Sabtu, 31 Oktober 2009

BOWLING... BOWLING...BOWLING

Pagi ini jam 6.00 pagi aku dah bangun walaupun hari Sabtu. Aku tidur rumah Som malam tadi coz balik dinner mama dah tidur so malas nak kacau lagi pun Harith belum puas dengan sepupu-sepupunya. Dah jadi kebiasaan keluarga Wak Manah, bila balik mesti ada bontrot... so Som bontritkan aku mee goreng gitu. Aku terpaksa balik awal pagi kerana ada pertandingan boling suka-suka antara staf... so pandai tak pandai main ajelah...
Pagi-pagi pak supir dah jalankan tugas... senyum ceria walau pun belum mandi lagi. Kontrol macho...
Ke kiri JB/ S'pore ke kanan KL/Melaka.
Kenderaan tak banyak sebab awal pagi lagi.

Inilah bangunan IOI Mall di mana pertandingan boling akan dilangsungkan pagi ini... tapi mana dia orang ni... hampeh betullah dia orang... kata pukul 10.00 start... ni aku sampai kul 9.30 tak de orang lagi... bila nak pendaftaran. Aku dah terbiasa awal... memang tak suka buat orang menunggu dan tak suka menunggu. Ealier is better than punctual. Pendaftaran peserta sedang dijalankan... ha.. sepuluh ringgit aje 3 game... sewa kasut percuma... makan tengahari percuma. Dapat towel lagi... Aksi bakal juara... gaya mau biar orang ngeri tengok. Awal-awal dah pilih bola yang lubangnya besar... boleh masuk jari..
Hadiah untuk mata terendah adakan? Ada harapan dapat....! Lontaran seorang juara... strike! strike! alamat sebatang je tumbang... nasib baik tak masuk longkang. Ini mesti sebab kasut longgar ni... biasa ok je... Sempat possing lagi... bersama Pn. Sinat Ara dan Cikgu Zamri. Eh... dapat jugak hadiah kategori pemain paling sporting... ok tuuuuu. Jumlah mata temapat ke 13 dari 17 peserta lelaki. Okla tak dapat corot. Oh tak sangka... kategori berpasukan dapat naib johan. Aku kira menyumbang mata jugak...
Mereka yang selalu membantu aku... kerja tak berkira. Berjumpa lagi di tahun hadapan.

DECO DAN DINNER

Petang Jumaat lepas sembahyang siap-siap nak gi Persada Johor kerana ada pemeran deco/hiasan rumah. Mama memang minat tengok benad-benda macam ini aku pun apa lagi... layannnnnnnnnn. Sampai Persada Johor cari parking dan aku ni selalu memang ada ong tempat parking so dapat parking betul-betul depan pintu masuk. Orang tak berapa ramai macam kalau PC Fair sampai susah nak jalan. Tengok kejab lepas tu aku ajak Harith ke KFC... Mama terus tengok pameran.Harith ngan mama sedang melayan KFC... lepas makan KFC kita orang gi rumah Som. Hujan pulak tu... dah tentu jalan sesak. Perjalanan yang sepatutnya hanya setengah jam dah jadi sejam. Itu pun sebab celok jalan Larkin kalau lalu Tampoi dua jam belum tentu sampai. Aku cuma nak tumpangkan Harith dengan mama kat rumah Som coz aku ada dinner kat Restoran Merdeka.Ni aku ngan best friend... Cikgu Kamal... dia Pen. Kanan Hal Ehwal Murid. Dia ni kalau memekik seluruh sekolah boleh dengar... dia ni jaga disiplin murid... kutuk mengutuk tu biasa bagi kita orang.
Yang lelaki ni pengetua aku... orang kuat Lembaga Peperiksaan M'sia. Nampak kecik tapi berpengalaman. Masa belum jadi pengetua kira geng la... kutuk mengutuk... rupanya sampai jadi pengetua masih sama kutuk mengutuk tapi kita orang close. Yang perempuan ni pen. kanan 1 atau pentadbiran. Dia ni orang Parit Punggur... kenal dengan Wak Rom... ni pun kuat gurau dan kutuk mengutuk.
Wah Azirul... macam sepadanla... boleh tunjuk mak kat Kedah no...
Masing-masing serius nampak... lapar kot... tunggu pengetua berucap kejap ye...........
Entah apa yang melucukan... semua tergelak... ada kumpulan SEPAH kot... atau Nabil. Lu fikir la sendiri...
Lepas makan... sesi fotografi... bersama staf lelaki.

