Sabtu, 5 Jun 2010

KENA KENCING


Tajuk blog aku kali ini agak pelik. Maksudnya bukan terkena air kencing atau dipaksa buang air kecil. Aku pun tak tau istilah "kena kencing" ni siapa yang cipta. Kalau tak salah aku mula-mula aku terdengar istilah ini terkeluar dari mulut rakan sekerja aku iaitu Sallehuddin semasa aku menjadi Graphic Designer di AP Advertising, KL sekitar tahun 1991-1994. Kawan ini ni rajin buat part time untuk untuk tambah pendapatan antaranya buat kad jemputan. Ditakdirkan ada clientnya order kad jemputan perkahwinan. Bila dah siap pelanggan tu berjanji akan bayar selepas majlis perkahwinannya tapi dari hari ke sehari  bayaran yang dijanjikan tidak dilunaskan... maka dengan muka kecewa dia pun mengadu kat aku " Rin... aku kena kencing dengan mamat yang order kad jemputan." Aku pelik jugak macam mana boleh kena kencing....dia ni tunggu mamat tu kencing ke...? Rupanya maksud kena kencing ni ialah "kena tipu". Aku tak tau la DBP dah masukkan ke lum istilah ni dlm kamus Dwibahasa.

Bagus le dik tembak dekat orang bertenet... kenapa tak kau tembak saja kat mereka.
Gambar hiasan sahaja.

Hari aku berdua je dengan Harith coz Tanty gi sekolah ada program kecemerlangan kat sekolahnya. Dalam merungut-rungut terpaksa pegi jugak. Jadualnya 8.30 hingga 12.30 tgh. Hari ni aku nak cerita pengalaman aku kena kencing. Kisah ni berlaku sebelum aidil fitri 2005. Sebenarnya aku malu nak cerita aku kena kencing bukan sekali tapi dua kali. Masa tu aku pakai Proton Waja dan Tanty pakai Proton Satria. Yela kadang-kadang cari susah sendiri. Aku rasa masa tu ok la ada Waja & Satria. Bila memandu di jalan raya teruja betul tengok orang pakai MPV terutama Honda Stream. Memang setiap kali terlihat Honda Stream pasti kami bnyebut bertiga akan menyebutnya..."Hai Honda Stream". Sama hal nya masa aku pakai Wira setiap kali Waja lalu kami akan sebut..."Hai Waja..." ( bukan rekaan ) Sebab ada orang kata ia macam doa.  Aku ada kawan sama-sama Pentaksir Kerja Kursus PSV dari SM Sri Amar DiRaja Muar. Aku namakan saja Abu ( bukan nama sebenar ). Entah macam mana semasa kursus di Melaka terkeluar dari mulut aku... aku nak nak tolak Satria tak payah bayar apa2 hanya buat loan baru dan tutup nama aku kat bank. Dia kata anak sedara dia memang cari Satria. Tak lama selepas kursus  dia  call kata nak ambik kereta atas dasar percaya kawan. Dia kata dia ada kawan salesman kereta dan akan uruskan loan dan aku namakan Gampang ( bukan nama sebenar tapi memang sesuai ). Kawan aku kata dia akan bayar montly Satria sampai loan settle. Aku kata ok tapi jangan tertunggak. Sebenarnyauyer aku ngan Tanty dah brancang nak tolak Waja dan Satria dan ambik  Honda Stream. Kira pakai satu keta ajela. Installment 2 keta dapat bayar installment Honda Stream.
Gambar hiasan. Satria aku warna hijau tua...JED 990. Msom mungkin pernah nampak sebab sekarang Satria tu digunakan oleh ADO.

Dalam bulan puasa Abu call aku tanya Waja aku samada jadi nak jual atau tidak. Dia kata ada buyer cari Waja 2nd hand tanpa downpayment. Waja pun aku nak jual asal boleh tutup nama aku pada loan keta Waja. Aku serba salah, nak jual atau tidak. Kalau aku jual masa raya aku nak pakai kereta siapa masa raya. Aku bincang dengan seorang salesman Cina yang aku kenal. Namanya Jacky ( nama betul ) Aku mintak dia carikan aku Honda Stream dan mintak dia pinjamkan aku kereta sehingga dapat Honda Stream. Dia kata boleh diuruskan dan kebetulan ada kereta yang boleh dipinjamkan... Wira antik auto. Bagi aku okla asal boleh buat jalan. 2-3 hari lagi nak raya aku drive Wira dan Tanty drive Waja balik kampung. Lebih kurang setengah jam sampai kampung Abu dan Gampang sampai. Dia check lebih kurang dan lepas tu dia bawak Waja aku. Aku ada mintak fotostat IC dia tapi dia cakap esok dia datang hantar. Dalam hati aku sebenarnya macam sesuatu tak kena tapi aku buat-buat relex.


