Selasa, 19 Oktober 2010

SURAU LAMA SURAU BARU

Asalnya orang panggil Surau Batu 21. Dibina dalam tahun1979. Masa tu umur aku 15 tahun... tingkatan tiga. Tapak tanah pembinaan surau diwakafkan oleh abah dan abah berpesan sangat-sangat jangan diungkit-ungkit tanah yang telah diwakafkan. Kalau tak salah aku bajet untuk membina surau ini hanya RM3,000.00 je dan pembinaanya adalah secara gotong royong orang kampung.  Ada jadual bekerja dan siapa yang tidak dapat datang kena denda... tak ingat berapa satu hari. Ia diketuai oleh Pak Hamzah atau gelarannya Pak Uteh. Walaupun belum siap keseluruhannya pada masa itu tapi ia telah digunakan untuk berjemaah. Aku n de gang seperti Maat, Nordin, John, Ayun, Limin setiap malam tidur kat surau. Walaupun dinding tak siap tapi seronok. Masyarakat kampung pun ramai berjemaah terutama magrib, isya dan subuh. Hari demi hari...bertukar minggu...minggu bertukar bulan seterusnya bertukar tahun siaplah surau Batu 21. Kenangan aku yang tak akan hilang ketika pembinaan surau ini aku terkena zink di buku lali kiri dan parutnya kekal sampai sekarang.

Pada tahun 1995 ketika itu aku dah mengajar di Sarawak ketika cuti hari raya aku balik kampung. Pada malam sehari sebelum hari raya aidil fitri aku n de gang menyiapkan papan tanda surau. Malam tu baru aku tau surau tu dah ditukar kepada "Surau Hj Omar".  Ini adalah kehendak orang kampung untuk mengabadikan nama abah pada surau tersebut. Abah memang sayang sangat kat surau ni... menyapu... mencabut rumput...dan apa sajalah....abah juga merupakan imam surau ini. Kalau pasal surau ini abah tak pernah berkira... kalau bulan puasa... waktu petang abah akan mencuci gelas, pinggan dan dulang yang digunakan untuk makan "jaburan" selepas terawih.

Aku tak ingat tahun sebenar surau lama dirobohkan kerana kerajaan memberi peruntukan untuk membina surau batu. Yang aku ingat aku dah transfer ke Kulai. Around 2002 kot coz masa aku kawin 2002, surau lama ada lagi. Mungkin selepas 2003 coz masa abah meninggal tahun 2003... masih surau lama. Apa yang menyedihkan apabila surau dirobohkan seakan ada konflik antara orang kampung. Antaranya isu nak jual kayu surau lama. Ada yang kata boleh jual... dan ada yang melarang. Ada yang rela kayu tersebut reput begitu sahaja. Bagi aku yang kurang arif... aku rasa tak salah jual kayu lama tersebut dan duitnya boleh belikan sesuatu untuk surau. Kalau tak salah aku peruntukan ini dari bekas YB Syed Hud. Aku tak pasti siapa yang memilih kontraktor pembinaan kerana belum digunakan surau tersebut dah senget. Yang hairannya diluluskan pulak. Nak tolong orang Melayula konon. Aku pun tak sempat nak ambik gambar surau tersebut. Kalau tak salah warnanya biru  dan putih... macam balai polis. Biarla... tiu pilihan orang kampung. Cakap lebih nanti sekali-sekala jemput kenduri mereka tak datang pulak. 

Akhirnya dapat peruntukan lagi dari Jabatan Agama Johor untuk membaikpulih surau kedua dan inilah hasilnya. Kalau abah ada lagi pasti dia adalah orang paling seronok... namun dia dah pergi dahulu menemuiNya. Apa yang agak menyedihkah apabila surau baru tersergam indah... orang kampung yang berjemaah tak ramai kecuali masa bulan puasa dan sembahyang 2 hari raya. Sekali-sekala bila balik kampung... sedih rasa bila nampak gelas-gelas bekas minum kopi/teh bersemut kerana tidak dicuci. Nasib baik adik ipar aku SiJenal kalau balik kampung rajin cuci gelas-gelas yang dah bersemut...mencuci tile tempat wuduk dan tandas. Semoga penduduk Batu 21 akan bersama-sama mengimarahkan Surau Hj Omar hingga hari kiamat... semoga arwah abah sentiasa menerima ganjaran dan rahmat dari tanah yang diwakafkan. Amin.

