Acik dan Along sedang menyusun hadiah-hadih untuk belah pengantin perempuan.
Pakar dari Singapura turut turun padang menunjukkan skill. Eeee... banyaknya buah rambutan! Nak buat hantaran jugak kerrr... bagi aku dari buah strawberry, buah naga... ke baik buah rambutan.
Di rumah persinggahan yang disediakan oleh pihak perempuan... di Kolej Jati, Sek 2, UiTM, Shah Alam. Dulu masa aku belajar kat ITM masa tu... aku duduk kat asrama inila...selama 3 semester... tapi bilik yang ini telah diubahsuai jadi macam apartment .
Inilah antara barang hantaran dari pihak lelaki... tema hijau putih.
Dari kiri... Abang Amir, Cikgu Bahrin, Abang Saim, Abang Zain ( dr S,'pore ), Abang Jalil, Syafiq, Kak Yah dan Kak Mah.
Anak sedara perempuan... Sara, Along dan Manja.
Harith bersama sepupu-sepupu lelaki... Amy, Harith, Arif, Gigi, Fariz dan Syafiq.
Sedang asyik berbual...
Tiga Mak Dara.... tiga beradik.
Pengantin sedang dipersiapkan...
Ala setakat pakai samping... no hal punya...
Dah siap dah... pun. Aku kena control biasa jerrrr...
Dikelilingi kakak2 dan saudara terdekat.
Bersama ipar-ipar dan saudara terdekat.
Dr. HM Tuah sempat mengiringi adiknya bernikah.
Aku terpaksa kontrol macho... orang tak tau macam mana berdebarnya hati di dalam...
Abdul Razak bin Ithnain, aku nikahkan dikau dengan anakku Nur Amilin binti Mohd Sahar dengan mas kahwinnya RM 80.00 tunai.
Aku terima nikah Nur Amilin binti Mohd Sahar dengan mas kahwinnya RM 80.00 tunai.
Sah...? Sah!!! Ok belasah.
Macam menggigil aje Jak... relex... steady... gentle la....
Kalau dulu juru nikah dah berjanggut bermisai putih... jurunikah sekarang muda belia ( berbaju merah ) ... tampan bergaya bersembang dengan Dr HM Tuah Iskandar.
Barangan hantaran dari pihak perempuan...
"Tahniah Pak Su sekarang dah bergelar suami...."
"Terima kasih... lepas ni Harith tak boleh tidur dengan Pak Su lagi tau..."
"Iye la Pak Su..."
Bersama kakak-kakak tercinta... yang banyak memberi sokongan...
Setakat ini catatan majlis akad nikah adik ipar Abd Razak bin Ithnain... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Bersambung di majlis persandingan... tunggu.
kenduri belah lelaki bila nak buat...hihihi..buat kat ruma kau ajelah yin...
BalasPadam