Jumaat, 11 Jun 2010

BELAJAR MEMANDU

Pagi tadi pegi sekolah... tengok-tengok kalau-kalau ada surat yang memerlukan tindakan segera. Minggu ni aku tak duty... minggu depan aku duty...Isnin, Selasa dan Rabu. Dalam perjalanan balik aku terpaksa mengekori sebuah kereta kancil sekolah memandu. Nak potong takut tiba2 dia masuk kanan. Lagi pun simpang yang aku nak masuk dah dekat.
Pemandu sedang belajar memandu.

Seingat korang la... bila korang mula-mula sekali memandu. Yang aku ingat... aku mula memandu selepas aku menamatkan SPM aku...sekitar 1982. Masa tu aku kerja kontrak di Batu Pahat ... buat bangunan. Setiap pagi mak akan masakkan aku nasi dgn sambal telahur sebagai bekal. Aku juga akan bawa dua botol besar air masak. Lokasi kerja aku berdekatan dengan Kg Pt Besar... dekat dengan sekolah convent. Antara rakan sekerja aku ialah Cik Selleh, Ayun, Sariman, Ahmad Gopal, Kupri dan Wet. Aku kerja bahagian konkrit iaitu bancuh konkrit dan bawa kereta sorong. Gajinya RM13.00 sehari. Walaupun kecil tetapi kerana kerja untuk suka-suka aku enjoy. Setiap kali simen habis kami terpaksa ambil di stor menggunakan kenderaan yang dinamakan "dumpa" tak tau le ejaan sebenar. Biasanya Ayun akan memandu dan aku duduk sebelah. Aku begitu teruja ingin mencuba memandu. Aku sebenarnya secara teori tahu cara-cara memandu...so aku praktikkan le...aku seronok dapat memandu dumpa. Bawa dumpa jauh lebih susah dari bawa kereta kerana roda belakang yang akan membawa kekanan dan ke kiri.
Aku sebenarnya memang dari kecil minat sangat pada kereta. Aku lukis gambar kereta, buat model kereta mainan dan yang berkaitan dengan kereta. Aku selalu berangan nak memandu kereta. Tiba suatu ketika BIL aku Datuk T masa tu mempunyai kereta Honda Civic dua pintu. Nombor pendaftarannya pun aku ingat WK 8579. Masa dia tengah minum petang di dapur aku nekad nak cuba memandu. Aku ambil kunci yang digantung dan hidupkan kereta. Aku berjaya menghidupkan engin dan menggerakkannya sekitar halaman rumah. Lepas tu aku lihat BIL aku turun dan masuk kereta. Aku ingatkan dia nak marah... rupanya dia ajak memandu di jalan raya. 
Minat aku untuk memandu semakin meluap-luap dan selalu berangan. Aku paling suka pergi rumah kakak sulong aku kat Kota Tinggi. Masa tu suaminya mempunyai kereta Toyota Corolla GL 1.3. Bila petang dengan alasan membawa anak saudara aku siAzlan berjalan-jalan dapat lah aku melepaskan gian memandu.
Masa berlalu aku kena posting ke Lawas, Sarawak pada Jun 1994. Pada masa tu usia aku 30 tahun tetapi masih belum mempunyai lesen memandu sedangkan adik aku Som dah ada kereta dan aku sering memandu keretanya walaupun tanpa lesen. Pada aku masa tu nak buat apa ambil lesen... mana mampu aku nak beli kereta. Aku sebenarnya pernah ambil lesen "L" B3 ( sekarang dah x de ) 2  X dan lesen "L" B & D dua kali sampai habis 2 tahun aku tak buat ujian memandu jugak  sebabnya duit x cukup nak ambil ujian.
Pada cuti akhir tahun 1994 aku ke rumah kakak kat Kota Tinggi. BIL aku berada di Pahang kerana bekerja di sana. Seperti biasa bila petang aku drive kereta dia sekitar taman Kota Jaya. Masa tu kakak dah ada kereta sendiri Datsun ( tak ingat model apa ). Nak jadi cerita semasa keluar dari satu lorong di jalan utama lalu sebuah kereta Nissan Bluebird. Aku tergamam tak tau nak buat apa. Aku angkat kaki aku tanpa tekan break dan cluth. Kereta itu meluncur dan melanggar bumper kereta tu...tercabut. Aduhhhhhhhhhhh.... malang sungguh. Nasib baik pemandu kereta tu relex... dia kata "tak perasan ke?" dan mencadangkan untuk buat laporan polis. Terkedu aku coz aku tak de lesen. Aku cakap dengan dia untuk selesai tepi jerrr... dia setuju dan ajak aku pergi satu workshop dan taksir belanja untuk membaik pulih. Taukeh tu kata RM 480.00... mak aiii....apa boleh buat dah salah aku... Kita orang pergi ke ATM dan aku keluarkan duit. Driver tu kata x pe lah potong RM 50.00 dan aku cuma bayar RM 430.00. Sampai rumah kakak, kakak tak senang duduk...dah call BIL kat Pahang. BIL cakap relex... selesaikan dgn driver dulu... fasal keta kakak tak pe... memang dah nak jual. Kakak tanya berapa driver tu mintak? Aku cakap RM130.00 jerrr... takut dia susah hati. Bila aku nak balik kampung kakak bagi aku RM 130.00. Dia kata aku baru kerja. Baiknya hati kakak aku ni... sepatutnya aku bagi duit kat dia tapi dia pulak bagi kat aku.  
Bila kat kampung aku pergi driving school kat Batu Pahat dan beritahu aku nak buat ujian undan g-undang. Dia kata mesti pergi kursus dulu sehari baru boleh ambil ujian. Aku ikut je prosedur dia dan ambil  ujian undang-undang... lulus dan dapat lesen "L".
Bila balik Lawas, Sarawak aku terus pergi driving school untuk daftar belajar memandu. Bukan apalah aku memang dah biasa pegang stereng so pengajar layan aku berbual je... cuma yang belajar macam mana nak parking. Sampai masa test... aku ingat x lulus kerana pengajar aku kat aku bawak laju sangat... namun aku lulus jugak. Seminggu lepas tu ambil ujian menunggang motosikal pulak. Esok nak test... petang ni baru belajar tapi Alhamdulillah lulus.

