Selasa, 30 Ogos 2011

SALAM AIDIL FITRI

Seawal jam 4.30 pagi aku dah bangun. Kalau dulu masa zaman remaja aku banun awal sebab nak main meriam buluh. Sekarang cam tak boleh nak sambung tidur... adik beradik aku pun dah bangun untuk memasak jamuan hari raya. Selepas sembahyang hari raya semua jemaah akan dijemput untuk menghadiri jamuan hari raya di rumah. Ini merupakan tradisi arwah abah untuk menjamu jemaah selepas solat hari raya. Sekarang kami buat dwitahunan sebab hanya dua tahun kami adik beradik dapat berkumpul.

Gambar-gambar semasa jamuan hari raya.

 
 Jamuan raya disediakan oleh anak, menantu dan 
cucu Hj.Omar dan Hjh Amanah.



Ucapan dari wakil masyarakat kampung iaitu Cikgu Razak.
 Bersama Paman Pok.


 Teman ngeteh masa bujang dulu.

 Antara tetamu yang hadir.

 Tonggak utama kampung.




Selepas jamuan hari raya seperti biasa sesi fotografi. Masing-masing nak menayang baju baru.


 Gambar family Hj Omar n Hjh Amanah. 9 anak, 8 menantu , 
26 anak saudara,4 anak saudara menantu, 4 cucu dan sorang maid.
 Keluarga Kak Long.

 Keluarga Datuk T.

 Keluarga Kak Mah.

 Keluarga Kak Lah.

 Keluarga Kak Mek.

 Keluarga kami.

 Keluarga  Som.

 Keluarga Mummy Gee.

Kelurga Mama Miraki.
 Bersama anak saudara.
 Jejaka idaman Malaya.

Pa...ampuni dosa-dosa mama pa...bal-bla..
Sayangggggg papa...
Cap ibu dan anak.

 Gambar membahagikan duit ( Gambar celok dari blog mamma miraki )

 Duit raya terbesar dari arwah abah ngan mak. 
Terima kasih abah ngan mak. Al-Fatehah.

Bersama Mama Janet.

Inilah irama lagu...larut malammmmmmmm.

 Roboh jugak gazebo ni

Gambar berkunjung ke rumah saudara mara di Pt Sakai, Muar tidak dapat dirakam kerana kamera tertinggal.


SEHARI SEBELUM RAYA

Hari ini 29 Ramadhan bersamaan 29 Ogos 2011. Mungkin pada masa ini ramai anak rantau pulang ke kampung untuk merayakan aidil fitri bersama keluarga di kampung pada yang masih ada kampung atau yang masih mahu pulang ke kampung. Bagi aku pulang ke kampung adalah untuk bertemu adik beradik, ipar duai, anak saudara, cucu saudara dan orang-orang kampung. Pagi tu seawal jam 4.00 pagi aku dah bangun dan memasukkan barangan pakaian ke dalam Wish. Tanty dan Harith dah hampir dua hari membersih dan mengemas rumah. Jam 5.00 bersahur simple jer... telor dadar dan susu + oat. Itu dah memadai bagi aku bila usia dah hampir menghampiri five series... selera pun kurang. Lepas sahur kami mandi, bersiap dan solat subuh. Jam 6.00 kami pun bertolak.
 Bersedia untuk bertolak ke kampung.

Ku tinggalkan beberapa hari untuk berhari raya di kampung.

Sepanjang perjalanan highway tak sesak tapi hujan hampir separuh perjalanan.

Sampai Pt Sulong belum pukul 8.00 tapi dah ramai 
pengunjung untuk membeli persiapan raya.

Kat Pt Sulong singgah kejab coz Tanty nak cari tudung tapi kedai jual tudung belum  bukak lagi. Kejab je lepas tu meneruskan perjalanan. Sampai di kampung beberapa keluarga dah sampai iaitu keluarga Datin S, Kak Mah, Kak Lah, Kak Mek, Som, Gee dan Enab. Masing-masing sibuk membuat persediaan aidil fitri dan makanan berbuka.

 Sibuk mengisi beras ke dalam kelongsong ketupat.

 Ha... kopek bawang...nanti tak siap.

  Ala Mek ni...control

  Ni tengah memasukkan ketupat untuk direbus.

 Ni tugas aku... potong daging

  Gangguan Mek dan Enab... nak possing le tu...


Ibu dan anak... gotong royong potong daging.

 Ni le hasilnya...

 Hafeez dan Hafizuddin sedang mengacau rendang.

Dalam kul 4.30 kami gi Pt Sulong nak cari keperluan Tanty dan mercun di Harith. Tahun ni cam tak berapa sesak. Orang dah tak jakun kot.



 Suasana di baazar ramadhan di Pt Sulong. 

 Hubby Mummy Gee...expert belah kelapa muda.
 Hubby Mama Janet expert pasang tiang lampu.
 Hubby YB Bkt Mutiara expert bahagian elektrik.
 Hasil kerja tangan abang Brahim.

 Pokok cempedak tinggalan arwah abah.

 Pokok pisang yang masih terus hidup.

 Pokok nangka yang masih terus berbuah.

Antara menu untuk berbuka puasa. Pelbagai lauk pauk disediakan antaranya rendang daging. rendang ayham pencen, kupang masak sweet n sour, jamur gerigir tumis pedas, ikan goreng,  mee goreng, sambal udang petai, ketupat palas, onde2, apam beras, apam bodoh, karipap, air tenu, air kelapa, teh O ais dan banyak lagi lerrrrrrrrrrrrrr






Jamuan berbuka ala buffet. Kalau makan kat hotel mau RM45.00 satu kepala. 








 



 Inilah kisah 29 Ramadhan. Esok rayaaaaaaaaaaaaaaaa.......