Ahad, 28 Mac 2010

SEMINGGU SEBELUM WALIMATUL-URUS

Hari Sabtu 27/03/10 aku ada mesyuarat agung PIBG kat sekolah.... Tanty ada kokurikulum. Harith seperti biasa pergi rumah Cik No. Balik tengahari rasa letih so layan tidur dulu. Pukul 4.30 siap-siap nak balik kampung. Sampai Pt Yaacob dah pukul 6.15. Cuma ada Razak so lepas tu gi pasar malam Pt Tengah cari makanan.
Inilah makanan yang dibeli... nasi ayam, limau, mangga, ayam percik, ayam madu,  ceker ayam masak kuah dan air tebu.

Tanty sedang menuang air tebu... 5 bungkus you...

Lepas makan acara memasang langsir... reel dah siap pasang.








Memasang penyangkut langsir.
Langsir yang telah dipasang... kerusi jati pun dah divarnis...
 Dua bilik tidur yang penuh dengan goodies... belum masuk beg lagi ni...

  
Bangsal rewang dah siap dipasang.
Keadaan rumah Razak terkini...

Harith layan karaoke... like father like son. Kepala siapa la yang rambut jarang-jarang. Kalau pokok kelapa sawit dah kena sulam tu...

Ini sahaja n3 kali ini... minggu depan hari langsung...

Isnin, 22 Mac 2010

XTVT SAPU SAWANG

Hari Sabtu huajung cuti persekolahan cadang nak jalan2 gi Gunung Pulai. Saja bawak Harith mandi air terjun tapi dari pagi sampai petang hujang tak henti2 so terpaksa batal. Aku ingat hari Ahad dia dah lupa coz aku tidur semula lepas Subuh sampai dekat pukul 11.00 pagi. Pas tu kena isi perut. Lepas isi perut siHarith tanya lagi "Pa... jadi tak nak pegi hari ni...?" La.... ingat dah kira kensel.... so aku cakap lepas zuhur nanti. Aku pergi berdua aje dgn Harith. Tengok langit macam nak hujan tapi teruskan juga hingga sampai tempat mandi di Gunung Pulai.
Sebelum keluar ke highway masuk simpang kiri.

Ramai juga pengunjung ke sini. Kembara kat hujung tu kereta aku le...

Alamal... parking RM1.00 dan aku tak ade duit kecil.Fikir punya fikir aku ajak Harith minum dulu kat warong. ( nak pecah duit bayar parking ). Aku order mee rebus n teh 'O' ais... Harith order maggi sup.
Makan Rith... papa dah selesai dah.

Beginilah keadaan warong... walau pun macam ni ... charge mahal gak...

Lepas makan layan Harith mandi tak sampai 5 minit hujan turun dengan lebatnya... so masuk kereta dan balik le....

 Hujan turun mencurah-curah.

-End-

Ahad, 7 Mac 2010

XTVT HUJUNG MINGGU

Semalam hari Sabtu penuh dengan xtvt. Pagi hantar Harith gi khemah solat di sekolah kebangsaan. Lepas tu aku gi sekolah ada perjumpaan kokurikulum sampai pukul 12.00. 12.30 ambil Harith. Balik rumah kejab pastu kul 1.30 ptg gi Ole-ole Bowling, IOI Mall coz ada perlawanan antara staff. Rasa macam tak nak main coz tak berapa sihat sangat tapi malu dgn kawan-kawan. Habis kul 6.00 jugak.
Hari ni hari minggu, lepas subuh sambung tidur sampai pukul 9.30...bangun dan cari sarapan pagi. Lepas tu Harith ajak tengok pameran kereta yang diubahsuai di IOI Mall. Dah dia minat layannnnnnnnnn...... tapi rupanya start kul 1.00 ptg... so balikla... on the way balik dia kata lapar... eh budak ni baru lepas makan nasi ambeng pun dah laparrrrrr. So terpaksa layannnnnnnnnn
Ha... tengok tuuuu... nasi ayam dengan teh'O' ais.... makan lerrrrrrr.

Lepas tu balik rumah.... mata pun layu lepas makan ubat. Layan bantal le..... sedar2 dah kul 3.30 ... sempat solat zuhur. Pas tu melayari internet ... tengok2 Mudah.my. Saja suka tengok barang2 yang nak dijual... Petang Harith tanya balik... Pa... jadi tak nak gi tengok kereta..? La... dia ajak lagi... kebetulan Mama nak cari tudung so gi semula IOI Mall. Dapat le tengok pameran Modification Car. Bingit telinga...









Tengok tu keta Kenari yang di modified exzosnya keluar api... boleh masah mee goreng.

Ini ialah kereta Honda Stream yang diubah suai. Kalau lah kereta Honda Stream aku, aku modified mesti orang kata aku tak sedar diri. Aku rasa belanja modified tak kurang 20k.
Supermodel pameran kereta...

Antara kereta yang dipamerkan... gila wa cakap luuuuuuuuuuu

Lebih kurang sejam melihat pameran... kena layan perut dulu... yela kalau dah sampai rumah, malas nak keluar lagiii.
Harith dgn Mama makan Yong Taufu... aku makan mee goreng.

Gerai ni tak la exclusive tapi kat Kulai... gerai ni aje yang menjual yong taufu... kira sedap jugak lerrr. Ini aje n3 aku bagi mengelakkan ianya bersawang...