Tajuk n3 aku kali sesuatu yang dekat dengan aku...."bundle". Maksud sebenar bundle aku tak pasti... malas nak nyelak kamus. Masa aku remaja, tak pernah pulak orang gunakan perkataan ni...tapi sekarang perkataan itu agak biasa dan aku buat tafsiran "bundle" pada zaman aku kecil-kecil arwah abah dan emak suka pergi pasar Pt Sulong hari Sabtu awal2 pagi... kira bas Lian Hoe yang pertama. Masa tu ( 1970-an ) kalau bawak RM20.00 dah dapat macam. Satu lagi sebab pergi awal sebab nak cari pakaian 2nd hand yang dulu di sebut "nasib latang"... tak taulah korang pernah dengar ke tidak perkataan tu. Pada hari Sabtu biasanya ada orang jual pakaian terpakai. Masa tu tahap ekonomi abah dan emak memang rendah maka pakaian terpakailah antara alternatifnya. Aku ingat lagi seluar panjang pertama aku adalah yang terpakai semasa aku dalam darjah 5. Harganya aku tak ingat mungkin sekitar RM1-2 sahaja. Ada juga pakaian yang dijual dengan harga 50 sen .
Masa berlalu pakaian terpakai masih lagi relevan hingga kini... dan aku adalah antara penggunanya. Dulu di Pt Sulong ada kedai pakaian terpakai iaitu " Sesson Store" dan ramai penggemarnya terutama anak muda. Antara sebab mereka mencari pakaian terpakai ialah harganya jauh lebih murah, dapat merasa jenama impot/luar negara seperti Levis, Arrow, Dockers, Manhathan, Camel dan sebagainya. Bagi aku pulak... aku memilih pakaian terpakai/bundle coz ada saiz yang muat aku pakai 54". Banyak kedai bundle di Batu Pahat, Kulai dan JB yang pernah aku kunjungi. Orang kampung aku yang mampu membina empayar perniagaan bermula dari menbjual bundle, iaitu Bundle Baguz anak Nan. Sekarang mereka mempunyai rangkaian perniagaan seperti Joran Baguz dan Selera Baguz.
Aku terlintas nak tulis fasal bundle coz kebetulan pagi tadi aku pegi kedai bundle bukan membeli tetapi menjahit seluar yang koyak... dua jeans bundle.Kedai ni milik orang Air Hitam Batu 18. Nama gelaran "Yan". Dia ni senior aku setahun semasa di SMDS... sama-sama naik bas Saim.
Yan dengan mesin jahitnya sedang tekun bekerja.
Antara barangan yng terdapat di kedainya. Baju, kemeja T, Kasut, topi dan sebagainya.
Ini seluar aku yang dah siap jahit...jeans dan slack.
Aku pun tak tau sempai bila aku akan menjadi pengguna barangan bundle. Kakak pun macam tak percaya "Engko dah jadi penolong kanan pun masih pakai baju bundle?" Bagi aku pakaian bukan priority... asal muat, warna ok... beres. Ok.. see you next n3.
aku tau yin, priority ngko kat kereta kan... hehhe... pakaian x priority sebab x de saizkan... klu x sure ngko beli gak... haaa
BalasPadamgee...betul tu.......kereta dia memag superb gee....hahahah.....
BalasPadamBundle mana ye
BalasPadam