Rabu, 28 April 2010

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LP 18 MSSD KULAI 2010

Pada tahun ini SMK Kota Kulai telah dipertanggungjawabkan sebagai pengelola Pertandingan Bola Tampar LP 18 MSSD Kulai tahun 2010. Aku telah menubuhkan jawatankuasa bagi m Cikgu engelolakan pertandingan tersebut. Aku amat beruntung kerana mempunyai barisan guru-guru yang sedia membantu dan berkerjasama dalam apa jua program yang dirancang. 
Seawal jam 8.30 pagi 26 April, pasukan-pasukan yang akan bertanding telah tiba. Tahun ini 10 pasukan lelaki dan 9 pasukan perempuan telah mendaftarkan diri dan undian telah dijalankan pada 22 April yang lalu.
Pengurus-pengurus pasukan sedang membuat pendaftaran 
di kaunter pendaftaran yang dikelolakan oleh Cikgu Devi dan Ayu.
Pertandingan tetap diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai.
 Mr. Lim Ong Seng mengadili salah satu perlawanan.
 Johan Lelaki 18 disandang oleh pasukan Foon Yew High School. Hadiah disampaikan 
oleh En Zainal bin Mesran, Pengetua SMK Kota Kulai.
Naib Johan disandang oleh SMK TAR Putra

Perlawanan separuh akhir dan akhir kategori Perempuan 18 terpaksa ditunda pada keesokkan harinya kerana tidak dapat diselesaikan pada hari ini.

PASUKAN-PASUKAN YANG MARA KE PERINGKAT SEPARUH AKHIR PEREMPUAN 18
 Pasukan SMK TAR Putra
Pasukan SMK Senai
 Pasukan SMK Munshi Abdullah
 Pasukan Foon Yew High School
 Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh 
Pn. Hjh Norizah Ahmad, GPK Pentadbiran, SMK Kota Kulai.
 Johan Kategori Perempun 18 disandang oleh SMK Senai
 Naib Johan disandang oleh Foon Yew Hign School

Dengan ini berakhirlah Pertandingan Bola Tampar LP 18 MSSD Kulai tahun 2010. Terima kasih kepad semua yang terlibat.


2 ulasan: