Selasa, 26 Januari 2010

SUKANTARA ... BUKAN TARASUKAN

Hari ini sekolah aku buat sukantara. Dulu masa kita sekolah tak de perkataan ini... yang seingat aku dia panggil "saringan". Sekarang saringan dah membawa maksud yang lain. Saringan bermaksud dalam kejohanan olehraga daerah.... kalau ada lebih dari lapan pasukan... saringan akan dijalankan dan lapan catatan terbaik akan ke final. Yela... track stadium kan ada lapan aje... dipanggil balapan. So pukul 8.00 pagi acara pun dimulakan. Acara yang dipertandingkan larian 100 meter, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru. Dulu benda-benda macam ini memang aku tak minat sampai pernah kena pukul dengan pembaris besar dan panjang kat tapak tangan oleh Cikgu Samian Samio. Tak ngadu kat abah pun. Sekarang mau tak mau kena turun padang sekadar memantau. Nasib baik guru-guru aku semuanya bekerjasama.

Lihatlah lontaran yang akan aku buat...... Cikgu Mohyi pastikan jangan ada terkurang ukuran walaupun 1mm. Okey satu... dua...
 
tiiiiigaaaaaaaaa......

Jauhnya.... mana tak nampak ni..... laaaaaaaaaa.... kat depan tu aje...patut tengok paling depan tak ada.


Ni acara 100 meter...."Ingat semua kena lari sepenuh tenaga dan usaha untuk mencapai cita-cita... eh apara... imelalut pulak... lari betul-betul... kalau main-main buat sekali lagi!"

Kegarisan... sedia...PAP... itulah gaya PK HEM kita Mr. Kamal.


Lariiiiiiiiiiiiiiii.......
 
Apa lagi nak auta ni Cikgu Kamal.... ye la OKB sekarang ni... aku ni OKU.


Inilah acara yang paling aku tak boleh buat....  lompat tinggi....yang lain tu... tak upaya nak buat...

Eh... mana ni... tinggi sangat ke cikgu... macam nun jauh di sana.
 
Aku memang prihatin dengan guru-guru wanita yang mengandung... so aku tak bagi tugas kat diaorang. Jadi penonton pun ok le... Ye la kalau jalan sana jalan sini kang terberanak kat padang ada yang namakan anak Mohd  Peluru atau Siti Balapan.

Dannnn... tanpa aku sedari aku pun dah lama mengandung(i)... so aku turut sama menjadi penonton.

Inilah saja n3 aku hari ini untuk tatapan kalian.

3 ulasan:

  1. ehhh masa aku sekolah adalah yin acara sukantara ni...hihihihi dan aku tak pernah dapatkan mata untuk rumah pasukan...hihihihihiihi...setakat menyibuk kar padang aje...best tak yah belajar kan...hehehehhe

    BalasPadam
  2. cikgu yg mengandung tu name ape?

    BalasPadam