Khamis, 25 November 2010

SURAT DAN EMAIL

Aku pun tak tau habit aku ni... dulu SPM 1981 BM setakat dapat C5 jerrr...tapi kadang2 suka menulis. Dulu zaman typewriter aku pernah buat cerpen bertajuk "Rumah Tinggal Embah" dan tak tau kat mane aku simpan cerpen tu. Adik dan kakak aku ada yang baca cerpen tu dan dia orang kata cite menarik sebab cite tu adalah kisah benar dan membongkar sesuatu yang selama ini dia orang tak tau...ar
Beberapa tahun kebelakangan ni aku suka menulis komen di akhbar iaitu di ruangan "surat dan email" dan aku rasa seronok kalau tulisan aku disiarkan... bukan dapat royalti/payment pun tapi ia satu kepuasan.
Sikap aku satu lagi ialah suka menegur kalau rimas atau tak kena di mata aku. Kadang2 kalau aku drive dan nampak budak2 ( belum ada IC ) naik basikal secara merbahaya cam angkat roda depan dan aksi2 stunt... memang aku sound. Aku pernah tegur budak sekolah agama berebut makanan kat gerai di Kempas. Member aku siap pelik dan sound aku balik "Biarla bang...bukan murid kita". Entahla... aku tegur bukan kerana aku ni "like good" tapi aku nak kalau "anak" aku buat yang tak betul...orang lain yang nampak boleh tegur. Kan dalam Islam ditekankan "Hablumminallah" iaitu hubungan kita dengan Allah swt. dan "Hablumminannas" iaitu hubungan kita sesama manusia.

Ok berbalik kepada tajuk "surat dan email" sebenarnya banyak jugak komen aku disiarkan di akhbar Berita Harian...antara nama2 samaran aku ialah siswazah terkilan, Guru DG41, pelanggan low profile tapi sekarang aku guna nama Wong Khoo Lai. Masa di Sarawak dulu aku guna nama terubuk bakar dan terubuk masin iaitu isu tiada bayaran perpindahan untuk guru pindah ke Semenanjung.

Dalam n3 kali ini aku uploadkan tulisan2 yang telah diterbitkan di akhbar. Sebenarnya banyak lagi tapi tak sempat beli surat khabar so tak boleh simpanla...





Pernah aku komen Maybank Kulai kerana tidak mesra pelanggan... tapi hari tu tak sempat beli surat khabar hari tu... ni kisah stafnya yang nak memperbodoh aku kerana aku datang pakai t'shirt lusuh dan berjeans serta berselipar kerana nak ambik bank statment.. Bila aku perkenalkan diri aku ( bukan berlagak tapi terpaksa ) baru nak mintak maaf. Kerana masih tak puas hati so aku tulisla kat paper. Bila keluar dalam paper kecoh Maybank Kulai. Boss HQ siap call aku... boss wilayah selatab call aku...boss Kulai call aku. Hari tu semua staf kena mengadap boss wilayah selatan. Boss Kulai mintak maaf...siap ajak aku berbuka puasa ( kebetulan bulan Ramadhan ), offer aku kad kredit dan personal loan. Nak jadi cerita orang yang aku sound adalah husband kawan Tanty.

Aku rasa ( perasan aku le ) aku bukanlah orang yang berlagak tapi kalau orang nak berlagak dengan aku 10X berlagak la aku... ( tak baik kan aku ).

Kerana habit... aku akan terus menulis kalau ada isu2 baek punya....ok...


