Rabu, 2 Jun 2010

N3 CACA MARBA

Sebenarnya sejak  Ahad hari tu bila balik dari kampung nak terus updare blog sebab ada bahan nak masukkan tapi bila tengah bersemangat nak update cari cable dari kamera ke laptop tak ada. Puas mencari tak jumpa jugak... so try tanya Tanty kot dia kemas-kemas ada terjumpa.   Dia kata ada kat beg tangan dia... salah aku la sebab letak merata dan baru malam ni aku nak updat walaupun dah terliwat terlewat. N3 aku kali ni agak caca marba sepanjang 3 hari di kampung.
Hari Khamis lebih kurang pukul 5.15 petang memulakan menuju ke Hospital Pakar Pantai di Batu Pahat. Sampai Pt Raja isi perut dulu. Sampai hospital lebih kurang pukul 6.45 petang.

Inilah Hospital Pakar Pantai Batu Pahat di mana SIL aku dirawat. Maaf... gambar di wad tidak dapat dipaparkan.

Malam tu selepas jam 10.00 malam meneruskan perjalanan ke Pt Yaacob untuk bermalam bersama SIL dari KL dan Johor Jaya. Esok lebih kurang pukul 3.00 petang ke hospital semula kerana Tanty nak jaga SIL malam ni. Aku berpatah balik ke arah Muar menuju ke rumah Mek Kelate. Sampai rumah Mek family Kak Noor, family Gee dan family Enab dah sampai dan sedang sibuk dan menyibukkan diri.

Suasana kesibukan di dapur Mek. Gee dan Enab menyibukkan diri agar gambarnya diambil. Pelbagai kueh mueh... tidak kurang 10 jenis.

Gembira Harith bertemu sepupu2nya.

Meja dan kerusi telah disusun di bawah tenda merah belang putih.

Ngeteh time... tak kan sorang jerr.
Tuan rumah Abg Brahim dan Mek. Enab tersengih jerrrrt...

Inilah anak-anak Hj Omar & Hjh Amanah yang sempat hadir dalam majlis tersebut.

Ok tak Gee... mana terlawan Mercedes ko.... inilah yang termampu.

Selepas sarapan pagi aku dan Harith bersiap-siap ke hospital untuk mengambil Tanty yang menjaga SIL malam tadi. Dalam perjalanan  ke haospital singgah dulu di pasar minggu Pt Sulong.... bukan nak cari apa pun... cari biji ranti dengan kocaie.

Suasana pasar minggu Pt Sulong dari arah padang. Ikutkan hati dan jalan sekeliling pasar tapi macam tak larat.

 Lepas tu meneruskan perjalanan ke hospital. Lebih kurang setengah jam berada di hospital kami pun minta diri untuk balik. Tanty ajak pergi Batu Pahat Mall. Ikutkan ajela....
Bangunan Batu Pahat Mall...kira exclusive jugak tempatnya.

Jejantas Batu Pahat Mall.

Selepas window shopping di Batu Pahat Mall ingatkan nak balik terus Kulai tapi kesian kat Harith memujuk nak balik kampung lagi... ikutkan lah...gembirakan anak, mudah-mudahan bila kita tua nanti dia gembirakan aku. Esoknya hari Ahad melangkah balik ke Kulai. Singgah Restoran Hamidah pekena roti sardin telor, Harith roti telor dan Tanty roti kosong. Nak makan rojak mee dia kata 10 minit lagi... bila dah sepuluh minit aku tanya balik..."Ini dah sepuluh minit ni...rojak mee dah ada...?" tergaru-garu menjawab... ada dah agak tak siap punya. Dengan aku jangan nak main-main. Inilah n3 aku kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan