Hari ini sekolahn ganti. Masa cuti seronok tapi bila nak ganti malas yang "amat". Kehadiran murid hari ini amatlah kurang sekadar 50% jerrr. Ada beberapa kelas terpaksa digabungkan kerana hanya 7 orang murid. Aku masuk kelas pun sekadar menjaga murid agar terkawal dan tidak ada yang melanggar disiplin. 12.30 tengahari murid dan guru sesi pagi dibenarkan balik. Hari ini Harith tidak bersekolah coz Jumaat dan Sabtu lepas dia orang bersekolah.
Kul 12.45 aku keluar sekolah dan singgah TASKA ambil Harith dan balik rumah. Tengahari ini ada "open house" so tunggu Cikgu Mahathir jemput untuk pegi bersama-sama. Sampai rumah Sya'ri ( host open house ) sedang menyusun juadah... so duduk2 dulu. Bila siap aku merupakan orang pertama makan... wow... mables ... dah la memang tengah lapar dapat makanan yang memang sedap. Antaranya nasi baryani, ayam masak baryani, dalca dan pencuk. Menu kedua lemang mables + rendang daging jugak...lembut dan sedap. Menu ketiga laksa Johor. Ditambah dengan puding cocktail.
Nasi baryani ayam.
Lemang
Laksa Johor
Puding cocktail
Mmmmm...nyam...nyam...
Nota : Gambar-gambar di atas diambil dari internet. Tak kan nak snap-snap kat rumah orang tapi kira setarafla...



