Selasa, 1 Disember 2009

CAMERON HIGHLANDS 01 DIS 09

Hari ini hari terakhir di Strawberry Park Cameron Highlands. Pagi-pagi bangun, cuaca tidak berapa baik. Hujan renyai-renyai. Kami bertiga berkemas untuk check-out. Sebelum keluar kami sempat bergambar di balkoni hotel.

Fuyoooo... romantiknya couple debab ni... kalau tak muat nak peluk sambung ngan tiub basikal.


Sibujang sorang niiiiiii ... nak bergaya jerrrrrrrrrrr.

Selepas possing... kami loading barangan kami dalam kereta... dan gi sarapan pagi. Siap sarapan kami
check-out dan pergi membeli belah di Brinchang... beli strawberry, jagung, limau, sayuran, dan bunga-bungaan. Gambar tiada coz waktu tu gerimis... so takut camera kena hujan. Siap membeli belah kami pun bertolak pulang. Sampai di kawasan penanaman teh, kami berhenti tetapi hujan agak lebat. Mama aje yang keluar sebab dia ada hajat so ambil gambar dari dalam kereta.


Pemandangan di ladang teh Cameron Valley dalam cuaca hujan diambil dari kereta.


Mama sempat berpossing di pintu gerbang ladang teh Cameron Valley.

Dalam perjalanan kami singgah di gerai penenpatan orang asli.


Gerai orang asli.

Antara barangan yang dijual ialah petai... murah ooii ... 90 papan RM30.00. Kalau kat Kulai petai muda empat papan pun dah RM5.00.

Durian Cameron Highlands yang isinya kaw-kaw... sebiji baru RM5.00.


Tengok tu isi durian... kuning, tebal... duit 50 sen tenggelam. Dia punya rasa... tanyalah mama dengan Harith... memang puas hati.

Ma... jangan banyak sangat makan durian... nanti bp naik...

Rebung buluh...

Yang kuning-kuning tu namanya buah tampoi..
Kami singgah di gerai Lata Iskandar yang menjual pelbagai barangan dan cenderahati.

Bergambar berlatarbelakangkan air terjun Lata Iskandar.

Merasai kedinginan air terjun Lata Iskandar.

Membeli cempedak goreng... sedap... cempedak dia ulas besar,  tebal dan manis. 7 ulas RM2.00.
 
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Tmn Seri Gombak...dan aktiviti terakhir ialah hantar kereta ke Carwash ... yela... pinjam bersih... pulang pun kena bersih. Lepas tu ke petrol stesyen isi petrol.
Inilah saja catatan kami sepanjang 3 hari 2 malam di Cameron Highlands.

1 ulasan: