Kegagalan murid dalam sesuatu peperiksaan seringkali guru dijadikan salah satu faktur penyebab. Mereka menganggap pihak dan sekolah dan guru-guru tidak berusaha untuk membantu murid-murid untuk lulus sebaliknya jika mereka lulus dengan cemerlang nama guru-guru dan pihak sekolah sering dilupakan.
Kat sekolah aku pelbagai program dilakukan untuk membantu murid lulus seperti latihtubi, gerak gempur, citra bahasa, sentuhan pentadbir, mohon restu,pecutan terakhir dan pada pagi ini seramai 126 calon SPM telah dibawa ke Savannah Hill Resort untuk satu program Kecemerlangan Bahasa Melayu. Program ini adalah salah satu program psikologi agar murid appreciate guru-guru dan cuba untuk membuat yang terbaik. Savannah Hill Resort adalah resort di atas tanah tinggi di mana suasananya tenang dan privacy dan diharapkan mereka dapat menginggat fakta-fakta penting seterusnya dapat menjawab dengan baik semasa peperiksaan. Walau pun aku tak terlibat secara langsung tetapi sifat keakuan perlu dalam sesebuah organisasi.
kelakar ler tengok mini swimming kolam tu...hihihi...sebesar besen mandi si Dafiy jer aku tengok...
BalasPadam