Sepanjang aku memandu adalah 4-5 saman diterima, 4-5 kali kemalangan dan 4-5 kali tukar kereta...  Bagi aku walau bagaimana mahirnya seseorang itu memandu, kemalangan tidak dapat dielakkan namun dapat dikurangkan. Kini aku dah kurang minat untuk memandu... kadangkala aku dera isteri aku untuk memandu. Duduk belakang menyandar....best. Lagi pun daya penglihatan dah kurang...tenaga pun dah kurang jugak. ( Nak kena makan minyak kelapa dara Bio Asli ni... ). Kalau gi KL dari Kulai paling kurang sekali rest kat R & R.

Inilah sahaja n3 boring aku.

3 ulasan:

  1. cam karangan sekolah, tapi best gak baca...time cuti ni ko tulis ajealh apa.
    aku amik lesen kereta thn 1999. masa leaps kawhin 1996, tu FIL sibuk suruh amik lesen ( bukan hubby ye) sebab dia ad adriving school, so dia duruh menantu2 dia ni semua pandai drive. dah amik L..tengah2 belajar pregnant lak..so tertangguh samapi beranak..dan akhirnya sebab malas..burn 2 tahun lesen L tu. pas tu MIL & FIL soh amik lagi lesen..ambik lagi ujian undang2 dan kursus..terpaska buat balik sebab yang mula2 tu dah expired. so mas ani dah anak 2 dah..betul2 habis pantang. kali ni FIL tak tunggu lama..dia tengok boleh drive dan pandai sikit2 parking aje..terus dia bawak gi test JPJ..dah Alhamdullillah LULUS...TQ FIL..hhehehe sekarang dah ada lesen..senang...

    BalasPadam
  2. Aku sebenarnya memang suka menulis... ko ingat tak cerpen aku "Rumah Tinggal Embah". Ceritanya ok mungkin olahannya kurang menarik. Mungkin bila dah berusia ni... banyak pengalaman yang boleh dikongsi.

    BalasPadam
  3. Wah sekali bercerita dah boleh buat novel. Kenalah ngendeng2 Dr Tuah ipar abang Yin tu, kut2 meletup di pasaran, siapa yang tahu?

    BalasPadam