Foto disalin dari blog anak Hj Omar.  Nak royalti tak...???

Sabtu, 9 Oktober 2010

DANGA CRUISE 8

Hari ini dah 2 Zulkaidah 1431. Dah 2 hari meninggalkan bulan Syawal namun kat bandar2 seperti JB, KL open house aidil fitri masih diraikan. Hebat betul sambutan aidil fitri sekarang. Kalau kat kampung raya 4 hari dah nyawit... mancah dan sebagainya. Kat sekolah aku pun semalam diadakan mnarhaban perdana dan penutup bagi aktiviti marhaban guru2 tahun ini.

Harith ikut sekali coz mama dia ada kursus kat sekolah.


Membaca berzanji dan marhaban diketuai oleh Ustaz Shahrul Mislan.

Pukul 6.30 petang kita orang bertolak ke Danga Bay untuk majlis makan malam akhir tahun sekolah aku. Selepas solat magrib di surau di Danga Bay kami berkumpul dengan rakan2 guru dan keluarga untuk menaiki
Danga Cruise 8.

Beginilah rupa Danga Cruise 8. Ini bukan feri
 ke Batam atau Tanjung Balai.

Bergambar sebelum menaiki cruise.

Anak bujang aku... Harith.

Gambar kami bertiga.

Para tetamu menaiki cruise.

Suasana dalam dewan cruise.

Lambatnya... aku dah lapo ni...


 


Apa yang menarik tu Harith... terpegun nampak...

Bersama pengetua.

Pemandangan dari dalam cruise.

Antara tetamu yang turut serta... malam ni tema "Arab"...
 ada yang jadi cam taliban, Israel cam orang balik haji pun ada. 
Pas ni layan gambar ajela... malas nak buat caption.




Menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

Punya banyak hamper...ini je aku dapat....







Cap ibu dan anak.

Lebih kurang jam 10.,30 malam majlis pun tamat. Tetamu lain ramai yang dapat "hamper" tapi aku dapat "hampa".... dapat le foto album. Beza kat sekolah dengan sektor swasta. Kita orang nak buat dinner kena collect duit. 23 Oktober ni family day... tapi ingat tak joinla coz nak pergi kenduri rumah kak Nor. Inilah saja n3 untuk kali ini. 

Ahad, 3 Oktober 2010

CUTI HUJUNG MINGGU

Pagi minggu rehat kat rumah jerr....bangun pun lewat... pastu sarapan...lepas sarapan zzzzzzzzzz lagi. Petang ada open house rumah kawan mama so pergi dalam kul 3.30 ptg. Kira makan tengahari la ni.... menu ok.... ada laksa, ketupat dgn aksesori dan nasi jagong dgn aksesorinya. Kenyangla perut...
Lepas open house ingat nak pergi rumah Sewo Sipah kat Sg Sayong cos dah searah cuma lajakkan dlm 15 km kot.
Jalan Kulaijaya ke Kota Tinggi

Rumah Sewo Sipah berkunci... mungkin ke rumah anaknya.

Sabtu, 2 Oktober 2010

BERSIH SAWANG LEPAS RAYA

Hari ini dah 24 Syawal . Dah 24 hari raya. Cam kejab jerrr. Kalau 24 Ramadhan alangkah bestnya... tinggal beberapa hari lagi nak raya. Dua hari cuti hujung minggu memang tak kemana-mana. Semalam bantai zzzzz lepas sarapan pagi kul 10.00. Bangun kul 3.30 petang. Lepas Asyar keluar ngeteh bertiga. Walaupun dah masuk minggu ke 4 masih ada lagi yang kunjung mengunjung dan open house. Malam tadi jiran belakang rumah buat open house. Malam Khamis lepas beberapa guru aku datang ke rumah beraya. Tak terfikir menu yang simple... so buat nasi lemak ayam goreng je...



Rakan-rakan guru .


 Murid-murid sekolah mama. Lebih dari 40 orang.