Isnin, 16 Mei 2011

HARI GURU 2011

16 Mei setiap tahun merupakan hari yang paling bererti bagi insan bergelar guru tak kiralah guru sekolah ke, guru KEMAS ke, guru silat ke, guru ngaji ke dan sebagainya yang boleh didefinasikan sebagai bidang keguruan. Bagi aku setiap kali hari guru dirayakan...entahlah nak kata istimewa atau bererti aku rasa sama je cuma ada sambutan di sekolah. Hari ni aku bersiap macam biasa cuma istimewa sikit le sebab setiap guru kena pakai tema hijau dari sekolah aku dan sekolah Tanty tema oren/kuning/coklat. Kira berbelanja gak le 4-5 ratus. 


 Nak kata tema hijau cuma baju line hijau dgn 
neck-tie petak hijau le....

 
 Tanty memang ikut temala....

Bersiap untuk diarak di atas red carpet.

 
Berjalan di atas red carpet.

Dua kek untuk hari guru.
Untuk persembahan hari guru... aku tak dapat nak ambik gambar... nak suruh orang ambik gambar kita nanti boring gak.
 Mereka yang selalu berada di belakangku dalam urusan kokurikuklum.

Ini pasukan aku...kalau tarik tali memang boleh menang ni...
Ni acara rebut kerusi...
 Ni tarik upih....sporting cikgu. 
Kalau aku yang duduk...siapa nak tarik aku...

Yang menang bersorak...yang kalah pun bersorak gak.
 Ni banner kat sekolah Tanty....

 Ini cam rewang kat kampung jerrr....

 Laaa,,,makan rupanya...

  Ni banyaknya kasut...kang aku sauk kan...
eh tak leh ...ni kasut cikgu ni... lain kali la...

 Dah licin dah...


  Ni bersama student yang selalu call cikgu...nak dtg rumahla...

 Shalin membuat lontaran...tapi ni guna kelapa la...

 
 Lontar cikgu....
Ini sajalah peristiwa 16 Mei....Hari Guru... Selamat menyambut hari guru...dan terimalah lagu untuk guru semua


GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Amalan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu menbina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan.




4 ulasan:

  1. Waduh merasa jalan kat red karpet ye cikgu bahrey.Cikgu Tanty baju n hand beg cantik...

    BalasPadam
  2. Meriah betul hari guru di sekolah Tuan.
    Tahniah, tahniah dan Selamat Hari Guru.

    BalasPadam
  3. SELAMAT HARI GURU buat kedua-dua suami isteri. Seronok para guru dirai dan meraikan, meriah dan riang ria semuanya..

    BalasPadam