Ahad, 27 Disember 2009

MISI PENANG 2

Misi ke Penang kali ini adalah untuk mengiringi anak saudara Mohd Ariff yang akan bernikah dengan Miza pada 26 Disember 2009. Aku, Kak Long serta anak, menantu dan 2 orang cucunya serta anak aku Harith bertolak dari rumah aku di Kulai pada 24 Dis 2009 jam 5.30 petang. Malam tu kami menginap di rumah Kak Noor di Seri Gombak. Awal pagi kami bersiap dan bertolak lebih kurang jam 7.15 pagi. Keluarga Kak Noor turut serta dengan menaiki Inova. Kami berehat di R & R Tapah.

Suasana di R & R Tapah sambil menikmati sarapan pagi.



Suasana di R & R Tapah.

Kesian anak aku si Harith... seliparnya tanggal pulak... terpaksa aku ikat dengan wayar... sampai Penang nanti baru belilah...

Panorama indah di kiri dan kanan lebuh raya.

Di atas jambatan Pulau Pinang.


Sampai ke Hotel Seri Malaysia lebih kurang jam 12.15. Ingat boleh terus check-in tapi bilik belum siap... hanya boleh check-in pada jam 2.00 petang. Sementara menunggu pukulu 2.00... kami makan tengah hari di Restoran Mamak.


Harith dan sepupu2 main game di bilik hotel. Yang baju merah tu cucu atuk.


Petang tu Harith dapat sandle baru... sandle lama masuk bakul sampah...

Majlis pernikahan Ariff & Miza.

Majlis persandingan Ariff & Miza.

Selepas majlis persandingan lebih kurang jam 2.30 petang kami bertolak balik ke Kulai dan sampai di Kulai lebih kurang jam 11.15 malam.

Selasa, 22 Disember 2009

DI PENGHUJUNG CUTI PERSEKOLAHAN

Cam biasa kul kerja 8.00 gi ofis coz ada kerja2 yang perlu dibereskan lagi pun 1st boss dan 2nd boss tak ada di sekolah so kenalah tengok2kan sekolah. Pagi ini aku dibantu oleh 4 orang guru sandaran menyiapkan buku laporan aktiviti mingguan kelab & persatuan. Oleh kerana ramai yang membantu so cepatlah siap. Dalam masa menyiapkan tersebut mama call kata plumber datang nak repair paip sinki. Dah dekat seminggu dah tunggu. Plumber tersebut cabut paip yang rosak untuk cari spare-partnya. Aku pun tak faham lah tikus2 sekarang... kuat betul gigi mereka sampai paip  pvc yang keras setebal 2mm boleh digigitnya... so bila basuh pinggan keluarlah dari paip yang bocor dan melimpah kelantai. Plumber tu cari yang sama tapi x de so dia tukar yang lain tapi boleh gunalah.

Bahagian yang dalam bulatan yang kena gigit mak menti.

Bukan paip aje kena ganti... penapis pun kena ganti jugak coz tak padan dgn bahaguan bawah.
Geram jugak dgn mak menti tapi nanti takut dia makin liar dan bermaharajalela. Aku dah belikan perangkap jugak tapi dah 4 malam tak berjaya memerangkap. Mula2 bagi kepala ikan... tak dapat so teringat kat kampung umpan kelapa bakar... pun tak menarik gak.. Tak kan nak bagi KFC atau Pizza Hut... banyak cantik.

Inilah perangkap mak menti yang belum mengena....
Sedang tunggu plumber repair sinki... s/u call ajak tengok kereta mercedes so aku kata lepas plumber siap repair bolehlah so lepas siap repair s/u aku ambik aku kat rumah...

Inilah keta yang ditengok C-Class 1.8 tahun 1999. Harga RM39,00. Clean interior.
S/u aku nak trade-in keta Honda Accord SV4 2.2.

Inilah keta Honda Accord SV4 2.2 yang hendak ditrade-in.


