Awal pagi dah bersiap-siap untuk menghantar Harith ujian diagnostik sekolah agama. Mama sibuk menyiapkan segala keperluan Harith seperti menggosok baju dan menyediakan alatulis. Kalau tak disiapkan takut tertinggal pulak nanti.Pagi ni hujan tak la lebat sangat tapi bukan renyai-renyai. Sampai kat sekolah agama dah ramai parent yang sampai bersama anak.
Inilah sekolah agama di mana Harith akan belajar. Sekolah ini baru duserahkan oleh pemaju pada bulan Oktober lepas so sesi 2010 akan beroperasi.
Keadaan di kantin sekolah di mana pendaftaran dijalankan.
Pengurusan agak kelab kabut... sepatutnya ada dua bahagian yang perlu diisi mesti ada dua meja dan dua kakitangan. Ibu bapa pun perlu beratur supaya yang dahulu didahulukan yang kemudian dikemudiankan. Kalau kita tengok macam penjual ubat dikelilingi orang ramai. Kakitangan/guru pun tak berapa pandai protokol. Sepatutnya panggilan kepada parent hanya puan/cik dan encik. Tak pe lah... small problem... tak perlu nak komplin2 coz anak aku nak menuntut ilmu kat situ... nanti tak berkat.
Harith sedang menulis nama pada helaian kertas.
Bila dah jumpa kawan terus pindah tempat.
Bangunan yang kelihatan ialah blok bangunan sekolah kebangsaan di mana Harith akan bersekolah. Bersebelahan sahaja dengan sekolah agama. Dulu sekolah agama menumpang di sekolah kebangsaan dan kini dah ada bangunan sendiri.
Antara ibu bapa yang hadir menghantar anak mereka. Mereka dikumpulkan di dewan untuk mendengar taklimat daripada PK HEM dan Guru Besar.
Harith dan mama selepas tamat ujian diagnostik.
Lepas ujian diagnostik kami ke kedai makan untuk bersarapan. Aku dan mama makan lontong. Harith tak makan... dia kata dah lega dah lepas ujian. Lepas tu kami ke IOI Mall kerana nak belikan Harith kasut sekolah.
Okey ka dik... tak pa longgar sikit nanti pakai stoking okla....
Lepas beli kasut kita orang gi Econsave pulak untuk mencari benda-benda memenuhkan peti sejuk. Aku tunggu kat keta aje... mama pegi sorang.
Sajalah possing... dari tadi gambar aku tak ada... tak acila.....
Punggah ma... jangan tak punggah. Semua barang makanan... tak pe ma... biar buruk makan jangan buruk perangai. Buruk makan sendiri tanggung... tapi kalau buruk perangai... orang pun menyampah...
Inilah n3 untuk hari ini... esok macam nak pegi pasar Parti Sulong... cari biji ranti... tengokla..esok.
Cepat betul proses mendaftar dan bayaran yuran di sana. Di Batu Pahat rata-rata bermula minggu depan.
BalasPadamBiji Ranti? Kenapalah ngko minat benda yang paling aku geli? Bila pecah biji tu rasa macam nak terkeluar balik...uwekkk
Keluarga aku memang agak primitif sikit pasal makanan. Mungkin sebab makanan itu yang kita orang makan sejak kecil... so dah tak boleh dipisahkan. Bini aku dulu tak suka sekarang dah suka biji ranti. Kalau ko nak tau sayur2 moden kita orang x minat contohnya asparagus, bayam, sawi, kailann carrot dan sbgnya. Bukan x makan tapi kureng... tapi kalau biji ranti ditumis pedas2 dgn tempe & petai... atau kocai + petai + tempe + udang masak lemak... fuyooo.. setakat ayam panggang Kenny Roger, KFC, MD, Pizza Hut... aku tak pandang...
BalasPadam