Isnin, 10 Januari 2011

MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN

Blog dah bersawang dahhhhh....

Baru kira-kira sebulan aku tak buat n3. Entah...malas bebeno nak mengupload gambar. Nak cerita pasal minggu pertama persekolahan aku rasa memang malas nak ingat kerana ia merupakan  peristiwa sedih buat anak aku Harith pada tahun 2010. Pada hari pertama sekolah darjah satu sepatutnya parent hantar ke hingga ke kelas namun ia tak berlaku pada Harith kerana mama dan papanya seorang guru yang terpaksa menguruskan sesi persekolahan di sekoalh tempat bekerja. Pada hari pertama akan ada pemantauan samada dari PPD atau dari JPNJ. Pada hari pertama sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu berjalan.
Dengan rasa berat hati terpaksa kirimkan Harith pada jiran sebelah rumah yang kebetulan mengajar di sekolah tempat Harith belajar. Harith mesti sedih melihat kawan-kawan yang lain dihantar oleh parent tapi mama dan papanya tidak dapat bersama di hari bersejarahnya. Apa nak buat...itu periok nasi papa ngan mama. "Maafkan papa dan mama ye sayang".
Kini setahun dah berlalu dan Harith mungkin dah melupakan peristiwa itu dan aku pun sebenarnya tak suka nak mengingat.
Hari ini dah masuk minggu kedua. Setiap petang seboleh-bolehnya papa ngan mama akan jemput Harith di sekolah dan dia memang happy kalau kedua-dua mama dan papanya menjemputnya. Petang tadi selepas menjemputnya kita orang terus ke Restoran Gazebo... antara restoran yang boleh tahan masakannya.

Like father like son...Harith masih beruniform pengawasnya.

Fish n chips untuk Harith.

Chiken chop untuk mama...

Tomyam ayam dengan nasi putih untuk papa...

Ini aje n3 sapu sawang aku... ok tuuuu...

3 ulasan:

  1. Papa sebenarnya boleh ambil CRK. Tetapi Papa ni memang jenis sanggup berkorban utk nusa dan negara. Tuan memang PK Kokurikulum contoh

    BalasPadam
  2. Last yer si Adam masuk darjah satu pun aku takat hantar sampai depan sekolah je... lagi pun budak2 sekarang ni dah tak hairan dah masuk darjah satu sebab masing2 dah biasa kat tadika, tak de dah nak nangis2...

    BalasPadam
  3. alah cik ryn takpelah jugak at least anak cik ryn tak balik umah jalan kaki mcm anak anna... hehehehe sorang je ye anak cik ryn??

    BalasPadam