Sabtu, 2 Jun 2012

RONDA-RONDA MELAKA

Last n3 aku pada 25 Januari 2012. Hari ini dah 3 Jun. Ini bermakna dah 4 bulan 8 hari tak update n3. Ini disebabkan penyakit "Males" dan jangkit kat aku. Pasangan dah lama suruh buat n3 tapi tak de semangat walaupun ada cerita. Petang ni aku buat n3 semula.

Sebelum cuti hari tu tak tau nak kemana masa cuti 2 minggu.  Pasangan ajak jalan2 Melaka walaupun dah kerap gi Melaka coz walaupun negeri kecik tapi banyak tempat menarik boleh dilawati dan tak memerlukan bajet yg tinggi. Tol dgn mintak pun dlm RM100.00 lebih kurang. Lepas tu nak cari penginapan. Kalau kat tgh bandar agak mahal so cari dlm internet...so booked le kat Ismah Beach Resort. RM120.00 je... ada pulak member aku Cikgu Mahathir nak join...so gi 2 family le...

So hari Khamis 31 Mei dlm kul 9.00 pagi bertolak ke Melaka...





...dan terus gi Menara Taming Sari. Harith kata nak naik. Sampai situ ternampak pulak geng lama masa kat SMK Sultan Ibrahim yang sekarang dah balik negeri di Kedah.

Mr. Roslan from Kedah.

 Manara Taming Sari...

 Harith bersama family kawan aku. Aku ngan pasangan tunggu di bawah.

Lepas dari Menara Taming Sari kita orang pun bertolak ke Pengkalan Balak. Dalam perjalanan singgah di RnR Klebang kot untuk makan tengahari. Pekena asam pedas ikan parang...mmmmmmmm marvelous...lepas makan meneruskan perjalanan ke Pengkalan Balak untuk check-in chalet. Sepanjang tepi pantai banyak chalet...tapi rasnya yang aku booked paling ok coz ada swimmingpool.

 Pintu masuk kawasan chalet.

 Lorong kecil sepanjang pantai..

 Mandi di pantai...

 Numpang jagakan Harith...aku malas nak masuk air laut.

 Sekitar kawasan chalet... bilik ok tapi tak boleh masak,


 Dah diajak jalan pun dhurek je...

 Cikgu Mahathir dan anaknya Rauqah.


 Suka tu dapat mandi....

 Depan chalet...

 Cam kolam sendiri...

 Ni boleh buatb poskad ni..



 Menanti sunset...

 
 
 
 
 
 Pagi Jumaat lepas check-out kembali ke Melaka...

 Singgah di bandar Melaka...

Lalu di Planeterium 

 Singgah di Tamnan Buaya

 Lepas singgah di Taman Buaya terus masuk tol 
Air Kertoh dan keluar di tol Paguh.
Sampai Home Stay Hj Omar...ngiras mandi.

 Siapa hak milik nangka ni...?

 dan cempedak ni...

 Jam 6.00pm...

 Surau nan sepi...

Insyaalllah 9 Jun ni ada pengunjungnya

Ok...tu aje...n3 setelah lama bertapa. Ok le tu kan...de aku kesah.



5 ulasan:

  1. nanti aku terjah pengkalan balak pulak

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. ala mama janet, ko setakad gi pengkalan balak tu bila2 masa je boleh bukan jauh pun dari muo...
    cuti dah sekolah dah nak berakhir....aku tetap di cheras....hehehe

    BalasPadam
  4. Aku nak ke KL pun tak dapat...sangunya tak cukup gitu.

    BalasPadam