Ahad, 13 Jun 2010

RONDA-RONDA

Petang Sabtu lalu aku balik Pt. Yaacob coz esoknya Ahad Tanty nak temankan SIL berubat kat Benut. Selepas mereka pergi aku ajak Harith ronda- ronda. Kemana... ? Ala dekat-dekat je... so mula-mula melalui Jalan Pt Yusof...dan Jalan BP - Muar aku gi Taman Rekreasi Air Panas Sg Resik/Geriksek. Dulu zaman remaja aku mula-mula datang ke sini dengan Maat naik motosikal. Masa tu kawasannya belum dimajukan tapi sekarang telah dimajukan oleh Majlis Perbandaran Muar.
Laluan masuk ke Kolam Air Panas.










Kawasan kolam air panas. Dulu aku rasa tak berapa panas... sekarang rasa lebih panas... pemanasan global kot. Ramai juga pengunjung termasuk dari negara jiran Singapore.










Antara kemudahan yang disediakan termasuk air terjun dan playground.










Pondok rehat/gazebo dan surau.

Selepas itu aku dan Harith meneruskan perjalanan melalui Pt Jawa. Aku juga melalui Jln Tem. Ahmad so nampaklah Jln Parit Pinang Seribu. Tiba-tiba ingatanku mengimbas kembali zaman arwah atok dan Sewo Kariseh masih di kempung itu. Macam mana kita terpaksa berjalan kaki tidak kurang 3km untuk sampai rumah arwak atok. Sekarang ni berjalan beberapa meter dah letih dan tak larat.

Kemuadian aku menuju ke bandar Muar dan ke Tanjung Emas untuk melihat habitat monyet-monyet. Nampaknya ada penambahbaikan seperti jeti namun kurang penyelenggaraan oleh pihak yang berkenaa... kotor.










Gerai menjual makanan ringan dan minumah. Jeti di hutan bakau yang menjadi habitat monyet.










Penghuni tetap taman. Kalau dah monyet tu nonyet jugak... sempat buat projek 18 SX.
Kemudian kami melihat pantai yang sepi... tidak terdengar suara ombak menghempas pantai...hanya ombak-ombak lesu sahaja. ( eh... macam le penyair pulak )










Pantai yng sepi.

Destinasi terakhir kami adalah ... makannnnnnnnnnnnn. Dah tengahari dah... ingat nak pegi rumah Mek... tapi tak jadi le...coz tak notis... dan takut siSafik terpaksa tidur bila kami nak balik. Escapetism.
 
Kami hanya makan di Medan Seleran Tanjung Emas.










Aku hanya order ikan dan telor ikan asam pedas dan Harith lauk udang goreng. Gambar sebelum dan selepas dingap.

Selepas tu kami pulang ke Pt Yaacob. Dalam perjalanan di Batu 15 terserempak dengan satu kemalangan jalan raya antara dua buag kereta dan sebuah motosikal namum jurufoto amatur tidak dapat angel yang tepat.
  Untuk tidak menambah kesesakan lalu lintas, kami tidak berhenti untuk mendapatkan gambaran sebenar... ini saja laporan dari daerah Muar. Bertemu di lain n3.

1 ulasan:

  1. cuti sekolah ni x-tif pulak cikgu kita ni mengupdate blog...klu tak bersawang je. Yin cempedak bawak dari kg tu masak ke tak? Kit aorang punya tak masak2... last masuk kat cik pah je...

    BalasPadam