Rabu, 14 Julai 2010

TERINGAT KONVO KU

Pengetua sekolah aku meminta semua  guru meminjamkan gambar konvo guru-guru untuk discan seterusnya dipamer  di dalam pusat sumber "Kau Sumber Ilhamku". Idea pengetua aku anggap suatu yang positif iaitu untuk memotivasikan murid-murid agar menempa kejayaan seperti guru-guru mereka atau lebuh dari itu. Idea ini juga aku rasakan dapat membuktikan kepada murid-murid  bahawa cikgu yang mengajar mereka adalah mereka yang mempunyai kelayakan. Terdapat juga parent yang memandang rendah kepada profesion perguruan.  Ramai parent yang terdiri dari mereka yang berpendapatan tinggi dan pernah terjadi bila anak mereka diambil tindakan dengan sombong mereka berkata "Sudahla cikgu... tunggu peguam saya datang. Setakat gaji cikgu saya boleh bayar". Pengalaman benar yang berlaku kepada Tanty isteriku... seorang nyonya yang berjoging singgah berbual dengan Tanty di hadapan rumah maka terkeluarkan dari mulut nyonya tersebut. "Wah cikgu gaji sudah banyak ya... sudah sampai seribu cikgu". Terkedu Tanty menjawab "Adalah sikit". Itu sebenarnya mentaliti masyarakat yang tidak tahu perkembangan dunia pendidikan. Bukan nak berlagak tapi tak mau direndah-rendahkan martabat guru.


Konvokesyen pertama menerima Diploma In Art & Design (Graphic) ITM
pada tahun 1990. Diploma ini setaraf dengan Ijazah Am dan bila ITM dinaiktaraf
menjadi UiTM ia dikenali d engan Ijazah Muda Seni Lukis & Senireka.


Konvokesyen kedua semasa menerima
 Diploma Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
KPLI ( Pend. Seni )MPIK tahun 1994.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan