Isnin, 7 Disember 2009

DUTA HACIENDA PORT DICKSON

Dalam perjalanan pulang ke Kulai, kami singgah menginap di Hotel Hacienda Port Dickson... rupanya hotel ini telah ditukar nama kepada Duta Grand. Kawasan hotel ini sangat luas dengan kemudahan padang golf, kolam renang yang luas, go-kart, gelanggang badminton dan sebagainya.
Nama hotel ditempah Duta Hacienda... alamat tak de... terpaksa call agensi... dia bagi alamat dan phone number... bila call dia kata lokasi dia berhadapan dengan Tiara Beach Resort... jumpa Tiara tapi Duta Hacienda tak jumpa. Tanya guard barulah tau itulah di Duta Hacienda yang bertukar kepada Palm Spring . Nak check out hampir setengah jam coz ada sekumpulan lecturer dari Ins. Perguruan Perempuan Melaka dan berkursus.... so terpaksa tunggu. Bila dah check-in hotel dia pehh.... dekat 1 km. Bilik kira ok tapi jauh. Petang tu ingat nak bagi Harith main go-kart... so aku pun pegilah berdua...

Harith bergaya di tempat duduk go-kart.... setakat duduk ajelah coz kaki dia tak sampai ke pedal minyak dan brek... penjaga kata tak bolehlah... biasa yang memandu mereka yang berumur 12 tahun ke atas...so kecewalah dia.
Untuk meredakan kekecewaan dia aku ajak dia main tembak-tembak... 20 das RM10.00 je.... tapi semua tak kena termasuk cubaan aku.

Tembakkkkkkkkkkk.... satu pun tak kena... so lepas tu aku ajak dia balik ke bilik... dia buat hal... aku jalan kat depan.... dia ikut 5 meter kat belakang. Sampai bilik, tak nak masuk bilik.... aku paksa jugak... dia keluar ke balkoni dan duduk atas lantai sambil air matanya berlinangan.... tangan aku dah ringan ajerrrrrrrr.
Nasib baik mama dia ada... kalau takkkkkkkkkk???
Dalam pukul 5.00 ptg pujuk dia mandi kat kolam... buat-buat jual mahal pulak... mama dia pujuk baru mau... itu kira merajuk dengan ku le tuuu.

Di kolam renang... amboi... seksinya.... dah boleh senyum dah

Mama ngan papa pun nak possing jugak...

Makan malam kita orang gi Telok Kemang... tempat biasala....

Oklah setakat ini catatan meninggalkan rumah selama 11 hari dan alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang dan segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Alhamdulillah.

7 ulasan:

  1. so rumah ngko kat kulai tu dah penuh dengan sawang ke? Atau tikus2 bermaharajalela...heheh

    BalasPadam
  2. yin..tulah laik kali kalau gi bercuti pergilah ramai2 dgn kitaroang...ni kau gi satu kelurga aje..dah ler anak kau sorang jer..memangler dia boring..hihihi..kul 9 kau dah zzzzzzzzzzzzz..cuba lain kali kau ajak aku sekali ker, Gee ke, Som ker...hah..bukan setakat go kart aje...karate pun boleh...dah ler gi balik..nanti rumahnya tinggal pagar aje tu...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah semua ok... masa aku tengah keluarkan barang, cikgu bujang lat sebuah rumah tegur aku... dia tanya ada dengar apa-apa tak... bunyi apa... rupanya cermin kereta Toyot Vios dia kena pecah mungkin malam tadi coc tengahari dia baru sedar bila dia nak keluar.
    Nak ajak ko bercuti sama nanti ko naik flight.

    BalasPadam
  4. Aku nak bercuti saing korang dah lain level...
    Mana nak sama level cikgu cabuk dengan director atau kontraktor...kalau hari keluarga tu ok gak... lagi pun percutian aku kerana ada sesuatu urusan orang lain... bukan atas urusan aku sendiri... yang jadi panjang coz hotel di CH itu je yg kosong masa cuti sekolah yg dekat2 hari adik ipar nikah/sanding... so pegi ajelah.

    BalasPadam
  5. ehhhh bila erk kita nk wat Hari Keluarga Hj Omar ni. Last buat 2 tahun lepas kan kat Langkawi. klai ni wat kat JB pulak kot....nanti aku bentangkan kertas kerja yea...aku kan setiausaha...kena mintak persetujuan Bendahari dgn Pengerusi tetap ni....hihihihihi..besnynya kumpul ramai2 kan...

    BalasPadam
  6. Hari Keluarga Hj Omar??? Tunggu dulu bendahari tengok balance dana yer... emm rasa2nya dengan baki dana yang ada, cukup untuk semua waris hj omar gi spain ke dubai ker ... so setiausaha buatlah paper yer, bendahari tinggal sign cek jer...hehehe

    BalasPadam
  7. Yin, setahu aku hotel ngko duduk tu dah berzaman nama dia jadi Palm Spring dari zaman awal2 aku kahwin dulu. Ketinggalan zaman betul agent pelancongan ngko tu...

    BalasPadam