hati. Mau je simbah air kat muka dia. Dia dah dibayar untuk serve. Nasib baik aku tak terus jumpa tuan rumah...komplin. Hormatlah sikit dengan tetamu....
Tak pe nanti aku nak komplin dengan pengantin.


3 ulasan:

  1. Kalau aku dah alang2 malu kena sound, ambik je gelas lain.Padan muka dia...

    BalasPadam
  2. Banyak betul yang kita kena sabor dalam menempuh hidup seharian ni kan...khususnya benda2 spontan macam ni...kalau cikgu Yin ikut hati tadi mau lencun mamat tu mandi air mata kucing ek, ngee..

    BalasPadam
  3. betul kata mama janet Yin, kalau aku pun amik aja gelas lain, ya la alang2 dah malu...
    cam aku semlm masa nak pulang kunci kat Blue Lagoon , si akak veteran tu kata... ramai duk rumah tu ya, ikut peraturan tak boleh,kalau dia orang chek cik boleh kena black list...nyesal lah aku tak jawab ... tak heran kena black list banyak lagi tempat lain nak sewa...

    BalasPadam