Ahad, 30 Januari 2011

NASIB BAIK AKU MASIH SABAR....

Ni apa pulak Yin ni...cam marah jerrr... tapi gambar orang tengah makan jamuan kenduri kawin....! Sabo...Yin..sabo... apa halnya?
Ni memang aku geram... ni Sabtu lepas aku ngan dua orang cikgu sekolah aku gi majlis kenduri kawin staf sokongan aku ( PAR ).  Aku gi yang terawal jugakla.... masa sampai orang pun tak ramai lagi. Kita orang terus jumpa bapak pengantin dan salam kerokle...biasa. Lepas tu di jemput makan buffet. Kita orang pun terus ambil pinggan dan isi makanan. Air style gerai le ada bermacam-macam jenis aku pun terus ambil segelas  air mata kucing yang telah dituangkan dan minum dulu kerana haus. Bila nak ambil lagi aku ambik le yang lain yang dah dituangkan... boleh mamat jaga air sound aku "Bang...guna le gelas tu balik... tak le teruk tukang cuci". Naik darah aku... tapi ini majlis orang tak kan nak buat kecoh... aku ambik le gelas tadi dan hulur kat mamat sombong ni... 

Mungkin bagi mamat ni tak mau kerja banyak... tapi bagi aku sebagai tetamu yang diundang memang terasa hati. Mau je simbah air kat muka dia. Dia dah dibayar untuk serve. Nasib baik aku tak terus jumpa tuan rumah...komplin. Hormatlah sikit dengan tetamu....
Tak pe nanti aku nak komplin dengan pengantin.


Jumaat, 28 Januari 2011

SATE OH SATE

Sate... rasanya ramai yang menggemari sate ni...ada sate ayam...lembu...arnab...kambing...perut dansebagainya. Kalau cakap pasal sate tentu ramai yang akan teringat sate Hj Samuri di Kajang. Kat Kulai pun ada sate Kajang... sebenarnya aku bukan nak cerita pasal sate tapi ada cerita di sebalik sate ni.

Tadi lepas magrib aku hantar Harith ke kelas KUMON dan kebetulan dia belum makan lagi so aku tanya nak makan apa... dia cakap nak makan sate macam semalam so aku pun terus gi gerai sate yang kebetulan terletak di bawah kelas Kumon dia. Gerai sate ni menumpang di pojok kedai mamak. Aku order sate ayam 30 cucuk. Minum order kat kedai mamak teh "O" ais dengan Nes "O" panas.

Bila agaknya dah kenyang Harith pun naiuk ke kelas Kumon dan aku pun mengasobahkan sate ayam. Bila dah clear entah macam mana terlintas nak kira betul ke tak sate tu 30 cucuk. Aku kira lidinya cuma 28 cucuk.
 Wah ni sengaja ke atau tak disengajakan? Aku anggap tak disengajakan le...tapi mulut aku gatal nak cakap. "Kalau tak silap saya la...sate ni tak cukup 3o cucuk... tapi tak pe la...mungkin saya silap kira".ku bayar RM 15.00 dan terus masuk kereta. Air aku dah bayar dgn mamak... aku start kereta...pasang aircond dan menyandar tunggu Harith habis kelasa Kumon. Tiba-tiba cermin kereta kau diketuk... aku pun turunkan cermin. "Bang maaf bang,,, memang betuk cuma 28 cucuk. Ni singgit". Aku cakap "Tak pe la saya halalkan... saya silap kira ko?". Dia beris-ia nak pulangkan singgit so aku pun ambikla.... mungkin dia ingat aku tunggu duit singgit padahal aku tunggu Harith.

Aku ni bukanla nak berlagak tapi tak mau orang ambil kesempatan. Berapa ramai orang yang cam aku memastikan jumlah betul atau tak. Kalau sorang dia kelebet singgit... kalau 20 orang dah RM20.00. Kadang2 bagi aku bukan kita nak berkira sangat tapi pasal singgit. Kalau ada unsur penipuan memang pantang aku. Ini kejadian kedua... dulu aku pernah jugak beli sate depan 7-eleven Pt Sulong. Aku cakap nak 40 cucuk dan dalam perjalan aku suruh Tanty kira betul ke 40...kelebet gak cuma ada 36 cucuk...tapi coz dah jauh malas nak pusing balik.

Aku pernah beli buah longan kat tepi jalan. Dia kata 2 kg RM 10 so aku mintak 2 kg le...lepas timbang dia pun bagi kat aku entah cam mana aku tengok balik alat penimbang yang dah berada di tempat 200gm walau pun tak letak apa2 lagi so apa lagi "Macam mana ni dik...tak letak apa2 dah 200gm. Ini salah ni ni dik...saya boleh repot ni...!".... eh tak perasan la bang...tak pe saya timbang balik.... cepat2 dia tambah....aku cakap balik ...ni dah berapa ramai orang beli ni....berdosa dik tipu timbangan...Maafla bang tak perasan.

