Isnin, 26 September 2011

MARHABAN JEMAAH MASJID JAMEK KULAIJAYA

N3 ini merupakan n3 dah nak basi. ( Isnin malam Selasa lepas isya' lepas 20/9/11 ) Hari tu tak jumpa cable camera...bila dah jumpa kamera pulak lupa letak rupanya cicir kat lantai ofis aku. Tadi baru jumpa. N3 ini adalah marhaban jemaah masjid jamek Kulaijaya. Jiran sebelah ambil so dah alaAkng-alang jemput dia orang marhaban kat rumah. Ahlinya ramai yang veteran dan salah seorang adalah Prof. yg ajar kat UTM dan ada ustaz Jabatan Agama Johor. Dia orang kata tak perlu nak bagi makan atau minum sebab rumah keempat ada jamuan grand...tapi kok rasa tak sedap orang datang tak jamu apa2. So Tanty cakap nak buat mee kari. Selain tu bubur pulut hitam dan jambu batu + asam boi. Air kita orang buat teh O panas dan anggur sejuk. So marilah tengok pic.
 Aksesori mee kari...taugeh, telor, limau, daun sup dan mee kuning.

  Kari ayam + tauhu kecut + fishball + kerang dan ayam.

 Jambu batu + asam boi.
  
 Bubur pulut hitam dan air.

 Yahabibiya Muhammad.

 Lebih kurang 20 ahli marhaban.

Ini saja n3 aku kali ini.

Sabtu, 17 September 2011

MARHABAN AIDIL FITRI

Hari ini 19 Syawal bersamaan 17 September. Ramai yang balik ke kampung atau bercuti kerana 3 hari cuti. ada jugak yang melangsungkan perkahwinan. Sempena masih lagi suasana bulan Syawal, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka atau marhaban. Hari ini rumah kita orang akan mengadakan jamuan marhaban dan zip rumah terbuka kenalan rapat sahaja. Jamuan pada hari ini sate aje kita orang order yang lain mintak caterer masak. Menu hari ini sate, soto ayam ( mee hoon & ketupat ), bergedil, roti jala ngan kari ayam, bubur pulut hitam, air mata kambing kucing dan teh 'O' panas. Jom kita lihat pix.

Harith diberi kepercayaan memasukkan duit raya dalam sampul.

 Sampul duit deepavali raya ikhsan Pos Malaysia.

Sengih je anak aku...

 Masih kosong lagi meja.

 Baru menyusun pinggan lolisterin dan alas meja.

  Makanan dah sampai. Mama menyusun buffet set.

 Tetamu pertama tiba.


 Antara tetamu yang hadir.



 Yanabisalamunalaik.



 Monggo-monggo... 

 Menu utama...sate ayam.


 Jemput kak...jangan malu-malu...


 Cikgu Yatt...orang Parit Sulong.
 
 YB Bukit Mutiara dgn Ketua Pakat Felda Lok Heng..

 Cam dah penat jerrrrrr....

 Perut siapakah ini?

 Som, Kak Long, Enal dan Faiz.

Ni saja n3 untuk kali ini... malas nak klik2.... okmchow dulu........