Jumaat, 11 Februari 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 5 )

... Jiran aku yang rapat ialah Jelan Wak Selamet walaupun usianya 4 tahun lebih muda dari aku. Dengan dialah aku selalu bermain dari main gasing, main getah gelang ( gubdu ), main layang2, main lastik dan aktiviti lain sepertti memancing kat parit...seluk lubang ikan ( gogoh rong ) , main tolop, main tembak2, masin galah, main kereta / lori buatan sendiri.

Walau pun usia Jelan lebih muda tapi dia lebih berkemahiran dalam permainan dan melakukan aktiviti.  Kalau main gasing...gasing aku yang banyak kena pangkah,  Kalau main gelang getah ( gundu ) dia asyik menang jerrr... kalau main lastik... batu dia lebih kerap kena sasaran dan kalau lastik burung... aku tak pernah kena. Gia memang berani gogoh rong... aku mmg tak berani,

Kelebihan aku bila main layang-layang...aku lebih terror...kalau buat lori balak...lori aku lebih cantik. Dulu sebelah pondok depan rumah ada pokok pinang dan dia jadi identiti kalau naik teksi nak suruh driver teksi berhentikan kereta.... "Berhenti kat pondok yang ada pokok pinang" dan satu lagi identiti pondok bumbung hitam ( coz diperbuat dati tong minyak tar ). Kat pokok pinang ni dikesan ada sarang burong tiong. So operasi mengambil anak burung dan yang panjat pastilah Jelan . Ada 3 ekor anak burung yang baru beberapa hari menetas... masih bulu jarum. Kita orang ambik dan nak pelihara. Makanan anak burung ni ialah dedak halus yang dicampur air. Senang nak bagi makan kerana anak burung ni akan bukak mulut... so colit dengan jari dan suapkan anak-anak burung tiong ni. Hari2 ini aktiviti aku kerana burung tu letak kat rumah aku. Seekor daripadanya tak panjang umur...mati setelah 3 minggu. Yang dua ekor umurnya agak panjang. Oleh kerana hari2 dengan aku burung ni dah jadi jinak. Kalau lepaskan pun dia tak terbang jauh dan balik semula. Bila dah besar makanannya lagi mudah,,,dedak kasar dan tak perlu disuap. Kalau rajin aku akan tangkapkan belalang atau patong-patong ( dragon fly ). Senang nak tangkap dragon fly...letak getah nangka pada kayu panjang dan hurul kat tepi parit. Bila dragon hinggap pasti terlekat. Bila dah terlekat aku akan bersiol...peweeeeet...so burung tu akan datang dan makan dragon fly tu.... Setahun lebih...seekor lagi sakit dan mati tinggallah seekor. Yang seekor ni dah terlalu jinak... arwah mak selalu marah aku sebab burung tu suka kacau dia masak, curi makanan dan berak kat dapur.  Arwah mak akan tutup burung tiong tu dengan tudung saji dan panggil aku suruh kurung. Aku tak ingat berapa lama lepas tu pada suatu pagi bila aku tengok  tempat kurungan dah terbukak dan burung tu tak ada... aku panggil dia tak datang. Beberapa hari jugak bersedih kerana kelilangan "burung tiong". 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan