Khamis, 15 April 2010

TABUNG NAIK TARAF SURAU AL-HIKMAH

Seperti biasa setiap pagi Jumaat kat sekolah aku ada program nilai murni. Program nilai murni pagi ini lebih tertumpu kepada "Majlis Perasmian Tabung Menaiktaraf Surau". Sebenarnya kat sekolah aku tak ada bangunan kahs surau namun adalah sebuah bilik yang dijadikan surau seluas 1 1/2 bilik darjah kira-kira 6 bay... dicadangkan agar sebuah bilik darjah dipecahkan dindingnya untuk meluaskan surau. Kos  menaiktaraf RM22,300.00 sahaja. So murid-murid, ibu bapa dan guru-guru dialu-alukan untuk menderma.
Murid-murid Islam bersila di Dataran Harmoni.
Ustazah Faridah mempengerusikan majlis pagi ini.
Pengetua ( berbaju hitan ) berbual dengan guru-guru.
Ucapan perasmian "Tabung Menaik Taraf Surau".
Inilah tabung menaiktaraf surau.
Guru (badan ) Besar secara simbolik memulakan kempen tabung menaiktaraf surau.
Diikuti oleh Cikgu Mohd Azirul dan murid-murid.

Kepada mana-mana individu yang ingin menyumbang, boleh terus datang ke SMK Kota Kulai.
Mudah-mudahan apa yang kita sumbangkan pahalanya akan berpanjangan selagi ada lagi mereka yang bersembahyang di surau ini. -Amin-

Rabu, 7 April 2010

JALAN-JALAN CUCI MATA

Petang Selasa lepas dalam pukul empat lebih saja jalan-jalan ke Highway Pasir Gudang/Kota Tinggi. Bukan apa gatal mata nak tengok keta. Member kata ada keta cantik dan agak murah. Sebenarnya malam balik dari kampung hari tu macam dah merajuk dengan Stream aku cos buat hal. Dari Pt Yaacon sampai Tmn Kulai Utama 60kmj. Bayangkan lah... dengan pasang dua signal ( kecemasan ). So sepanjang perjalanan cakaplah nak letgo Stream. Hari Isnin betulkan rupanya lining break dua2 dah haus. Lepas ganti nampak okey balik. Macam sayang balik tapi saja nak menggatal mata gi jugak kat Lace Motor. Sebenarnya pegi ni pun ada tujuan lain nak singgah rumah Som.
Inilah rupa kereta yang ditawarkan...






Saja tengok interior dia... Harith bukan main suka... "bila pa nak beli?"

Lepas tengok kereta singgah rumah Som... bagi goodies dengan telor kahwin. Lepas tu balik dan singgah KFC drive thru... biasalahhhhhhhhhhh.
Inilah Honda Stream aku yang telah banyak berjasa. Dah lebih 100,000 km aku bersama dengannya selama empat tahun sepuluh  bulan kerana aku dah bayar 58 kali bermakna hampir 80k. Antara perjalanan jauh yang telah dibuat ialah ke Penang dua kali, Kuala Perlis sekali dan KL banyak kali. PD, Endau dan banyak lagi destninasi.  Nak kata banyak masalah tak jugak coz kerosakkan yang agak besar cuma top-overhaul 2k dan power stering pump RM500. Yang lain adalah kerana hayat dah sampai macam tayar, lining break, wiper, bulp itu aje..... .Aku tak pasti lagi samada nak trade-in atau tunggu dahulu...
TUNGGU......