Khamis, 17 Disember 2009

HUJAN DI TAHUN BARU HIJRAH

Awal pagi dah bersiap-siap untuk menghantar Harith ujian diagnostik sekolah agama. Mama sibuk menyiapkan segala keperluan Harith seperti menggosok baju dan menyediakan alatulis. Kalau tak disiapkan takut tertinggal pulak nanti.Pagi ni hujan tak la lebat sangat tapi bukan renyai-renyai. Sampai kat sekolah agama dah ramai parent yang sampai bersama anak.

Inilah sekolah agama di mana Harith akan belajar. Sekolah ini baru duserahkan oleh pemaju pada bulan Oktober lepas so sesi 2010 akan beroperasi.


Keadaan di kantin sekolah di mana pendaftaran dijalankan.

Pengurusan agak kelab kabut... sepatutnya ada dua bahagian yang perlu diisi mesti  ada dua meja dan dua kakitangan. Ibu bapa pun perlu beratur supaya yang dahulu didahulukan yang kemudian dikemudiankan. Kalau kita tengok macam penjual ubat dikelilingi orang ramai. Kakitangan/guru pun tak berapa pandai protokol. Sepatutnya panggilan kepada parent hanya puan/cik dan encik. Tak pe lah... small problem... tak perlu nak komplin2 coz anak aku nak menuntut ilmu kat situ... nanti tak berkat.

Harith sedang menulis nama pada helaian kertas.

Bila dah jumpa kawan terus pindah tempat.



Bangunan yang kelihatan ialah blok bangunan sekolah kebangsaan di mana Harith akan bersekolah. Bersebelahan sahaja dengan sekolah agama. Dulu sekolah agama menumpang di sekolah kebangsaan dan kini dah ada bangunan sendiri.

Antara ibu bapa yang hadir menghantar anak mereka. Mereka dikumpulkan di dewan untuk mendengar taklimat daripada PK HEM dan Guru Besar.

Harith dan mama selepas tamat ujian diagnostik.

Lepas ujian diagnostik kami ke kedai makan untuk bersarapan. Aku dan mama makan lontong. Harith tak makan... dia kata dah lega dah lepas ujian. Lepas tu kami ke IOI Mall kerana nak belikan Harith kasut sekolah.

Okey ka dik... tak pa longgar sikit nanti pakai stoking okla....

Lepas beli kasut kita orang gi Econsave pulak untuk mencari benda-benda memenuhkan peti sejuk. Aku tunggu kat keta aje... mama pegi sorang.


Sajalah possing... dari tadi gambar aku tak ada... tak acila.....

 Punggah ma... jangan tak punggah. Semua barang makanan... tak pe ma... biar buruk makan jangan buruk perangai. Buruk makan sendiri tanggung... tapi kalau buruk perangai... orang pun menyampah...

Inilah n3 untuk hari ini... esok macam nak pegi pasar Parti Sulong... cari biji ranti... tengokla..esok.

HARI MENGAGIHKAN PENDAPATAN

Pagi lepas sarapan terus gi ofis ( sekolah la... ). Hari ni aku sarapan mee rebus dgn teh "O" ais. Mee rebus dia memang kira boleh tahanlah rasanya... antara yang terbaik kat Kulai. Assistant  aku siMahathirdatang kejap anto sijil untuk ditandatangani... lepas tu dia gi Starhill bawa suku sakat picnic. Aku teruskankan kerja melengkapkan segala bil untuk dilampirkan dalam fail Pembantu Tadbir. Segala perbelanjaan kena ada bil... kalau tak nanti kena audit bersyarat... susah sekolah.
Dalam pukul 12.00 aku ingat nak cucuk duit kat ATM Maybank di Petronas. Cucuk punya cucuk keluar statment "Kad Tidak Sah" so tak boleh keluarkan duit. Cinabeng betul. Kad Maybank aku patah tapi belum terlerai. So aku balik rumah dulu tukar bawak motor Jaguh aku. Kalau bawak keta memang susah nak parking time2 hari gaji.
Sampai kaunter isi borang replacement cardlah dan kena tunggu...tiba giliran aku dia mintak IC aku dan bila dimasukkan pada scanner... chip IC aku dah tak boleh dibaca... dan dia kata tak boleh buat replacement card. Aku tanya macamana nak keluarkan duit... dia kata boleh keluarkan cara manual di tingkat atas... sabor jela... aku naik atas dan aku keluarkan 3k untuk bayar yg penting2 dulu.
Lepas tu gi ofis semula. Dalam pukul 2.00 petang aku berkemas untuk balik coz nak shoping petang ni...
Dalam perjalanan balik singgah kedai makan... makan tengahari dan belikan nasi Harith. Allah swt bagi rezeki... ada orang bayarkan makanan aku. Alhamdulillah dan terima kasih Faizal kerana belanja aku.
Dalam kul tiga kami bertiga keluar rumah nak gi Angsana. Hantar Mama dulu gi CINB Bank kerana dia nak keluarkan duit. Mama ni tak ada ATM card... so kena ambil nombor la....
Sampai Angsana bermulalah aktiviti membeli belah.... dalam 2 jam selesailah acara membeli belah dan perut pun dah lapar... kita orang gi Kenny Rogger makan ayam panggang ngan spageti. Nak gi KFC masih tak ada selera... ingat cacing/ulat kat ayam goreng. Tengok jam dah dekat 6.30 kalau terus balik tak sempat solat Asar so singgah masjid Tampoi... ramai orang kat masjid kerana esok Maal Hijrah so ada majlis doa akhir tahun dan awal tahun.
Sampai rumah dah pukul 7.20 terus mandi dan solat magrib...
Inilah antara barangan yang kami beli.....


Ini  3 pasang baju melayu untuk sekolah agama, songkok dan samping.

 Ini pakaian untuk sekolah kebangsaan kemeja, seluar, siglet dan stoking.

Ini sebahagian kelengkapan persekolahan...beg sekolah kebangsaan, sekotak pensil, sekotak pensil warna, kotak pensil dan beg sekolah agama.

Ini banyak lagi belum dapat...kasut belum lagi, buku latihan, kitab dan yuran. Betullah kalau ada 4 orang anak yang nak sekolah... poning kepalo den... macam tu je dah dekat RM400.00. Esok Harith ada ujian diagnostik penentuan kelas sekolah agama... mama dia latih macam nak ambik SPM... mudah-mudahan dapat kelas yang baik. Itulah sebenarnya harapan semua ibu bapa.
"Bezanyalah kalau nak compare zaman kita sekolah dulu..." Nak buat macam mana dah zamannya begitu... so terpaksa ikut arus kemajuan. Kalau tak memang tertinggallah kat belakang. Aku ingat dulu kalau buka sesi persekolahan... bayaran beli buku dalam RM12.00 tapi arwah abah tak mampu nak bagi full RM12.00. Dia bagi cuma RM5.00... so cuma dapat beberapa buku latihan. Dia cakap nanti kalau dah habis beli lain. Kawan2 yang bayar penuh dapat cukup buku latihan, pensil, pembaris, pemadan, pengasah pensil dan sebagainya. Anyway terima kasih abah dan emak... jasamu tidak dapat ku balas. ( beremosi pulak aku... nak nangis ni... )

Rabu, 16 Disember 2009

TAK DA MOOD NAK UP-DATE

Minggu ni aku bertugas di sekolah. Buat apa2 yg patut untuk persediaan 2010. Aku tak da mood nak up-date dan tak da cerita menarik untuk dikongsi... esok petang ingat nak ke Angsana cari kelengkapan Harith masuk darjah satu. Aku punyalah risau takut dia tak dapat kelas yang baik... takut kena buli macam aku masa sekolah rendah dulu... ( aku tak pernah cerita kan... kan... cover line ) bila dah tua ni aje pantang orang nak sentuh...
Hari2 Harith tanya bila nak beli baju dia... esok insyaallah gaji... roadtax stream baru renew... roadtax Kembara pun kojol jugak... macam tau2 jerrr...

Jumaat, 11 Disember 2009

SABTU YANG MEMILUKAN

Malam tadi dlm pukul 8.45 malam aku suruh Tanty hantar aku ke Poliklinik Hidayah kerana siku aku sakit dan berdenyut... aku agak gautla...nak suap nasi pun tak boleh dan kena guna tangan kiri... apa lagi. Orang kat klinik tak ramai so cepatlah sampai turn aku... so kena injekla kat ponggong ... kena gak campur Evohaler ( gas orang semputla... ) RM 45.00.


Inilah rupa Ventolin Evohaler dan sebelahnya tu ubat gosok.

Lepas tu aku suruh Tanty hantar ke kedai jual ubatan tradisional coz aku nak beli minyak panas/gosok. So aku beli Losyen Pati Halia Rm 15.00. Pas tu masuk ke kereta dan balik. Sampai rumah tidur untuk elakkan semput selepas diinjek.
Pagi Sabtu lepas sarapan, relex ajerr kar rumah sambil menonton TV. Lepas tu Tanty dah siapkan bahan untuk di masak aku pun masak sementara dia sambung menanda kertas BM/SPM. Tengah aku goreng telur dadar telefon rumah berbunyi.... Tanty angka telefon. Dia kata nak cakap dengan aku...so aku stop masak dan jawab telefon. Rupanya Sharul Fatimi ( cikgu sekolah aku ). TERKEJUT!!!??? Shahrul kata ada orang nak jumpa... katanya dia jumpa dompet aku... hahhhhh... dompet aku... dia kata tunggu di sekolah. Aku pun check dompet aku... betul tak ada... so aku terus ke sekolah. Dalam perjalanan aku bernazar kalau masih cukup isi di dalamnya aku akan bagi RM100.00 kat orang yang jumpa. Sampai kat sekolah orang tu pun  berikan dompet aku... dan....jeng...jeng... duit aku dan licin selicin-licinnya... seingat aku ada dalam RM700.00 coz nak bayar kat kredit. Lomah... lotih... terpaksa redha... walau pun sedih tuuuuuuuuu... RM700.00 boleh beli keperluan sekolah Harith. Nak buat cam ne... nasib baik gak IC, lesen memandu dan kad2 kredit tak diambil...kalau tak satu kerja nak gi balai polis, Pej. Pendaftaran dan JPJ.


Inilah yang tinggal... Kad Wasiat Amanah Raya, Kad ATM Maybank, IC, Lesen Memandu, Kad Kredit, Kad Diskaun dan dompet buruk.

Moral catatan ini : Jangan bawa wang tunai lebih dari RM100.00 kalau tiada keperluan dan kalau nak bayar sesuatu... terus bayar dan jangan simpan di dompet. Malang Tak Berbau.

Hua... hua...hua...hua... ( nangisla tuuuu ) Bertenang Rin... ini dugaan... mungkin hilang RM700.00 nanti dapat RM70,000.00. ( siapa nak bagi da... saja nak hilangkan tension )




Isnin, 7 Disember 2009

DUTA HACIENDA PORT DICKSON

Dalam perjalanan pulang ke Kulai, kami singgah menginap di Hotel Hacienda Port Dickson... rupanya hotel ini telah ditukar nama kepada Duta Grand. Kawasan hotel ini sangat luas dengan kemudahan padang golf, kolam renang yang luas, go-kart, gelanggang badminton dan sebagainya.
Nama hotel ditempah Duta Hacienda... alamat tak de... terpaksa call agensi... dia bagi alamat dan phone number... bila call dia kata lokasi dia berhadapan dengan Tiara Beach Resort... jumpa Tiara tapi Duta Hacienda tak jumpa. Tanya guard barulah tau itulah di Duta Hacienda yang bertukar kepada Palm Spring . Nak check out hampir setengah jam coz ada sekumpulan lecturer dari Ins. Perguruan Perempuan Melaka dan berkursus.... so terpaksa tunggu. Bila dah check-in hotel dia pehh.... dekat 1 km. Bilik kira ok tapi jauh. Petang tu ingat nak bagi Harith main go-kart... so aku pun pegilah berdua...