Pernah juga dulu aku beli ikan kat pasar bila dah dimasak dan nak makan...ikan tu busuk so apa lagi berkejar aku ke pasar... mintak ganti. Sekali tu pulak aku beli lauk kepala ikan asam pedas dan bila bawak balik tengah makan...ada pulak mata pancing 2 inci...aku bungkus balik... aku marah mamak tu... semua pelanggan 
 pandang aku...dan bertanyakan hal... dia nak bayar ganti rugi tapi aku buat sombong....

Itulah antara pengalaman2 aku dengan peniaga yang tak jujur... aku bukan nak berlagak tapi tak mau orang lain ambil kesempatan dan boleh jadikan pengajaran supaya tidak tertipu.

Ini ajelah n3 aku kali ni...





Rabu, 19 Januari 2011

GOLONGAN MENENGAH PERLU DIBELA

N3 ni tak ada apalah sangat just keratan akhbar 18 Januari 2011 yang disiarkan dalam ruangan surat dan email akhbar Berita Harian. Isu yang aku tulis adalah isu adalah isu yang pernah siapa kesah...atau biasa diungkapkan "aku kesah apa". Isu ini sebenarnya dirasai oleh sebilangan besar rakyat Malaysia namun ia bukan isu yang menarik untuk dibahaskan oleh ahli politik seperti isu novel "Interlok" Mummy Gee dah publish dalam blognya tapi yang didownload dari online Berita Harian. Ni aku siarkan yang disiarkan dalam akhbar.

.
Sebenarnya Mama Miraki yang cadangkan aku supaya menulis isu ini kerana golongan pertengahan macam aku dan ramai lagi rakyat Malaysia yang tertekan dengan kenaikan harga barang dan keistimewaan yang sering dinafikan haknya. Aku tahu tak akan ada siapa yang berada di atas, kalau pun terbaca akan memberi respond atau pembelaan...namun sekurang-kurangnya dapat aku melepaskan sedikit tekanan. Nak tulis tekanan di tempat kerja pastinya orang akan jelak dan terbelahak. Ok....

Jumaat, 14 Januari 2011

MODIFICATION OF PERUMPAMAAN MELAYU

Pepatah melayu lama kita ada yang dah tak boleh pakai sekarang ni. Jadi untuk ianya terus dapat digunakan, maka harus kena modified sikit mengikut keperluan semasa. Berikut adalah antara pepatah yang telah diubah suai mengikut zaman sekarang.


1.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,terlajak kapal terbang terpaksa ambil flight lain sebab k/terbang tiada gear reverse.

2.Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3.Sudahlah jatuh ditimpa tangga, tercium pulak tahi ayam, terantuk pulak pasu bunga, kepala tercucuk pulak duri bunga, kaki terpijak pulak belahan pasu bunga... ishk seksa...seksa....

4.Alang-alang mandi biar guna sabun & syampoo.

5.Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.

6.Sebab pulut santan binasa sebab mulut tak pasal-pasal kena saman malu berjuta-juta...

7.Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)

8.Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9.Malang tak berbau tapi kentut yg berbau tu..uikss..hanya tuhan yg tahu..

10.Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi...)

11.Makan hati berulamkan jantung pisang, kena pulak paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah.

12.Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ketiak masam
13.Biar korek hidung jangan korek tabung

14.Berakit-rakit ke hulu,kalau nak ke hilir naik sajalah bot.

15.Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

16.Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi bukan kau sorang dalam dunia ni.....boleh blahlah....

17.Harapkan pagar, padi pulak yang makan pagar...

18.Kera dihutan disusukan anak dirumah mati takde duit nak beli susu lembu.

19.Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bercinta.

20.Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

21.Biar lambat asalkan tak kena speed trap.

22.Kalau tiada rotan, pelempang pun jadilah....

23.Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.

24.Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton

25.Air dicincang takkan boleh dibuat lauk kenduri.

26.Kerbau dipegang pada tali, manusia jangan dipegang sebarangan silap-silap kena lempang

27.Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak cantik

28.Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat...klau susah tembak ajelah..

29.Takkan lari gunung dikejar, Tapi pasti gunung takkan datang kalau setakat dok tunggu aje...

30.Rambut sama hitam, kutu lain-lain. (kat kepala masing-masinglah)

31.Patah tumbuh, hilang reportlah polis.

32.Lembu punya susu, Ducth-Lady dapat nama.

33.Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.

34.Berapa berat mata memandang, berat lagi klau angkat beras seguni...

35.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

36.Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.

37.Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......

38.Bunga bukannya sekuntum, kumbang pakai BMW pun bukan seekor....