Isnin, 5 April 2010

MAJLIS BERTANDANG KE PT YAACOB PART 2

SELAMAT PENGANTIN BARU

4 April seawal jam 6.15 pagi selepa s solat Subuh mula meneruskan tugasan yang belum selesai. Pagi ini memang agak sibuk... walaupun aku hanya bertindak sebagai driver memang kesana kemari. Biasala kalau buat majlis kahwin... tak 3-4 kali ke kedai memang tak sah. Yelah buat majlis di rumah yang hari-hari biasa tanpa penghuni. Kalau ada mak bapak tentu lebih sempurna namun aku salute kat Razak dapat arrange majlis yang sebegini. Kami adik beradik dan ipar duai membantu mana yang termampu. Pagi ini arround pukul 11.00 rombongan pengantin perempuan dari Shah Alam akan tiba lebih kurang 8 buah kereta. Mereka akan singgah di rumah pusaka abah dan mak. Kira macam rumah persinggahan le...( home stay )  Sebenar minggu lepas Tanty dah sapu lantai dan malam tadi dua orang anak sedara mengemop tikar getah. ( sorry tak de gambar Gigi dan Syafik ). Abang Brahim dan bersih sekitar halaman rumah. 
So makanan untuk mereka dah disiapakn dari Pt Yaacob. Menu simple but nice... soto ayam/ketupat, kueh bahulu kukus, buah tembikai, air berkarbonat dan air mineral.

Kereta-kereta rombongan pengantin perempuan dari Shah Alam.
Menu soto ayam/ketupat.
Sementara menanti pengantin perempuan di make-up, ahli rombongan
menikmati hidangan soto ayan.
Pengantin perempuan yang siap dimake-up. Prngantin lelaki mana....????
Eh... macam hari raya la....
Rombongan pengantin perempuan tiba di rumah pengantin lelaki.


Majlis makan beradat dengan keluarga pengantin perempuan.
Penyediaan ayam golek.... bukan ayam gelek kereta ye...
 Antara menu yang disediakan... nasi baryani gam, daging masak baryani, dalca, ayam golek, paceri nanas, rojak pencuk, limau sunkist dan air sunquick. Tetamu juga dihidangkan kek, kerepek, tumpi, rempeyek dan agar-agar.
 
Bersama biras abg. Amir Hassan  dan Ipar Dr. HM Tuah Iskandar.
Meek tidak melepaskan peluang bergambar dengan Dr Tuah.
Bersama kekanda-kekanda yang dikasihi.
Bergambar kenangan selepas majlis.


Semua telah selesai. Bersyukur kehadrat Allah swt kerana memberikan cuaca yang baik dan melancarkan perjalanan majlis. Terima kasih kepad semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Kepada Razak dan Amilin, selamat melayari bahtera kehidupan berumahtangga. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

MAJLIS BERTANDANG KE PT YAACOB PART 1

Hati yang dinantikan tiba jua... niat di hati nak balik awal tetapi Tanty ada pelbagai mesyuarat di sekolahnya pada hari Sabtu 3 April 2010 so hanya dapat bergerak meninggalkan Taman Kulai Utama 2.30 petang. Hujan lebat dan kadang-kadang perlahan menemani kami sepanjang perjalanan pulang ke Pt Yaacob. Tiba di Pt Yaacob lebih kurang jam 5.  15 petang. Kelihatan kanopi telah siap dipasang dan sedang dihias. Orang kampung bergotong-royong menyediakan itu dan ini.
Suasana petang sebelum hari langsung. Wajah pengantin senyum payau melihat hujan masih menitik. Hanya doa memohon kepada Allah swt  cuaca pada hari esok baik.

Keadaan halaman rumah yang agak becak menjadikan pandangan kurang selesa.
Pengantin bersama pednulis blog dan PA. Anak-anak saudara yang keletihan.
Bekalan ais kiub telah sampai lebih awal untuk kegunaan esok.
Antara saudara-mara yang hadir.

Sup tulang & gear box untuk saudara-mara. Kaw-kaw tapi aku hanya boleh menghidu bau dan memandang sahaja.



Syafik mencucuk bunga manggar.

 Kak Dah dari S'pore, Along dibantu oleh orang kampung mengupas telur puyuh.
Anak aku siHarith turun membantu mengemop lantai hingga jam 1.30 pagi.
Memasukkan kudapan di dalam container.
Kak Yah sibuk menyediakan bahan-bahan untuk soto.
Kontrol macho... si Gigi dan Arif.