Harith bergaya di tempat duduk go-kart.... setakat duduk ajelah coz kaki dia tak sampai ke pedal minyak dan brek... penjaga kata tak bolehlah... biasa yang memandu mereka yang berumur 12 tahun ke atas...so kecewalah dia.
Untuk meredakan kekecewaan dia aku ajak dia main tembak-tembak... 20 das RM10.00 je.... tapi semua tak kena termasuk cubaan aku.

Tembakkkkkkkkkkk.... satu pun tak kena... so lepas tu aku ajak dia balik ke bilik... dia buat hal... aku jalan kat depan.... dia ikut 5 meter kat belakang. Sampai bilik, tak nak masuk bilik.... aku paksa jugak... dia keluar ke balkoni dan duduk atas lantai sambil air matanya berlinangan.... tangan aku dah ringan ajerrrrrrrr.
Nasib baik mama dia ada... kalau takkkkkkkkkk???
Dalam pukul 5.00 ptg pujuk dia mandi kat kolam... buat-buat jual mahal pulak... mama dia pujuk baru mau... itu kira merajuk dengan ku le tuuu.

Di kolam renang... amboi... seksinya.... dah boleh senyum dah

Mama ngan papa pun nak possing jugak...

Makan malam kita orang gi Telok Kemang... tempat biasala....

Oklah setakat ini catatan meninggalkan rumah selama 11 hari dan alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang dan segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Alhamdulillah.

MAJLIS PERSANDINGAN ADIK IPAR

6 Disember 2009 bertempat di Kolej Jati, UiTM, Sek 2, Shah Alam saudara-mara dan sahabat handai berkumpul untuk sama-sama mengiringi adik ipar bersanding.

Ini bukan pengantin baru ye... dah lapan tahun kahwin... dua-dua sedang mengandungi makanan dan minuman. Baru sama padan.

Hei... bendahara dan laksmana... cepat! Pakaikan stokin Pak Su.... tak sampai Pak Su nak paki stoking ni...

Eh Mak Andam ni... jangan tenung lama-lama... kejab dah le... malu saya...



Relex Jak... tak kan lari 'gunung' dikejar... pakai kasut betul-betul.

Di dalam kereta Honda Stream... Harith jadi pengapit kanan... Mama jadi mak pengantin... papa jadi supirla...

Pengapit terpaksa memayungi diri sendiri coz cuaca terlalu panas... pengantin terpaksa menunggu lebih dari 15 minit kerana pasukan kompang belum sampai lagi. Pengapit ada iras Syamsul Gaw Gaw... yang ini Kaw... Kaw.

Saudara mara yang mengiringi terpaksa berteduh di bawah pokok.

Akhirnya sampai juga pasukan kompang yang dianggotai seramai 7 orang remaja... yela cuti sekolah banyak sangat undangan...

MAAF... MASA DIARAK  PERISTIWA TIDAK DAPAT DIRAKAM KERANA MEMORY CARD PENUH... SO TERPAKSA DELETE YANG TIDAK DIPERLUKAN. KESULITAN AMAT DIKESALI.

Pengantin lelaki... Tengku Abd Razak

Pengantin perempuan... Raja Nur Amilin

Pasangan raja sehari sedang mengaminkan bacaan doa... semoga berbahagia sehingga keakhir hayat...Amin.

Renjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram siair mawar


Ucapan selamat dari kekanda Dr HM Tuah Iskandar

Ucapan selamat dari Cikgu Bahrin

Ucapan selamat dari kekanda Astanty Ithnain

Sekian sahaja catatan sempena Majlis Persandingan Abd Razak Ithnain dengan Nur Amilin Mohd Sahar... peristiwa Majlis Makan Berdamai tidak dapat dirakam coz.............. blogger pun nak makan jugak... tak kan nak tengok aje...rugi tuuuuuuuuuu. Gambar... dah ada dah jurugambar profesional. Baik aku ngappppp..... I am sorry...