Khamis, 28 Januari 2010

GURU ADALAH INSAN YANG HEBAT

Aku tak kata semua guru tu baik dan perfect tapi aku dah pernah jadi pemetik kelapa sawit, pekerja kontrak buat bangunan, kerja ladang ternakan ayam dan kerja sebagai pereka grafik. Last sekali aku jadi guru dan aku rasa seseorang yang hendak jadi guru perlu semangat dan iltizam yang kuat. Jangan jadi guru kalau nak jadi kaya raya walau pun ada guru yang kaya kerana membuat kerja sambilan seperti tuisyen, berniaga pasar malam, MLM dan sebagainya dan badi aku itu tak salah untuk meningkatkan taraf hidup asalkan jangan jadikan tugas guru sebagai kerja sambilan. Guru kat sekolah bukan setakat mengajar di dalam kelas tetapi guru adalah segalanya seperti jurulatih, jururawat, pemandu, tukang kebun, typist, kerani, akauntant, bill collector, along, penyanyi, dj dan sebagainya. Hari ini aku nak cerita fasal tugas sampingan guru sebagai tukang kebun. Hari ini nak sambung buat line padang kerana hari sukan pada 6 Februari ni.
Cikgu Azirul sedang mengalas tempat letak barang "Kembara" aku dengan kanvas supaya minyak hitam tidak tumpah di atas karpet. Kereta aku jugak jadi mangsa... dah terpaksa. Sebelum ada Kembara... Honda Stream aku jadi mangsa. Nak buat macam mana...
Kami terpaksa memandu sejauh lebih kurang 15 km untuk mengambil minyak hitam iaitu minyak dari kenderaan berat seperti bas, lori, jentolak dan sebagainya di sebuah bengkel kenderaan berat area Kelapa Sawit. Minyak terpakai dari kenderaan ini lebih pekat dan sesuai untuk dijadikan line padang. Cikgu Mahathir sedang mengelap minyak yang tertumpah di atas tong agar tidak terkena kereta aku diperhatikan oleh Cikgu Megat.
 
Cikgu Azirul mengangkat tong minyak ke dalam boot kereta.

Di padang QM yang terdiri dari murid-murid India membantu menolak alat pembuat garisan.

Inilah yang aku katakan guru tu hebat. Bukan "masuk bakul angkat sendiri" tapi kenyataan. Ni dah jam 6.15 petang bini aku belum sampai rumah kerana menyiapkan kerja-kerja perkeranian di sekolah. Lebih terror dari kerani yang memang kerani.









Selasa, 26 Januari 2010

SUKANTARA ... BUKAN TARASUKAN

Hari ini sekolah aku buat sukantara. Dulu masa kita sekolah tak de perkataan ini... yang seingat aku dia panggil "saringan". Sekarang saringan dah membawa maksud yang lain. Saringan bermaksud dalam kejohanan olehraga daerah.... kalau ada lebih dari lapan pasukan... saringan akan dijalankan dan lapan catatan terbaik akan ke final. Yela... track stadium kan ada lapan aje... dipanggil balapan. So pukul 8.00 pagi acara pun dimulakan. Acara yang dipertandingkan larian 100 meter, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru. Dulu benda-benda macam ini memang aku tak minat sampai pernah kena pukul dengan pembaris besar dan panjang kat tapak tangan oleh Cikgu Samian Samio. Tak ngadu kat abah pun. Sekarang mau tak mau kena turun padang sekadar memantau. Nasib baik guru-guru aku semuanya bekerjasama.

Lihatlah lontaran yang akan aku buat...... Cikgu Mohyi pastikan jangan ada terkurang ukuran walaupun 1mm. Okey satu... dua...
 
tiiiiigaaaaaaaaa......

Jauhnya.... mana tak nampak ni..... laaaaaaaaaa.... kat depan tu aje...patut tengok paling depan tak ada.


Ni acara 100 meter...."Ingat semua kena lari sepenuh tenaga dan usaha untuk mencapai cita-cita... eh apara... imelalut pulak... lari betul-betul... kalau main-main buat sekali lagi!"

Kegarisan... sedia...PAP... itulah gaya PK HEM kita Mr. Kamal.


Lariiiiiiiiiiiiiiii.......
 
Apa lagi nak auta ni Cikgu Kamal.... ye la OKB sekarang ni... aku ni OKU.


Inilah acara yang paling aku tak boleh buat....  lompat tinggi....yang lain tu... tak upaya nak buat...

Eh... mana ni... tinggi sangat ke cikgu... macam nun jauh di sana.
 
Aku memang prihatin dengan guru-guru wanita yang mengandung... so aku tak bagi tugas kat diaorang. Jadi penonton pun ok le... Ye la kalau jalan sana jalan sini kang terberanak kat padang ada yang namakan anak Mohd  Peluru atau Siti Balapan.

Dannnn... tanpa aku sedari aku pun dah lama mengandung(i)... so aku turut sama menjadi penonton.

Inilah saja n3 aku hari ini untuk tatapan kalian.

Selasa, 19 Januari 2010

BLOG DAH BERSAWANG

Dah hampir 4 minggu blob aku tak aku update.  Kesibukkan tugas seharian. Hari ini aku 6 period mengajar... Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4.  Oleh kerana 6 period...  aku naik ke Studio PSV seawal 7.30 pagi selepas aku buat spotcheck murid yang tidak memakai uniform pasukan berunifom. Alhamdulillah 95% dah pakai uniform. Tahun lepas aku tawarkan siapa yang pendapatan keluarga di bawah RM1000.00 sila buat permohonan bantuan pakaian beruniform. Tak ramai yang nak memohon... ertinya mampulah untuk beli. Tahun siapa yang tak pakai memang aku tahan dulu dari masuk kelas. Buat interview... so adalah beberapa orang yang katanya tak mampu nak beli so aku basuh dululah... kerajaan nak bagi tak mau... tapi tak nak mohon.  So aku bagilah uniform yang lebih dalam simpanan aku... aku harap minggu depan boleh 100% pemakaian uniform. ( kadang2 kita kena keras dengan murid...psikologi dah tak berapa boleh pakai )
Bila 6 period aku biasanya bawak laptop... so 3 period yang tida kelas bolehlah godek internet.
Nak tau apa aku ajar budak hari ini.... Tajuknya Asas Seni Reka. Penekanan kepada aspek Ton, Jalinan dan Ruang... so aku suruh pelajar lukis gambar buah-buahan. ( ini bukan macam zaman kita sekolah dulu ye... )  Sekarang ini kita kena terangkan kepada pelajar tentang aspek2 yang dipelajari. Maksud dia dan teknik penghasilannya. Sebagai guru juga kena buat demontrasi dulu... kira salah satu teknik pengajaran... so hari ini aku buat demontrasi melukis menggunakan pensil warna. Sebenarnya kalau mahir... dgn memggunakan pensil warna pun kita boleh menghasilkan karya yang menarik...
Inilah hasil demontrasi yang aku buat...

Ini lukisan aku yang belum siap... sekadar demontrasi. Kebetulan laptop aku ada kamera....


Ini gambar anak murid... jangan betulkan TV anda... gambar gelap coz tak de flash...
so cukuplah n3 aku hari ini.