Rabu, 25 Januari 2012

PENGINAPAN 2 MALAM DI HOMESTAY HJ OMAR n HJH AMANAH

Biar apa orang nak kata...biar tak de swimmingpool, tak de air terjun, tak de deruan ombak, biar tak de bilik 5star, biar tak de aircond, biar tidur berlapikkan tikar plastik, biar makan hanya makanan kampung, biar tak de shopping complex, namun itulah kampungku, rumah pusaka abah n mak, tanah kelahiran 6/9 adik beradikku tetap antara destinasi pilihan bila bercuti. Anak-anak pun seronok berbercuti di kampung agar mereka tahu dari mana asal-usul mereka. Rasanya mereka tak pernah komplin masa berada di kampung. Apa saja yang terhidang oleh mak-mak mereka...hantam saja. Mereka bebas bermain di sekitar halaman rumah yang tak pernah mereka jumpa di bandar dan bila malam mereka berkumpul bermain PS2 atau apa2 permainan. Mereka mesra biarpun hanya sesekali berjumpa. Pasangan juga Alhamdulillah... seronok dengan suasana ni.
Selepas menjamu selera di Sabak Awor...kami pun balik. Niat nak beli sotong goreng tepung namun sotong pada hari tersebut dah tak fresh. Pegi kedai lain pun sama aje sotong tu...may be dari pembekal yang sama. Dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya dan menyukarkan pemanduan. Dah sampai depan rumah cam nak belok tapi tak de jajan nak dibawa. Yela kan balik ke homestay...so nak makan kena bawa sendiri masing-masing...so teruskan perjalanan ke Spg. Tiga nak beli sate...ambik masa lebih 20 minit gak. Lepas tu balik. Sampai rumah yang dah sampai Mama Janet n Syafiq dan family Kak Mah.
Esoknya Datin  S n family sampai. Mama Janet dah bawak anak2 gi Wetworld, Batu Pahat termasuk anak aku. Mama Janet belanja coz baru dapat duit KWSP. Petang Pn Kalsom n family dari JB sampai... dapat kumpul 6/9 adik beradik. Okla tu... "ko ade?".

Jom layan gambar...........


 

 

Makan tengahari hari Ahad.

 

Ayam panggang n biji ranti yang mavles.

 

"Bobor" pucuk ubi n ikan kembung masak kicap.

 


 Sambal goreng tempe n ikan masin kampak kapak.

4 ulasan:

  1. mana tak nya budak2 suka...service makanan cam hotel gak.de minum pagi, minum petang, makan thari dan makan malam tepat pada waktunya...

    BalasPadam
  2. tengah main games pun ada orang serves makanan tau... mana nak dapat

    BalasPadam
  3. tengah tido pun siap kejutkan suruh makan...lepas tu suruh sambung tido balik kan..kan..kan..

    BalasPadam