Khamis, 17 Disember 2009

HARI MENGAGIHKAN PENDAPATAN

Pagi lepas sarapan terus gi ofis ( sekolah la... ). Hari ni aku sarapan mee rebus dgn teh "O" ais. Mee rebus dia memang kira boleh tahanlah rasanya... antara yang terbaik kat Kulai. Assistant  aku siMahathirdatang kejap anto sijil untuk ditandatangani... lepas tu dia gi Starhill bawa suku sakat picnic. Aku teruskankan kerja melengkapkan segala bil untuk dilampirkan dalam fail Pembantu Tadbir. Segala perbelanjaan kena ada bil... kalau tak nanti kena audit bersyarat... susah sekolah.
Dalam pukul 12.00 aku ingat nak cucuk duit kat ATM Maybank di Petronas. Cucuk punya cucuk keluar statment "Kad Tidak Sah" so tak boleh keluarkan duit. Cinabeng betul. Kad Maybank aku patah tapi belum terlerai. So aku balik rumah dulu tukar bawak motor Jaguh aku. Kalau bawak keta memang susah nak parking time2 hari gaji.
Sampai kaunter isi borang replacement cardlah dan kena tunggu...tiba giliran aku dia mintak IC aku dan bila dimasukkan pada scanner... chip IC aku dah tak boleh dibaca... dan dia kata tak boleh buat replacement card. Aku tanya macamana nak keluarkan duit... dia kata boleh keluarkan cara manual di tingkat atas... sabor jela... aku naik atas dan aku keluarkan 3k untuk bayar yg penting2 dulu.
Lepas tu gi ofis semula. Dalam pukul 2.00 petang aku berkemas untuk balik coz nak shoping petang ni...
Dalam perjalanan balik singgah kedai makan... makan tengahari dan belikan nasi Harith. Allah swt bagi rezeki... ada orang bayarkan makanan aku. Alhamdulillah dan terima kasih Faizal kerana belanja aku.
Dalam kul tiga kami bertiga keluar rumah nak gi Angsana. Hantar Mama dulu gi CINB Bank kerana dia nak keluarkan duit. Mama ni tak ada ATM card... so kena ambil nombor la....
Sampai Angsana bermulalah aktiviti membeli belah.... dalam 2 jam selesailah acara membeli belah dan perut pun dah lapar... kita orang gi Kenny Rogger makan ayam panggang ngan spageti. Nak gi KFC masih tak ada selera... ingat cacing/ulat kat ayam goreng. Tengok jam dah dekat 6.30 kalau terus balik tak sempat solat Asar so singgah masjid Tampoi... ramai orang kat masjid kerana esok Maal Hijrah so ada majlis doa akhir tahun dan awal tahun.
Sampai rumah dah pukul 7.20 terus mandi dan solat magrib...
Inilah antara barangan yang kami beli.....


Ini  3 pasang baju melayu untuk sekolah agama, songkok dan samping.

 Ini pakaian untuk sekolah kebangsaan kemeja, seluar, siglet dan stoking.

Ini sebahagian kelengkapan persekolahan...beg sekolah kebangsaan, sekotak pensil, sekotak pensil warna, kotak pensil dan beg sekolah agama.

Ini banyak lagi belum dapat...kasut belum lagi, buku latihan, kitab dan yuran. Betullah kalau ada 4 orang anak yang nak sekolah... poning kepalo den... macam tu je dah dekat RM400.00. Esok Harith ada ujian diagnostik penentuan kelas sekolah agama... mama dia latih macam nak ambik SPM... mudah-mudahan dapat kelas yang baik. Itulah sebenarnya harapan semua ibu bapa.
"Bezanyalah kalau nak compare zaman kita sekolah dulu..." Nak buat macam mana dah zamannya begitu... so terpaksa ikut arus kemajuan. Kalau tak memang tertinggallah kat belakang. Aku ingat dulu kalau buka sesi persekolahan... bayaran beli buku dalam RM12.00 tapi arwah abah tak mampu nak bagi full RM12.00. Dia bagi cuma RM5.00... so cuma dapat beberapa buku latihan. Dia cakap nanti kalau dah habis beli lain. Kawan2 yang bayar penuh dapat cukup buku latihan, pensil, pembaris, pemadan, pengasah pensil dan sebagainya. Anyway terima kasih abah dan emak... jasamu tidak dapat ku balas. ( beremosi pulak aku... nak nangis ni... )

2 ulasan:

  1. dulu kalau naik sekolah kita beli buku yang mana nak pakai dulu aje kan...sekarang ni tengok dalam senarai,,,,mak aiiiii cam nak masuk U...siap fail ler...sampul buku...buku smapai 40 keping kot. nak beli sikit2 takut semua nak pakai pulak kan....aku ingat masa arwah mak ada lagi..dia duduk rumah aku..time tu abah dah x de...nak buka sekolah, aku shopping barang untuk anak2...pas tu tetiba mak nangis....tanya kenapa mak nangis..dia kata dulu masa aku & kita semua nak sekolah, mak tak mampu nak belikan camana aku belikan untuk anak2 aku...syahdu pulak rasanya....

    BalasPadam
  2. betul lah yin, ngko anak sorang je dah spend RM400, tu pun tak semua dapat lagi yek. Aku yang tak dapat lagi kain samping dan beg sekolah je. Yg tahun lepas memang dah terbarai la... baju pun sorang dua pasang je.. hari2 bibik kena cuci le...sekolah agama registration ngan kitab2 pun dekat RM500 gak sorang, Dania registration kat SmartReader pulak dekat 1K, klu ada tadikan kemas dekat2 aku hantar jer kat tadika kemas.

    BalasPadam