Beginilah rupa Waja aku. No. Pendaftaran JGS 5877. Gambar hiasan.

Kini bermulalah episod sedih, geram, marah dan sebagainya. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan.....jeng ... jeng... jeng. Aku memang ada mintak no hp siGampang.  So kerap kali aku call tanya loan dah lulus atau belum. Dia kata dalam proses. Masuk bulan kedua bila aku tanya pasal loan dia kata buyer dulu tak lulus dan sedang deal dgn buyer baru. Pernah bila aku call dia kata dah submit loan kat bank kat Melaka. Bila aku call bank yang dimaksudkan pegawai jawab tak ada apa-apa permohonan. Aku cakap dengan dia installment Waja Bank Rakyat terus potong sebab bayar melalui potongan gaji Biro Angkasa. Dia kata nanti dia akan pulangkan balik apa yang aku dah bayar.

Kita stop dulu cite keta Waja...

Ini cite keta Satria. Aku tanya progress loan Satria. Dia kata anak sedara dia blacklist dan tak boleh buat loan. Macam nak pitam aku. Dia kata dia dah bagi pada siGampang untuk cari buyer.  Dapat buyer untuk kereta Satria. Dia keje juruteknik kat kilang ST Thomson Tg Agas Muar... keta dah diambil dan loan sedang diprose. Macam lega tapi tak lega.

Ini cite kereta Honda Stream...

Dah lebih sebulan pakai Wira buruk dan beberapa keta Honda Stream dia tunjuk kat aku. Aku memang setuju apa keta yang ditunjukkan pada aku tapi aku pun menghadapi masalah loan. Banyak bank yang tak boleh bagi 100% loan. Aku hampir patah semangat sebab pada masa tu 2nd hand Honda Stream memang susah bak cari dan masalah loan. Aku cuba nak settlekan masalah aku sendiri coz tak sanggup lagi nak pakai Wira buruk. Aku call Mutiara Motor dan aku tanya ada tak stok Honda City baru. Dia kata ada tapi perlu 10% downpayment so around 8k. Tanty kata keluarkan jelah saving dia untuk downpayment. Aku call Jacky dan bagi tau tak perlu lagi cari Honda Stream sebaliknya suruh dia deal dengan Mutiara Motor untuk aku beli Honda City aje. Dia kata dia akan uruskan. Petang tu lebih kurang jam 3.00 petang Jacky call tanya aku ada kat rumah or not.  Aku kat ada le... than dia kata tunggu kat rumah. Dia on the way bawak Honda Stream.Sampai rumah aku test drive dan terus setuju aje. ( Sebenarnya dah malas nak fikir lagi ) lebih kurang seminggu dapatlah aku Honda Stream dan pulangkan Wira.

Sambung balik keta Waja...

Setiap dua hari sekali aku akan call Gampang bertanyakan progress Waja aku. Banyak kali dia tak angkat. Bila aku call guna hp orang lain dia angkat dan dia cakap tadi hp kat keta. Dia pernah kata nak pulangkan Waja aku... aku tunggu masa yang dijanjikan tapi hampeh tak nampak batang k**** hidung dia. Sah aku dah kena kencing dan mulai saat itu aku dah lost contact... dan bermulalah Jejak Waja. Aku report polis tapi hampeh punya polis... dia kata ini bukan kes curi kereta... ini kes pecah amanah. Dia suruh aku saman dia... b***h punya polis. Nak saman macam mana. Aku tak tau dia kat mana!!! Aku ada jumpa 3 orang pawang/bomoh. Usaha kan. Biasalah... 3 bomoh 3 jawapan. NI dah masuk bulan ke lima ni... aku bayar installment tapi tak pakai keta. Sebulan RM651 X 5 = RM3255.00 . Aku rasa mungkin pawang yang ketiga tu bagi aku ayat dan suruh seru nama dia... dan yang pasti Allah swt yang nak tolong. Mungkin Gampang ni tak senang duduk dan suatu hari ada orang SMS dan beritahu Waja aku ada kat Port Dickson dan nama orang yang ambik Waja aku. Aku ada call Abg Brahim untuk ikut aku tapi dia busy. So tanpa perasaan takut aku pergi ke PD  bersama Tanty & Harith dan kawan aku Sallehuddin & isterinya. Sebelum Subuh kami dah bertolak dari Pt Raja. Sampai PD tak tau man nak tuju. Ini kuasa Allah swt jugak... entah macam mana Sallehuddin yang memandu Honda Stream aku masuk sau lorong dan nampak gerai jual kueh. Aku tanya nama yang diberikan dlm sms. Ada sorang pakcik yang membeli kueh dia kata dia kenal orang itu dan di suruh follow dia dan dia tunjukkan rumahnya. Sampai rumah tu aku agak kecewa sebab Waja aku tak ada. Aku bagi salam dan bertanyakan nama tersebut rupanya itu rumah bapanya dan rumahnya di sebelah. Aku exited... terus gi rumah sebelah... Ya... Allah Waja aku...masih seperti dahulu. Aku bagi salam dan keluar perempuan dalam usia hampir 50.So aku pun terangkan maksud kedatangan aku. Gampang dan memang Gampang!!!... kesihan rupanya kakak tu pun jadi mangsa Gampang. Kakak tu asal orang Muar. Suami kakak ni seorang pesara askar dan kini jadi cleaner kat hotel. Dia ada keta Wira dan nak tukar Waja dan mintak siGampang carikan. Rupanya Wira dia diambil dan diberinya Waja aku.  Kakak tu pun macam syak sebab tak ada sign agreement. Rupanya dia pun ada buat report polis sebab takut simpan Waja aku. So aku pun bawak balik ke Kulai Waja aku.

