Rabu, 5 Oktober 2011

PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN BERUNIFORM

N3 ini sebenarnya dah 2-3 hari nak buat tapi gambar aku limited sebab Harith ambil gambar video so bateri cepat weak la... dan aku tak bawak bateri spare. Gambar yang aku muatkan ni adalah ikhsan jurufoto sekolah aku iaitu Cikgu Shahrul Fatimi. N3 ini cuma cite budak2 sekolah aku yang pergi berkhemah di Kem Dayang, Pekan Nenas Nanas, Pontian. Termpat ni dah 2 X perkhemahan aku buat kat sini. Selain dari bayarannya kira mampu dibayar, tapi ia agak berdekatan dgn sekolah aku lebih kurang dlm 20-25km so kos pengangkutan kurang sikitla....selain ia jauh dari kesebukan bandar dan jaran dengar bunyi kereta. Kawasan agak cantik jugakla...sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan. Perjalanan dari sekolah aku yang memakan 30 minit perjalanan melalui kawasan kampung Gunung Pulai. Seramai 80 orang peserta menyertai dan 13 orang guru pengiring. Budak bayar RM50.00 je...dan sekolah top-up dlm RM35.00 setiap pelajar. Makan dan fasilitator disediakan oelh pihak kem iaitu pelajar-pelajrar UTM, Skudai sebab kem ini pun dipunyai oleh Dr. Hafiz iaitu lecturer kat UTM. Peserta paling muda anak aku siHarith yg beria-ia nak ikut serta.  Perkhemahan diadakan pada 30 September hingga 2 Okober. Jomla kita lihat gambar.

Inilah pintu gerbang Kem Dayang.
Nampak tak budak pakai t'shirt hitam...?

 Kereta guru yang turut serta.

 Antara guru yang terlibat...Izzate, Izatul, Ezida, 
Azri dan belakang Azirul.








Bersedia untuk "night walk".

 Cikgu Mahathir setiausaha kokurikulum aku
...hampir sama beso...

Cikgu Shahrul sentiasa dengan zoomnya...

  Bersama peserta termuda...Abby Iddin Harith.

 Orange colour..

Cikgu Mohd Yusof bertindak sebagai Kem Komanden.

Acara yang dijalankan sepanjang perkhemahan adalah seperti ice-breaking, night-walk di hari pertama. Pada hari kedua diadakan jungle tracking. Acara cam ni bukan aku tak nak join tapi takut kalau pengsan siapa nak dokong aku...
 Jommmmmmm...kita teruskan cabaran.

 Jauh dari kesibukan bandar...




Hijau dan menyegarkan...
Aduhhh...penatla....relex kejap.
Letih tapi enjoy...

Ko ni leh turun 20gm ni....
Lurah sama dituruni...
Bukit sama didaki...

Sungai sama direntasi...
Sama-sama basah...
Baik-baik jalan tu Harith...

 Berehat di tepian tasek...

 Kawasan tadahan air..

 Fasilitator dari UTM Skudai.

 Lepas jungle travking kena kuak lentang atas tanah pulak...

Segarnya oren ni...

 Lepas makan tengahari mereka menjalankan aktiviti explorace

 Ni kena mandikan...

 Ada cam main teng-teng...
tak kisahla yg penting mereka happy.

 
 Lepas tu dia orang aktiviti air....

 Tak kisahlah air jernih atau keladak...


 Dua cikgu beso main buai... ni kuat tak ni?

 Ini blok penginapan peserta lelaki.

 Ini challet guru.

 Sementara budak2 berkubang, mari kita berbbq. 
Resepi oleh Chef Cikgu Beso...

 Diadun oleh  Devi, Nalini dan Vilaasyini. Balikkan Rith...nanti rentung.

 Emmmmmmmm...lazat... hingga makan malam pun lewat jam 11.00 mlm.

Malam kedua semua peserta dibahgikan kepada kumpulan dan mereka dikehendaki mempersembahkan nyanyian dan sektsa.

 Pengacara malam itu ialah Ezida dan Azri yang lunak suaranya. 
Tak boleh la aku nak cari makan....kena pencen awal.







Inilah sebahagian dari persembahan mereka...

 Azirul tension...Ezida dan Aidawati ceria...


 Tidur ko Thir...apa yg menyebabkan cikgu beso tersenyum.

Relex Sop...banyak lagi mee goreng tu...tengok cam aku tenang je...

Peserta menikmati juadah.

Selepas sarapan pagi hari ketiga, ada satu lagi aktiviti iaitu "war game" kira permainan perang le tu. Dia orang perang tak pakai  senapang atau meriam.... atau panah dan pedang tapi menggunakan air berwarna yang dmasukkan dalam plastik. Jom lihat pix....



Peserta sedang membungkus air warna dalam plastik. 
Itu bukan sirap atau oren ye...!

Selepas "war game" mereka berendam dan bersiap untuk acara penutupan rasmi. Untuk perasmi majlis penutupan rasmi tiada pengetua, tiada PK1, tiada PK HEM kerana mereka ada urusan lain nasib baik ada perasmi "bidan terjun"  Puan Sinat Ara iaitu Penyelia Petang dan turut hadir ialah Puan Kamisi Ketua Bidang Bahasa dan Tn. Hj. Kamaruddin Ketua Bidang Teknik dan Vokesional.

Ini bukan menyanyi ye...ini ucapan alu-aluan...

Tahniah.... terima kasih.

Sekian saja n3 kali ini. Semoga tahun hadapan kita akan buat di tempat dan aktiviti yang lebih menarik. Syukur kehadrat Allah swt kerana sepanjang perekhemahan ini dijalan tiada sesuatu yang buruk yang berlaku cuma hari pertama bila sampai sahaja seorang peserta terpaksa pulang kerana datuknya meninggal dan dua orang terpaksa dihantar balik kerana semput. Seorang peserta perempuan..."katanyalah ye... dia nampak lembaga di atas bukit melambai-lambai kepadanya semasa aktiviti night walk" Waallahualam.

5 ulasan:

  1. meriahnya kalau sklh menengah wat apa2 majlis.Teringat aku sabtu sklh agama tmpt anak aku wat kem motivasi kt sklh je sbb tak cukup bajet.Yg cukup sadis mlm tu hujan lebat, sebiji khemah yg didirikan hampir2 tumbang...sehingga ler keacara penutup keesukkannya dibawah khemah tu ler tempat ibu bapa duduk.Daifnya

    BalasPadam
  2. cikgu beso...macam best aje kem. ni....buat family day pun sesuai ni....agak2 cikgu beso ikut tak xtvt panjat memanjat tu yea...kewakilkan kat harith jer

    BalasPadam
  3. Tak sesuai untuk family day...camping mmg okla... kalau ada sungai/air terjun okla...

    BalasPadam
  4. NAMPAK MENARIK TEMPAT ITU.

    Untuk kelainan tahun 2012 saya cadangkan berkhemah di Air Terjun Bekok atau Gunung Belumut pula.

    BalasPadam
  5. Cadangnya memang nak gi Gunung Lambak, Kluang tapi kos bas agak tinggi. Sebuah bas RM600.00 tapi tahun depan kutip duit dar budak dari bulan Januari RM10.00 tiap bulan sampai bulan September boleh kumpul RM90.00.

    BalasPadam