39.Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba dah jadi satey Kajang

40.Kalau kail panjang sejengkal, pancing ajelah dalam equarium.

41.Kalau takut dilambung ombak buatlah rumah jauh-jauh sikit dari pantai.

42.Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

43.Ditelan pahit, dibuang macam mana nak baik demam(bab makan ubat ni)

44.rezki jgn ditolak,awek kena lah cari..

45.bagai pinang dilenyek bulldozer (bagi yg tak secocok)

MAK AIIIIIIIIIIIII...............

Apahal aku ni....cam terkezut jerrr... bacalah n3 pendek aku...


Haaa...apa plak ni...promosi Thaipusam atau Tahun Baru Cina....atau launching produk baru..... errrrr semuanya bukan. Sebenarnya dah lama jugak aku guna produk cecair pencuci "Leo" ni. Aku tak guna jenama yang mahal cam Dinamo, Breeze, TOP dan sebagainya. Jenama ni mula2 try kira okla...lagi pun aku sekeluarga bukan kerja mancah atau marit. Cuma setakakat berpeluh je... baju sekolah Harith biasanya mama dia kena sentalla cos budak memang lasak sikit bermain.

Aku guna produk ni coz kualiti kita okla...harum dan yg penting harganya kira murahla masa tu ... cuma RM10.90 untuk 5 liter...dlm tahun 2008 lebih kurangla... Kira murahla kalau nak dibandingkan produk Dinamo or Breeze. Dari masa ke semasa produk ni kejab2 naik harga... bila naik bukan 10sen 20 sen tapi paling kurang 50sen hingga pagi tadi bila aku nak beli harganya dah jadi RM17.90 kira 18 la tu....kononnyaq tambah free gift pelembut kain yg tak berkualiti.

Nampaknya harga barangan di Malaysia sudah tidak terkawal. Pengeluar, pemborong dan peruncit menaikkan harga sewenang-wenangnya yang akan menyumbang kepada peningkatan inflasi. Inilah yang dinamakan "Rakyat Didahulukan...Pencapaian Diutamakan". Betullah tu ...Rakyat didahulukan untuk merasa keperitan hidup...pencapaian orang atas menjadi millionier diutamakan.

GERAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!! 

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

Hari ini merupakan hari terakhir bagi rakan sejawat aku iaitu Pn. Norizah Ahmad PK1 dan En Mohd Kamal Ali berkhidmat di SMK Kota Kulai. Selain rakan sejawat mereka berdua memang amat rapat dengan aku... rakan bergurau...saling bantu membantu...dah macam adik beradik. Pn Norizah berasal dari Pt Punggur, Muar sementara En Mohd Kamal berasal dari Pt Raja, Batu Pahat, Mereka dah sampai homestay Hj Omar semasa arwah mak meninggal dunia. Perpindahan mereka ini adalah perpindahan setara...Pn Norizah ke SMK Munshi Abdullah sementara En Mohd Kamal ke SMK TAR Putra tempat Tanty mengajar sekarang.

Satu majlis bersama guru-guru dan murid diadakan bagi memberi peluang murid-murid memohon maaf dan mengucapkan selamat jalan. Aku lupa nak bawak kamera aku so ambil gambar dengan hp antik Sony Ericsson K530i aku saja....itu pun gambar candid jerrr... kualiti pun kureng.

Murid-muird duduk berkumpul di Dataran Harmoni.

Pn. Norizah tidak dapat menahan kesedihan...

Begitu juga En Mohd Kamal berbaju biru  yang memang
 mudah tersentuh hatinya...walaupun tegas dalam
tindakannya mengawal disiplin.

Murid-murid bersalam-salaman dengan mereka....

Pada sebelah petang diadakan satu jamun Hi-Tea di Lagenda Golf & Country Resort di Sedenak bersama guru-guru dan staf sokongan. Sesi petang SMK Kota Kulai memang tutup kedai.

Sekitar Lagenda Golf & Cuuntry Resort.

Pengetua bersama En Mohd Kamal.

Penyelia Petang bersama Pn Norizah.

Buat mereka berdua diucapkan selamat bertugas di sekolah yang baru dengan suasana dan rakan-rakan yang baru....semoga dapat meningkatkan kecemerlangan anda berdua.
Ini saja n3 kali ini.









Khamis, 13 Januari 2011

KEMBARA PUAS SUDAH KU MENGEMBARA

"...kembara
puas sadahku mengembara
...mencari
hari emas bukannya mudah"

Inilah antara lirik lagu "Kembara" dengangan kumpulan KEMBARA yang diangotai oleh M. Nasir, Sahlan dan A.Ali...yang popular di tahun-tahun 1980-an. Kira lepas habis SPM... aku kerja kontrak di Batu Pahat, bersama keluarga Salleh. keluarga Wak Moh dan  Kupri anak Wak Usop Petrok yang jual durian naik basikal...duren...duren... Biasa kalau naik motor baru arwah abah bernombor JAP 6170 bersama Ayon...sepanjang perjalanan memang nyanyi aje...