Sambung cite keta Satria.... hampir setahun buyer tu pakai Satria aku rupanya kes sama dah blacklist tak boleh buat loan. Tak kan aku nak pakai 3 keta mana mampu. Dalam tempoh setahun setiap 2-3 bulan bank akan call kata installment sangkut. So call buyer... dia bayar sebulan dua...2-3 bulan bank call lagi. Tanty dah tak boleh tahan dan malu. Kami sepakat ambil balik Satria dan rasanya mampu tapi ikat perut sikit le... Satu hari dengan lagak penarik keta aku janji dengan siAbu untuk tunjukkan di mana boleh aku dapatkan balik Satria aku. Abu kata setiap pagi isterinya akan hantar anaknya sekolah agama guna Satria aku.Belum pukul 8.00 pagi aku dan Abu dah berada di Sekolah Agama ( tak ingat ) dan nampak Satria aku. So aku tegur... dan tanya keta dia ke tu... dia kata ye... Aku cakap sebenarnya saya pemilik keta ni... suami awak selalu lewat bayar dan bank selalu call. Aku cakap aku nak ambil keta tu. Dia cakap tunggu suami dia. Aku cakap tak boleh... aku ada kerja dan nak ambil sekarang. Dia mintak tolong hantar dulu  dia dan anaknya ke rumah coz kalau tak nanti tiada siapa boleh jemput anak dia. Dia bawak balik dua orang anak dia. Aku follow dia dari belakang dan lalu Pt Sakai. Aku dah cuak... dibasib uatnya anak sepupu kita ke... bukan. Sampai rumah dia aku tak tunggu lama... dapat kunci terus jalan... dan teruskan perjalanan ke Kulai. Waja aku, aku suruh adik ipar jaga/pakai dulu.

LEGa bila dua-dua keta ada depan mata... cuma fikir tak kan nak pakai tiga-tiga. So aku buat penjadualan pembayaran semula. Kira mampu le tapi tempoh bayaran bertambah. Lepas tu discuss dgn adik ipar kod dia nak Sartia dengan skim bayaran istimewa. Dia pun setuju dan jadi hak dia.

Waja pulak aku ras tak praktikal simpan sebab dah ada Honda Stream so tolak Waja dan ambik Kembara.

Begitulah ceritanya...borring kan... buang masa jerrr membacanya.

4 ulasan:

  1. geram jer kan dengan si gampang tu.yin apa yg kau alami tu akupun rasa gak tau. sedap2 dia pakai keta aku dekat setahun,,tapi aku yg bayar...akhirnya aku amik balik,....senang cerita. kalau nak cerita bab kereta dan kawan kencing ni kan...heiiii GERAM sungguh aku.....ada tu dah pinjam keta kami...dia bawak eksiden...pas tu tersadai buat derk aje...insuran nak cover pun tak cukup... so geram punya pasal...jual aje keta tu....

    BalasPadam
  2. Dapat mengajaran... jgn jual dgn kawan/sedara... baik jual kat kedai... biar rugi sikit... tak sakit hati.

    BalasPadam
  3. Memang menarik cerita ni. Sampai sekarang saya masih pakai kreta buruk sebab fasal kena kencinglah dulu dengan satu member, cikgu perempuan pulak tu. Sampai saya blaclist.

    SATRIA JED 990 selalu MAMPIR di rumahku.

    BalasPadam