Rabu, 9 Jun 2010

AWAL CUTI SEMESTER

Hari minggu awal cuti ada janji dengan kakak ipar yang baru "operation" untuk tunjukkan tempat perubatan tradisional di Benut, Pontian. Sampai di Tol Spg Renggam mereka dah sampai dan kami meneruskan perjalanan ke destinasi. Lebih kurang jam 9.00 pagi kami dah sampai ke tempat tersebut... sebuah perkampungan orang asli laut.
Pemandangan di perkampungan orang asli laut.

Cara perubatan yang dijalan agak "mistik"... tanpa menggunakan sebarang alat tetapi gerak-gerinya seperti memegang sesuatu. Berpakaian seperti seorang doktor dan membahasakan dirinya sebagai Dr. Ezlyn. Pesakit dikehandaki membawa sebotol air yang akan dijampi dan akan diminum oleh pesakit.Ramai juga orang yang datang termasuk dari negara jiran Singapura. Kadar bayaran adalah seikhlasnya. Lebih kurang jam sebelas selesai sesi rawatan. Kakak ipar dan biras balik ke Sri Gading dan aku singgan ke IKS Spg Renggam untuk membeli Belinjau Flakes dan kueh bangkit kegemaran Harith.


IKS Spg Renggan.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Pt Yaacob . Selepas kami sampai ke kampung tak lama selepas itu SIL, biras dan anak sedara sampai. Bila kat kampung  Harith lah yang paling seronok walaupun tak ada kawan. Bila orang bercerita fasal memancing ikan dia pun jadi minat. Biasalah bila lepas operate orang akan cari ikan haruan buat ubat. Masalahnya ikan haruan jarang orang ternak. Yang biasa ikan keli... so biras aku pergi Pt Bulat khusus untuk memancing. Dah memang rezeki dapat 10 ekor...ikan tu buat sup. SiHarith bila pergi pasar nampak kedai joran Azizan. Mula-mula nak tengok... akhirnya mamanya belikan. Kalau dengan aku no way... Pagi esok beria-ia nak memancing so kebetulan ada cicak mati so mama dia tolong sangkutkan kat mata kail. ( dalam hati memang tak akan dapat )
Harith sedang memancing di parit depan rumah. Inilah pengalaman pertama kali memancing.

 
Tanty bersembang dengan jiran depan rumah.

Aku singgah kat rumah peninggalan abah dan emak nengok2 apa yang boleh diberakot. Buah kuini ada beberapa biji di atas pokok... tapi pandang ajelah. Tengok pokok cempedak abah... banyak yang dibungkus oleh Abang Berahim. Nampak macam ada yang dah tua... kulitnya dah rata, tapi tinggi... tak sanggup den nak manjat. Bari nampak aku tercongang-congang dan datang tolong petikkan. Dapat le 4 biji...

Inilah pokok cempedak peninggalan abah. Buahnya agak lebat jugak... dan biasanya manis, tebal dan berwarna oren kemerahan.

 
Inilah buah cempedak yang dah tua... tak sabar nak makan.

Dua malam kat kampung... hari Selasa balik ke Kulai coz hari Khamis Tanty ada exam PTK. Nak studylah kononnya. Petang tadi baru cari buku nak baca.

Baru keluar dari kedai buku bersama Harith.

 
Sebelum hidangan sampai tengok-tengok buku...

 
Baca... jangan tak baca... last minute preparation...lepas tu tawakal. Tu dia... teh O ais untuk Harith, limau ais untuk Mama dan Nes O panas untuk papa.

 
Ini dia nasi ayam penyek... sama tak macam wong solo punya... yang pasti sama ialah ia sama-sama jadi t**k.

Okla... ini saja n3 untuk kali ini...

5 ulasan:

  1. kalau dah esok exam baru nak beli buku baik x paya... membuzir je...hehhehe... bukan main selalu cikgu tanty ingatkan student buat preparation exam awal2 jgn last minute...hahaah

    BalasPadam
  2. yin .. jangan cempedek kau bawak cam kia orang punye dah le... jenuh peram2 tak masak2 last busuk...

    BalasPadam
  3. yin...bst arrrr kau leh balik kg selalu.....cempedak...cempedak...nak gak ler..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam