Rabu, 28 April 2010

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LP 18 MSSD KULAI 2010

Pada tahun ini SMK Kota Kulai telah dipertanggungjawabkan sebagai pengelola Pertandingan Bola Tampar LP 18 MSSD Kulai tahun 2010. Aku telah menubuhkan jawatankuasa bagi m Cikgu engelolakan pertandingan tersebut. Aku amat beruntung kerana mempunyai barisan guru-guru yang sedia membantu dan berkerjasama dalam apa jua program yang dirancang. 
Seawal jam 8.30 pagi 26 April, pasukan-pasukan yang akan bertanding telah tiba. Tahun ini 10 pasukan lelaki dan 9 pasukan perempuan telah mendaftarkan diri dan undian telah dijalankan pada 22 April yang lalu.
Pengurus-pengurus pasukan sedang membuat pendaftaran 
di kaunter pendaftaran yang dikelolakan oleh Cikgu Devi dan Ayu.
Pertandingan tetap diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai.
 Mr. Lim Ong Seng mengadili salah satu perlawanan.
 Johan Lelaki 18 disandang oleh pasukan Foon Yew High School. Hadiah disampaikan 
oleh En Zainal bin Mesran, Pengetua SMK Kota Kulai.
Naib Johan disandang oleh SMK TAR Putra

Perlawanan separuh akhir dan akhir kategori Perempuan 18 terpaksa ditunda pada keesokkan harinya kerana tidak dapat diselesaikan pada hari ini.

PASUKAN-PASUKAN YANG MARA KE PERINGKAT SEPARUH AKHIR PEREMPUAN 18
 Pasukan SMK TAR Putra
Pasukan SMK Senai
 Pasukan SMK Munshi Abdullah
 Pasukan Foon Yew High School
 Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh 
Pn. Hjh Norizah Ahmad, GPK Pentadbiran, SMK Kota Kulai.
 Johan Kategori Perempun 18 disandang oleh SMK Senai
 Naib Johan disandang oleh Foon Yew Hign School

Dengan ini berakhirlah Pertandingan Bola Tampar LP 18 MSSD Kulai tahun 2010. Terima kasih kepad semua yang terlibat.


Ahad, 25 April 2010

KERJA LEBIH MASA TANPA BAYARAN

Bukan nak bangga atau nak menunjuk-nunjuk namun inilah realitinya tanggungjawab dan pengorbanan insan bergelar guru. Tugas yang unlimited tanpa mengira masa, cuaca dan sebagainya. Jika ditakdirkan atas kesedaran pihak kementerian dan kerajaan memberi bayaran lebih masa, rasanya guru antara penjawat awam yang akan menerima bayaran lebih masa tertinggi... namun itu hanya khayalan dan imaginasi sahaja kerana guru dinafikan bayaran lebih masa... atas alasan bilangan guru terlalu ramai. Stupid reason. Walau apa pun, sekumpulan guru di SMK Kota Kulai iaitu Cikgu Megat, Cikgu Mahathir, Cikgu Azirul dan Cikgu Hafiz atas rasa tanggungjawab telah menyiapkan gelanggang bola tampar untuk Pertandingan Bola Tampar MSSD Kulai pada esok hari. Mereka telah memulakan kerja seawal jam 8.00 pagi hingga hampir jam 3.00 petang walau pun pada hari minggu yang sepatutnya diluangkan bersama keluarga. Semalam hari Sabtu mereka bertugas sebagai mengganti cuti aidil fitri. Tugas yang mereka lakukan hari ini dilakukan seikhlas hati demi menjaga nama baik sekolah. 
Cikgu Mahathir dan Cikgu Megat sedang mengukur tiang jaring.

 
Cikgu Megat sedang memotong tiang jaring yang terlebih panjang. Cikgu Mahathir dan Cikgu Hafiz memerharikan.

Cikgu Hafiz sedang menarik tali jaring supaya tegang.

Cikgu Besar sedang menghilang haus walau pun hanya menjadi mandur.

Rockers Ganu sedang beraksi. Tak pe Fiz... hari guru nanti boleh nyanyi....tapiii...
 
Jocker berbaju kuning hijau...


Khamis, 15 April 2010

TABUNG NAIK TARAF SURAU AL-HIKMAH

Seperti biasa setiap pagi Jumaat kat sekolah aku ada program nilai murni. Program nilai murni pagi ini lebih tertumpu kepada "Majlis Perasmian Tabung Menaiktaraf Surau". Sebenarnya kat sekolah aku tak ada bangunan kahs surau namun adalah sebuah bilik yang dijadikan surau seluas 1 1/2 bilik darjah kira-kira 6 bay... dicadangkan agar sebuah bilik darjah dipecahkan dindingnya untuk meluaskan surau. Kos  menaiktaraf RM22,300.00 sahaja. So murid-murid, ibu bapa dan guru-guru dialu-alukan untuk menderma.
Murid-murid Islam bersila di Dataran Harmoni.
Ustazah Faridah mempengerusikan majlis pagi ini.
Pengetua ( berbaju hitan ) berbual dengan guru-guru.
Ucapan perasmian "Tabung Menaik Taraf Surau".
Inilah tabung menaiktaraf surau.
Guru (badan ) Besar secara simbolik memulakan kempen tabung menaiktaraf surau.
Diikuti oleh Cikgu Mohd Azirul dan murid-murid.

Kepada mana-mana individu yang ingin menyumbang, boleh terus datang ke SMK Kota Kulai.
Mudah-mudahan apa yang kita sumbangkan pahalanya akan berpanjangan selagi ada lagi mereka yang bersembahyang di surau ini. -Amin-

Rabu, 7 April 2010

JALAN-JALAN CUCI MATA

Petang Selasa lepas dalam pukul empat lebih saja jalan-jalan ke Highway Pasir Gudang/Kota Tinggi. Bukan apa gatal mata nak tengok keta. Member kata ada keta cantik dan agak murah. Sebenarnya malam balik dari kampung hari tu macam dah merajuk dengan Stream aku cos buat hal. Dari Pt Yaacon sampai Tmn Kulai Utama 60kmj. Bayangkan lah... dengan pasang dua signal ( kecemasan ). So sepanjang perjalanan cakaplah nak letgo Stream. Hari Isnin betulkan rupanya lining break dua2 dah haus. Lepas ganti nampak okey balik. Macam sayang balik tapi saja nak menggatal mata gi jugak kat Lace Motor. Sebenarnya pegi ni pun ada tujuan lain nak singgah rumah Som.
Inilah rupa kereta yang ditawarkan...






Saja tengok interior dia... Harith bukan main suka... "bila pa nak beli?"

Lepas tengok kereta singgah rumah Som... bagi goodies dengan telor kahwin. Lepas tu balik dan singgah KFC drive thru... biasalahhhhhhhhhhh.
Inilah Honda Stream aku yang telah banyak berjasa. Dah lebih 100,000 km aku bersama dengannya selama empat tahun sepuluh  bulan kerana aku dah bayar 58 kali bermakna hampir 80k. Antara perjalanan jauh yang telah dibuat ialah ke Penang dua kali, Kuala Perlis sekali dan KL banyak kali. PD, Endau dan banyak lagi destninasi.  Nak kata banyak masalah tak jugak coz kerosakkan yang agak besar cuma top-overhaul 2k dan power stering pump RM500. Yang lain adalah kerana hayat dah sampai macam tayar, lining break, wiper, bulp itu aje..... .Aku tak pasti lagi samada nak trade-in atau tunggu dahulu...
TUNGGU......

Isnin, 5 April 2010

MAJLIS BERTANDANG KE PT YAACOB PART 2

SELAMAT PENGANTIN BARU

4 April seawal jam 6.15 pagi selepa s solat Subuh mula meneruskan tugasan yang belum selesai. Pagi ini memang agak sibuk... walaupun aku hanya bertindak sebagai driver memang kesana kemari. Biasala kalau buat majlis kahwin... tak 3-4 kali ke kedai memang tak sah. Yelah buat majlis di rumah yang hari-hari biasa tanpa penghuni. Kalau ada mak bapak tentu lebih sempurna namun aku salute kat Razak dapat arrange majlis yang sebegini. Kami adik beradik dan ipar duai membantu mana yang termampu. Pagi ini arround pukul 11.00 rombongan pengantin perempuan dari Shah Alam akan tiba lebih kurang 8 buah kereta. Mereka akan singgah di rumah pusaka abah dan mak. Kira macam rumah persinggahan le...( home stay )  Sebenar minggu lepas Tanty dah sapu lantai dan malam tadi dua orang anak sedara mengemop tikar getah. ( sorry tak de gambar Gigi dan Syafik ). Abang Brahim dan bersih sekitar halaman rumah. 
So makanan untuk mereka dah disiapakn dari Pt Yaacob. Menu simple but nice... soto ayam/ketupat, kueh bahulu kukus, buah tembikai, air berkarbonat dan air mineral.

Kereta-kereta rombongan pengantin perempuan dari Shah Alam.
Menu soto ayam/ketupat.
Sementara menanti pengantin perempuan di make-up, ahli rombongan
menikmati hidangan soto ayan.
Pengantin perempuan yang siap dimake-up. Prngantin lelaki mana....????
Eh... macam hari raya la....
Rombongan pengantin perempuan tiba di rumah pengantin lelaki.


Majlis makan beradat dengan keluarga pengantin perempuan.
Penyediaan ayam golek.... bukan ayam gelek kereta ye...
 Antara menu yang disediakan... nasi baryani gam, daging masak baryani, dalca, ayam golek, paceri nanas, rojak pencuk, limau sunkist dan air sunquick. Tetamu juga dihidangkan kek, kerepek, tumpi, rempeyek dan agar-agar.
 
Bersama biras abg. Amir Hassan  dan Ipar Dr. HM Tuah Iskandar.
Meek tidak melepaskan peluang bergambar dengan Dr Tuah.
Bersama kekanda-kekanda yang dikasihi.
Bergambar kenangan selepas majlis.


Semua telah selesai. Bersyukur kehadrat Allah swt kerana memberikan cuaca yang baik dan melancarkan perjalanan majlis. Terima kasih kepad semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Kepada Razak dan Amilin, selamat melayari bahtera kehidupan berumahtangga. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.