Rabu, 24 November 2010

JADIKAN IKHTIBAR

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)



Isnin, 22 November 2010

BERMULA SPM 2010

Hari ini Selasa 23 Nov 2010... walau pun umum mengatakan guru-guru dah bercuti namun hakikatnya itu tanggapan yang salah. Seawal jam 6.00 pagi bersiap-siap untuk ke sekolah kerana hari ini bermulanya peperiksaan SPM. Calon-calon tidak boleh dibiarkan sendiri sahaja. Lazimnya ada sahaja calon yang tertinggal slip kemasukkan dan IC. Pagi ini terdapat 8 calon yang belum lagi mengambil slip peperiksaan namun Alhamdulillah semua calon membawa IC. Terdapat seorang calon Cina baru minggu lepas operation kerana masalah usus kecil. Hari ini asalnya tidak datang kerana rasa sakit bila berjalan. Setelah dihubungi barulah calon tersebut datang. Dalam hati aku dia ingat ini peperiksaan percubaan agaknya yang boleh ambil bila dah sembuh. Kalau tak datang tahun depanlah baru ambil semula sebagai calon persendirian...so pelajar tersebut dikuarantin di bilik khas dan menjawab di bilik tersebut.
Hari ini kertas BM 1 sampai kul 10.15 pagi. Kul 11.00 kertas Pendidikan Seni Visual 1 sampai kul 12.15 tgh. Petang BM 2 kul 2.00 sampai 4.30 ptg so kul 5.00 lah baru boleh balik.


 Calon-calon SPM 2010 SMK Kota Kulai.

 GPK HEM memastikan semua calon mematuhi disiplin sekolah.

Wakil calon membacakan doa selamat dan
dapat menjawab dengan tepat.
Semoga murid-muridku berjaya dengan cemerlang.

Papan tanda di luar bilik peperiksaan.

 Memohon restu guru. Calon-calon berjalan
memasuki bilik peperiksaan.


Sekian n3 pagi ini.

Ahad, 21 November 2010

NGETEH DI TAMAN KULAI UTAMA

Ketika blog ini dipublish rasanya Mummy Gee n family, Mama Miraki n family masih di perjalanan menuju ibu kota Kuala Lumnpur. Pn. Kalsom rasanya dah sampai rumahnya di Taman Bukit Mutiara JB. Mummy Gee n Mama Miraki adalah dalam sesi lawatan yang tidak dirancang ke JB dan Kulaijaya. Sebenarnya salah seorang saudara hubby Mummy dirawat di Hospital Sultan Ismail, JB dan terlanjur melawat saudaranya Mummy Gee ajak Mama Miraki ke JB. Yela...kebetulan dah cuti sekolah...boleh le ajak anak2 jumpa sepupu2 mereka.
Petang tadi dalam pukul 4.15 petang mereka sampai di kediaman Wong Khoo Lai di Tmn Kulai Utama bersama family Pn. Kalsom.  Mama Harith pun sibuk le bersilat di dapur... yela adik2 ipar, biras dan anak2 saudara nak datang. Jom layan gambar....
Antara menu-menu yang dapat disediakan.












Mee goreng udang n jemput2 sayur.


Apam balik n popia otak-otak.

Ubi godok samin yang mables n gebuzzzz...













Teh tarik n kordial  mangga. Teh 'O' x sempat
ambil gambar. Drumet n keropok lekor pun
x sempat ambil gambar.












Gambar2 ketibaan tetamu. YB Bukit Mutiara,
YB Ampang Saujana dan YB Bangi.


Selamat datang ke Villa Anggerik...

Mummy Gee n Mama Miraki sempat layan FB.


Radzuan layan fb dari hp. Possing baik punya....

Aksi macho dari Hj. Saidon.

Sepupu2... biarpun jarang bertemu namun tetap mesra.

Biar bergelimpangan... hanya seketika...kejab lagi berpisah.





Kyusuk di depan laptop.

Bersama adik-adik yang dulu selalu  dibuli...keh 10X

Possing atas Jaguh buruk Wong Khoo Lai.


Possing2 sebelum berpisah untuk seketika....

Bye...bye...jumpa lagi....




Sepi...hiba...sebentar tadi riuh... kini..sayu... sedih.



Malam sepi...
 Seharian terpaksa berjemur di luar garaj... malam bawak masuk.

Bagi melayan Harith yang kesunyian... bosan...
terpaksa mama menjadi kanak2 semula.
Antara permainan yang dimainkan....
drift kereta mini...anak beruang...hujan rintik2...
Papa...update blog atas katil.
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Ini saja n3 kali ini....