Isnin, 26 September 2011

MARHABAN JEMAAH MASJID JAMEK KULAIJAYA

N3 ini merupakan n3 dah nak basi. ( Isnin malam Selasa lepas isya' lepas 20/9/11 ) Hari tu tak jumpa cable camera...bila dah jumpa kamera pulak lupa letak rupanya cicir kat lantai ofis aku. Tadi baru jumpa. N3 ini adalah marhaban jemaah masjid jamek Kulaijaya. Jiran sebelah ambil so dah alaAkng-alang jemput dia orang marhaban kat rumah. Ahlinya ramai yang veteran dan salah seorang adalah Prof. yg ajar kat UTM dan ada ustaz Jabatan Agama Johor. Dia orang kata tak perlu nak bagi makan atau minum sebab rumah keempat ada jamuan grand...tapi kok rasa tak sedap orang datang tak jamu apa2. So Tanty cakap nak buat mee kari. Selain tu bubur pulut hitam dan jambu batu + asam boi. Air kita orang buat teh O panas dan anggur sejuk. So marilah tengok pic.
 Aksesori mee kari...taugeh, telor, limau, daun sup dan mee kuning.

  Kari ayam + tauhu kecut + fishball + kerang dan ayam.

 Jambu batu + asam boi.
  
 Bubur pulut hitam dan air.

 Yahabibiya Muhammad.

 Lebih kurang 20 ahli marhaban.

Ini saja n3 aku kali ini.

2 ulasan:

  1. betul ler kalau majlis yasin ke apa biasa org akan cakap..tuan rumah tak payah susah2 buat apa.ada air sejuk pun tak apa.cuba kalau betul2 kita hidang biskut mayat n air sejuk..pasti ada sok sek kat belakang.

    BalasPadam
  2. sedapnye jambu batu cicah asam boi tu...

    BalasPadam