Bersama staf perempuan... perempuan lebih ramai dari lelaki.
Ni antara orang yang selalu membantu di sekolah iaitu Devi Anuratha dan Pn. Tuan Saripah Nor Riha binti Tuan Jaafar.












Selasa, 27 Oktober 2009

Lepas percubaan dan macam lepas SPM

Korang tengoklah anak murid aku yang bakal menghadapi SPM pertengahan oktober...
Dari 29 pelajar yang datang 15 orang.
Waktu rehat aku biasanya tak turun ke kantin. Aku duduk kat bilik seni yang berada di tingkat 4. Biasanya lepas habis kelas baru aku turun ke ofis aku.
Ini pemandangan sekolah aku dari depan bilik seni. Yang ada khemah2 tu sebab tengahari ni ada program 1 Malaysia. Ada persembahan dan makan2. Makan lagiiiiiiiii......


Inilah kebun sayur pekerja2 swasta ( pembersihan ) di ambil dari tingkat 4... bilik seni.

Sabtu, 24 Oktober 2009

PROGRAM RAKAN MUDA

Hari 24 Oktober 2009, aku sebagai Pen. Kanan Kokurikulum telah merancang satu program tajaan Rakan Muda. Sekolah ni dah jadi tempat untuk agensi kerajaan dan swasta menjalankan khidmat sosial ( so sial ). Kononnya ingin bersama-sama mendekati masyarakat namun yang menjadi pelaksana adalah guru-guru di sekolah. Sudahlah pelbagai program dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah tertumpu ke sekolah, agensi lain pun nak bertumpu ke sekolah. Antara agensi kerajaan yang ada MOU dengan KPM ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, LHDN, Kem. Pelancongan, Kem. Belia & Sukan, dan banyak lagilah...
Mau tak mau dalam keadaan paksa rela terpaksalah aku mengarahkan guru-guru untuk melaksanakan program ini.
Pukul 7.15 aku dah sampai ke sekolah. Harith dah aku hantar ke taska. Mula-mula aku kumpulkan murid-murid kad Dataran Harmoni ( tapak perhimpunan) untuk aku bagi taklimat mengenai program hari ini. Selepas itu aku arahkan mereka ke tempat aktiviti dijalankan. Beberapa aktiviti yang aku buat seperti pertandingan fitsal, bola jaring, bola keranjang, dart, congkak, dam haji, pertandingan membuat salad dan sandvic dan pertandingan karaoke. Ramai juga murid yang berminat mengambil bahagian.Inilah banner untuk program rakan muda... RM120.00 you... tapi duit rakan mudala... aku yang order ajerrr.
Bahan-bahan untuk membuat sandvic dan salad...
ada epal, timun, limau kastiri, cili mayonis dll.

Inilah antara hasil tangan anak murid aku... sedap jugak...
Acara sukan/permainan yang sedang dijalankan iaitu dam haji, bola keranjang, bola jaring dan futsal.


Peserta pertandingan karaoke sedang menyanyi dan di bawah guru-guru yang terlibat.
Mr. Hiew, guru paling veteran sentiasa sporting dan memberi kerjasama. Begitu juga dengan Mr. Manivannan.
Cikgu Zubaidah sedang menyusun hadiah.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah.

Acara yang ditunggu-tunggu... jamuan makan tengahari...nasi ayam, honey dew dan oren sunquick.