Diam tak diam dah habis separuh perjalanan tahun 2010. Ada lagi separuh perjalanan dan separuh perjalanan yang kedua ini 90% adalah untuk kurikulum sepatutnya tapi kami guru-guru mempunyai 3 boss. Boss paling tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia. Boss kedua Jabatan Pelajaran Johor. Boss ketiga Pejabat Pelajaran Kulai. Ketiga-tiga boss ini nak tunjukkan bahawa mereka ada buat program/kerja maka terciptalah berbagai program. Sasarannya atau hala tujunya adalah sekolah atau lebih tepat guru-guru... maka dengan motto "Saya yang menurut perintah" maka dengan "ikhlas" kami jalankan program yang diarahkan.. Mereka akan buat pemantauan dan setiap program mesti disusuli dengan laporan/dokumentasi. Kadang-kadang program yan mereka rancang ada persamaan atau overlapping cuma yang membezakan adalah nama program. Cuba bayangkan di KPM terdapat beberapa bahagian. Di JPNJ juga mempunyai beberapa bahagian. Begitu juga di PPD, ada beberapa bahagian. Setiap bahagian pula merancang beberapa program. Kumpulan sasarnya adalah guru sebagai pelaksana. Perancang-perancang di atas dah lama meninggalkan bidang perguruan dan kadangkala program yang dirancang sudah tidak relevan atau tidak dapat dijalankan kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan prasarana dan tenaga mahir yang mencukupi. Akhirnya kerana laporan perlu dihantar maka laporan-laporan "maya" akan dihasilkan. Prinsip mereka pada masa ini ialah "You buat kerja tapi tak ada dokumentasi/laporan, you dianggap tidak buat kerja" but "If you can show us a good report than they did'n know the real situation... they espect you are a good teacher." sorry termencarut pulak. Aku ni emotional bila bercakap dan bila emosi aku tersentuh secara otomatik aku terspeaking London walaupun grammarnya tak betul.
Okla.pada hari terkahir semester pertama ni selepas perhimpunan mingguan aku ke kantin tapi biasalah bila pagi Jumaat makanan belum siap lagi... yang ada nasi lemak bungkus. Dah sampai kantin bedal ajela......
Nasi lemak bungkus, telor mata...lembu ke kerbau, air suam.
Tengahari aku tak makan kat kantin. Aku nak beli nasi ayam kat restoran Siam. Aku singgah dulu kat nurserry ambik Harith. Bila sampai kat restoran Siam nak order... aku raba-raba poket, dompet aku tak ada... aku jangka mesti jatuh kat ofis aku so aku pun berpatah balik ke sekolah dan bila aku masuk ofis memang tepat jangkaan aku jatuh bawah meja. Aku terus balik dan jadi beli nasi ayam. Petang lebih kurang pukul 2.00 kami bertiga hospital pakar Puteri, JB. Tanty nak buat pemeriksaan kesihatan/ mamogram. Alhamdulillah clear... doktor suggest buat cityscan pulak next time. Pukul lima lebih baru selesai kerana ramai pesakit. Selepas tu kita orang pegi Restoran Singgah Selalu. Dah lama jugak kita orang tak singgah. Hari ini Cikgu Tanty belanja sebab tak ada apa-apa selepas buat pemeriksaan.
Inilah pintu masuk Restoran Singgah Selalu walaupun aku jarang singgah. Aku ni biasa dapat rezeki parking... dapat parking bertul-betul sebelah pintu masuk. Tadi kat Puteri pun dapat parking yang dekat kerana kebetulan ada kereta nak keluar.
Mula-mula kami dihidangkan dengan otak-otak dan kacang tanah rebus.
Otak-otak dan kacang rebus.
Bila dah kat atas meja macam nak rasa jugak. Yang peliknya dia letak sebekas kacang rebus. Makan sebiji pun dia kira sebekas. Bila aku cakap kalau macam tu bagi saya plastik... saya nak bawak balik kacang yang tak habis... tak diberinya plastik pulak. Hampeh betul. Nak makan sampai habis kenyang pulak... bijak betul orang berniaga. Aku dah nak angin jerr....
Harith makan fish & chip dan air teh O ais. Aku makan chiken chop ngan air tambikai.
Tanty makan nasi berlauk dan air epal coz dia puasa untuk pemeriksaan kesihatan.
Harith bergaya di hadapan motosikal Chooper... tapi beg telekung mama buat spoil la...
Ok... ini saja catatan untuk n3 kali ini.
Selamat bercuti Cikgu Baharin. Semoga cuti ini Cikgu dapat berehat dan menghasilkan idea-idea baru untuk pembangunan insan kamil di sekolah cikgu.
BalasPadam