Isnin, 4 Julai 2011

MEMBUANG SAWANG LAGI

Kira dah lebih sebulan akau tak update blog... iaitu sejak balik dari Kota Kinabalu. Landing kat LTAB Sultan Ismail lebih kurang 9.30 pagi. Sampai rumah berkemas apa yang patut coz malam 3 Jun nak balik kampung... kira buat kenduri. Sampai kampung dlm kul 11.00 malam...kul 12.00 mlm terlelap. Dalam kul 2.00 pagi terjaga dan aku rasakan sebelah pinggang kiri sampai tapak kaki kebas... tak tau kenapa. Gi dapur dan cuba untuk tidur tapi tak leh gak sampai kul 4.00 pagi bangun dan cuba mandi. Tak de siapa tahu masa tu... sampai siang baru bagi tau Tanty...dan dia cuba urut. Lepas sarapan gi rumah Cik Musa nak mintak urut tapi dia nak gi pasar Pt Sulong dulu. Pukul 9.00 datang lagi. dia urut lebih 1 jam. Kenduri kali ini aku tak tolong langsung... aku rehat je...malam mas kenduri aku pun tak keluar. Malam Isnin tidur kat Pt Yacob. Pagi Isnin balik Kulai. Kul 11.00 gi klinik Bukit Liki dan MA kata aku perlu refer kat Hospital Kulai. Sampai hospital Kulai kena tahan. 3 hari 2 malam. Dr kata aku ada masalah entah apa entah...yg aku dengar "sleep-disc" ( sorry kalau tersilap istilah aku ). apa yang diterangkan pada aku Dr kata melalui X-ray...ada tulang belakang dah lari tulang rawannya dan menghimpit saraf. Sebab tu kaki aku kebas. Lepas keluar hospital aku diberi cuti seminggu. Dalam pada tu aku cuba rawat secara elektrik iaitu "Accutheraphy" di Batu Pahat. 5 kali aku gi situ.Selain tu aku buat theraphy "Dr Jisim" di Kelaba Sawit.

 Kalau ada sesiapa ada masalah saraf...bolehlah cuba rawatan ini.
Bayaran ikut seikhlas kita... yela kalau rawatan sejam tak kan nak bagi RM 10.00.


Alhamdulillah rasa kebas berkurangan. Seminggu lepas tu dapat gi sekolah tapi tak boleh renyah2 le... dan bantuan rakan2 guru dapat menjalankan acara2 sebelum hari sukan dan sukan tahunan pada 2 Julai 2011. 
Terima kasih isteriku kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada aku... I love U.... so petang tu selepas hari sukan kami saja2 gi Desaru kerana perjalanan dari Senai sampai Desaru hanya 45 mini sahaja melalui highway baru berbanding kalau lalu Kulai-Kota Tinggi-Desaru kira2 hampir 2 jam.


Larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia sebelum kejohanan sukan.

 Pemandangan di highway. Ni kira highway 2 lorong.

 Pemandangan indah di atas jambatan. Kalau tak silap ada 4 jambatan.

 Cam jambatan P. Pinang.

Pegi kat Tanjung Balau nak menginap kat situ tapi fullbooked....pas tu gi Desaru...alamak fullbooked gak...camne ni... ramai gak orang gi Desaru. Tengok jam dah kul 5.00 ptg... guard kat Desaru Beach Resort suggest cuba kat Batu Layar pulak. Kami pun bergegas ke Batu Layar... alhamdulillah ada satu bilik RM80.00 ada aircond tapi x de tv...x de peti sejuk...x kisahla janji dapat menginap.


 Batu Layar Resort... penyambut tetamunya 'jebeng' atau Indon.
 Beginilah keadaan resort.


Ramai gak orang menginap.

 Cap ibu dan anak...

 Ramai gak yang berkhemah kat sini.


 Pemandangan di pantai Batu Layar.

 Mandi Ris... dia memang x biasa mandi laut.
Dalam perjalanan balik nampak kawasan perumahan yang sedang dibina. Kalau banyak duit boleh invest kat sini...boleh jadi "homestay". Bukan mahal pun cuma RM208,000.00 

 Pintu masuk Mutiara Desaru
Jom beli...RM 208 jer....

Ok ini sahaja n3 buang sawang.

1 ulasan:

  1. cantik la kat Batu Layar tu, tak pernah dengar pun nama tempat tu, resort pun cantik
    Yin aku ni jauh, jadi nak mintak tolong ko bookingkan banglo kat bawah tu rm 208.00 aja kan, kalau ada aku nak 2,3 biji.... hehehe...

    BalasPadam