Inilah rupa Ventolin Evohaler dan sebelahnya tu ubat gosok.
Lepas tu aku suruh Tanty hantar ke kedai jual ubatan tradisional coz aku nak beli minyak panas/gosok. So aku beli Losyen Pati Halia Rm 15.00. Pas tu masuk ke kereta dan balik. Sampai rumah tidur untuk elakkan semput selepas diinjek.
Pagi Sabtu lepas sarapan, relex ajerr kar rumah sambil menonton TV. Lepas tu Tanty dah siapkan bahan untuk di masak aku pun masak sementara dia sambung menanda kertas BM/SPM. Tengah aku goreng telur dadar telefon rumah berbunyi.... Tanty angka telefon. Dia kata nak cakap dengan aku...so aku stop masak dan jawab telefon. Rupanya Sharul Fatimi ( cikgu sekolah aku ). TERKEJUT!!!??? Shahrul kata ada orang nak jumpa... katanya dia jumpa dompet aku... hahhhhh... dompet aku... dia kata tunggu di sekolah. Aku pun check dompet aku... betul tak ada... so aku terus ke sekolah. Dalam perjalanan aku bernazar kalau masih cukup isi di dalamnya aku akan bagi RM100.00 kat orang yang jumpa. Sampai kat sekolah orang tu pun berikan dompet aku... dan....jeng...jeng... duit aku dan licin selicin-licinnya... seingat aku ada dalam RM700.00 coz nak bayar kat kredit. Lomah... lotih... terpaksa redha... walau pun sedih tuuuuuuuuu... RM700.00 boleh beli keperluan sekolah Harith. Nak buat cam ne... nasib baik gak IC, lesen memandu dan kad2 kredit tak diambil...kalau tak satu kerja nak gi balai polis, Pej. Pendaftaran dan JPJ.
Inilah yang tinggal... Kad Wasiat Amanah Raya, Kad ATM Maybank, IC, Lesen Memandu, Kad Kredit, Kad Diskaun dan dompet buruk.
Moral catatan ini : Jangan bawa wang tunai lebih dari RM100.00 kalau tiada keperluan dan kalau nak bayar sesuatu... terus bayar dan jangan simpan di dompet. Malang Tak Berbau.
Hua... hua...hua...hua... ( nangisla tuuuu ) Bertenang Rin... ini dugaan... mungkin hilang RM700.00 nanti dapat RM70,000.00. ( siapa nak bagi da... saja nak hilangkan tension )
agak2 kat mana tercicir tu yin...bestnya orang ut ye....takpayahmeragyut dapat jer duit terpijak....tapi kenapa ye diapulangkankat sekolah ngko...ada alamat sekolah ker...ke oarng yang cuti tu kenal ngko...jahat tulorang ty..tak terpikir ker...duit tu orang nak pakai bagi anak bini makan...tak berkat tu duit tu...kalau dia pakaikan..bagi anak bini makan pas tu jadi darah daging...tu sebab anak2 nanti jadi degil kan..mak bapak tak betul....apa2 pun sabar ajelah...nak wat camana..tak ada rezeki
BalasPadamAku memang syak org yg pulangkan dompet aku tulah yg ambik duit aku. Rasionalnya kalau org lain yg jumpa x mungkin dia letak balik kat tempat last aku park keta... iaitu di dpn Restoran Syawal. Aku pasti ia jatuh kat situ. Ini aku rasa lepas dia ambik duit aku esoknya dia pura2 jumpa dan cari aku... mungkin nak saguhati kot. Aku x tau mcmana dia tau aku cikgu kat sekolah aku... mungkin dia kenal aku kot. Yela aku kan top kat Kulai. Logiknya kalau bukan dia yang ambil tentu dompet aku jumpa kat tempat lain. Wallahualam... Allah swt jua yang mengetahui.
BalasPadamyin pati halia yusmira tu selain utk ubat gosok utk kurus gak tu... jgan ko sapu kat muka cam si one udah ler....hihih
BalasPadamSABAR JELAH bang Ya...nak buat macamanakan?Syukur MAKLUMAT2 penting tu tak hilang ya. Semua tu sudah ditentukan dalam LUH MAHFUZ...QADA DAN QADAR. Orang yang hilang anak/suami/isteri TU lagi sedih...(YELAH AKU TAK HILANG DUIT, CUBA KALAU AKU YG HILANG, LAGI SEDIH, tambah2 tahun ni Bonus dapat CIPUT saja)
BalasPadam