Eh..eh..aku bukan nak cerita tentang kumpulan Kembara atau kenangan bekerja kontrak tapi n3 aku kali ini berkaitan dengan kereta Kembara aku. Dah lebih 2 tahun aku pakai kereta ini dan tak ada banyak masalah...biarpun bunyinya slow sikit dari lori Peladang.  Aku dah make-up sikit2...pasang double-dingan sistem bass yg agak power gak le dia punya degang degung... tapi aku hanya dapat buka kuat2 kalau aku drive sorang2 coz mama ngan Harith tak suka kuat2.

TAPI....jeng...jeng...jeng....

Minggu lepas masa hantar Harith ke sekolah agama waktu pagi terhidu bau hangit dan tak menyenangkan. Aku ingat air radiator habis...tak jugak...so pagii Isnin hari tu bila aku nak onkan lampu keluar indicator lampu tinggi w/pun aku tak bukak lampu tinggi. Bila aku check lampu tak terang...hanya lampu masa hujan aje yg nyala...alamak... aku redah jugak untuk hantar Harith w/pun gelap. Yela...sekarang pun kul 7.00 pagi masih gelap...ini kul 6.30 pagi...

 
Lampu yang malap...

Kereta depan masih boleh nampak cahayale...

Hari Selasa Johor cuti hol Sultan Johor tapi aku lupa nak repair. Hari Rabu aku ada metting kat SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar dan tak berapa condifen nak bawak Kembara so aku suruh Tanty bawak Kembara dan bila bangun pagi hari Rabu baru aku ingatr masalah lampu Kembara...hari Rabu tu aku hantar Tanty kemudian baru hantar Harith dan terus ke SMK Sultan Alauddin. Petang tu cam lupa dan malas agaknya nak repair sampai le pagi tadi macam "gedandapan" drive....nasib baik ada lampu jalan.

Petang tadi hantar ke kedai eksesory nak repair... try2 tak boleh...mual2 ingat dia punya bulp...dah ganti pun tak boleh. Check fius....semua ok....alamak nape pulak. Dia suggest aku hantar kedai wirring kerana mungkin ada wayar yg terbakar....alamat. Hari pun dah petang nak ambik Harith pulak.... Esok gedandapan
lagi aku...

"Wahai Kembara...kau jangan coba-coba nak menduga aku... sekali aku sumpah jadi kau Mercedes Benz C 180....pling!!!!

Oh my God...kalau aku ambik ko...berat badan aku boleh turun bawah 100kg.

Oh no... aku tak nak nambah peleburan kat finance lagi....cukup le aku bayar Wish...aku akan repair samapi jadi elok....wahai Kembara.

Inilah saja n3 merapu aku....


Isnin, 10 Januari 2011

MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN

Blog dah bersawang dahhhhh....

Baru kira-kira sebulan aku tak buat n3. Entah...malas bebeno nak mengupload gambar. Nak cerita pasal minggu pertama persekolahan aku rasa memang malas nak ingat kerana ia merupakan  peristiwa sedih buat anak aku Harith pada tahun 2010. Pada hari pertama sekolah darjah satu sepatutnya parent hantar ke hingga ke kelas namun ia tak berlaku pada Harith kerana mama dan papanya seorang guru yang terpaksa menguruskan sesi persekolahan di sekoalh tempat bekerja. Pada hari pertama akan ada pemantauan samada dari PPD atau dari JPNJ. Pada hari pertama sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu berjalan.
Dengan rasa berat hati terpaksa kirimkan Harith pada jiran sebelah rumah yang kebetulan mengajar di sekolah tempat Harith belajar. Harith mesti sedih melihat kawan-kawan yang lain dihantar oleh parent tapi mama dan papanya tidak dapat bersama di hari bersejarahnya. Apa nak buat...itu periok nasi papa ngan mama. "Maafkan papa dan mama ye sayang".
Kini setahun dah berlalu dan Harith mungkin dah melupakan peristiwa itu dan aku pun sebenarnya tak suka nak mengingat.
Hari ini dah masuk minggu kedua. Setiap petang seboleh-bolehnya papa ngan mama akan jemput Harith di sekolah dan dia memang happy kalau kedua-dua mama dan papanya menjemputnya. Petang tadi selepas menjemputnya kita orang terus ke Restoran Gazebo... antara restoran yang boleh tahan masakannya.

Like father like son...Harith masih beruniform pengawasnya.

Fish n chips untuk Harith.

Chiken chop untuk mama...

Tomyam ayam dengan nasi putih untuk papa...

Ini aje n3 sapu sawang aku... ok tuuuu...