Sabtu, 8 Oktober 2011

KULAI-PT. SULONG-JB-KOTA TINGGI-KULAI

 Ni tajuk apa pulak ni... ha... inilah perjalanan aku hari ini bersama Harith. Seawal 7.00 pagi telah keluar rumah bersama Harith. Tanty tak ikut coz dia ada kursus prefesionalisme yg perlu bagi pejawat awam biar pun kdg2 setakat asal buat je. Sekolah aku pulak minggu depan di Kem Bina Negara, Gunug Pulai. ...ok sambung balik... mula2 kena gi pam minyak dulu. Lepas tu cucuk duit kat dinding buat "sangu". Pastu masuk highway Kulai menuju ke Pt Sulong. Sampai pekan Pt Sulong dlm pukul 8.45...ingat nak ronda kejap kat pasar minggu PS...tapi hujan lebat pulak. Nak sarapan pun hujan nasib baik b eberapa minit hujan slow sikit dan dapat keluar di warong Sarjan Manan. Pekena meehoon+telor+sambal kacang. Harith makan nasilemak dgn telor. Pastu terus ke kg. Sampai kat kampung 7 orang pekerja sedang bekerja. Jom tengok gambo...


 Tengah sibuk bekerja.

Tiang dah tegak berdiri...tak kan bengkok pulak.



 Angkut tanah merah untuk naikkan aras.

Sedang membancuh kopi konkrit.

Sementara tu aku cuba "nyongrok" buah cempedak. Dapat le dalam lebih 20 biji walau pun sekepel2. Okla juga...coz ia manis dan tebal... Dlm pukul 9.30 Kak Mah, Md Shah dan Farez sampai. Dia orang gi PS dulu.

Inilah hasil "songrokkan" aku...

 Baki buah cempedak yg dimakan oleh bajingan (tupai)
dapat le merasa... sedap/manis dan tebal.

Hek elehhhhhhh... tidur orang tua ni... sebijik cam arwah mak.

 Dah blog aku... tak kan tak ada gambo aku..
Ade aku kesah....
Dalam pukul 12.00 aku dan Harith pun meninggalkan rumah pusaka... masa tu Kak Mah tak balik lagi. Asalnya dia nak tidur kat kg tapi Md Sah tak nak. Nak kemana yek... ada dah cempedak untuk Som dan Kak Long... dah bawak bila aku nak hantar pulak? Atas sikap tanggungjawab aku sebagai abang dan adik lelaki ... maka aku tekan pedal minyak menuju ke Bukit Mutiara. Sampai lebih kurang 1.40 petang. Tuan rumah tak ada mungkin sedang makan nasi baryani... aku gantung je kat pagar. Lepas tu aku meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi. Sampai Kota Tinggi Harith kata dah lapar so singgah kat gerai... makan tengahari dulu. Lepas tu sambung ke Taman Kota Jaya. Sampai rumah Kak Long ingat tak nak masuk, tapi masuk kejab nak tergucil dan berbual kejab... lepas tu balik ke Kulai. Sampai rumah pukul 3.30 ptg. Alhamdulillah selamat... oops sorry Som...biji ranti tak bagi kat ko coz tak ada bekas...dan ko pun tak rajin masak kan... aku bagi kat Kak Long. Ini saj n3 kali ini...









3 ulasan:

  1. Yin, betul ler bila mah tido camtu sebiji cam arwah mak.Dengan pipi gelembreh (jgn mare mah).Tima kasih bg biji ranti..wau harga melambung ye sampai rm8 sekilo makanan burung tu.Agak2 de kena mengena n bajet 2012 kot

    BalasPadam
  2. Makanan burung tapi my favorite...kalah kailan.

    BalasPadam
  3. tak de sapa nak campakkan cempedak tu sebiji dua ke rumah aku...huhuhu

    BalasPadam