Rabu, 1 Disember 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA (Part 2)

Isnin 28 November 2010. 6.30 pg bangun...bagi yg bekerja hari ini merupakan hari pertama minggu ini. Biras aku entah kul berapa kuar coz ada metting. Sepupu Harith SiIna pun tak tau gi keje kul brapa? Fareez anak yg bongso dan bersiap-siap ke sekolah kerana peperiksaan SPM. SIL sibuk menyiapkan sarapan pagi. Gege anak ketiga pun bersiap-siap ke hotel kerana sedang menjalani praktikal. Kami bertiga pun bersiap-siap untuk aktiviti hari ke 2.

 enuju
Layan anak kucing siam...
Comelnyeee...

Lebih kurang kul 8.15 pg kami keluar rumah menuju ke KLCC. Hajat hati nak bawak Harith masuk ke Petrosains. Alhamdulillah perjalanan lancar dan tak sesat. Parking pun baek punya dekat dgn escilator. Nasib baik ada Touch n Go untuk bayar parking. Kalau tak kena cari mesin bayaran otomatik. Oleh kerana masih awal pagi banyak kedai2 belum bukak. Selepas menyampaikan hajat di washroom kami pun lift ke level Petrosains... cam lum ada orang...kebetulan ada 3 staff keluar dari Petrosains... aku pun tanya bukak kul berapa...rupanya hari Isnin tak buka kerana kerja2 maintanance dan pembersihan. Alamak ...tak bukakla pulak...so kita orang pun turun balik dan gi kereta.


Tak dapat masuk pun tak apala...amik le gambar kat luar.

Nak kemana yekkkkk...Tanty kata gi Jalan TAR ...nak cari tudung dan kain untuk baju kerja. Layannnnnnnnnnnnn..dan .. aku parking kat Campbell Complex. Aku biarkan Tanty menyopping. Aku n Harith meronda-ronda  ngeteh kat restoran nasi kandar....

Lebih kul 12.30 call Tanty so dia kata kejab lagi dan dalam perjalanan ke kereta Tanty pun dah siap nyopping. Lepas ni kemana... ke Desa Baidurila.... on the way singgah restoran. Lunch dulu... sampai rumah Kak Kay jam 1.30 ptg kebetulan BIL Sjn. Wan Safie ada kat rumah... ada barang tertinggal. Pas dia gi kerja apa lagi....zzzzzzzz. Shasha dah layan Harith..... malam BIL ajak keluar ngeteh pun aku malas....zzz lg baekkkkkkkk.

Ni je...n3 Part 2.

CUTI-CUTI MALAYSIA ( Part 1 )

Ahhhhhhhhhhh...lega dah berada di atas katilku yang 5 hari 4 malam kutinggalkan untuk melayan anak bujangku yang telah bosan seminggu bercuti di rumah. Hari2 tanya bila nak gi holiday. Kalau ikutkan kederatku memang malas nak gi holiday kemana-mana. Rehat je la kat rumah...tapi bagi kanak2 seusia Harith yang tenaganya masih banyak... kekuatan masih nak bermula memang bosan duduk di rumah aje... memang beberapa destinasi dalam senarai...Genting Highland, Sunway Lagoon atau A'Farmosa Resort.
Awal pagi Sabtu bukak fb dan terbaca mesej Iki anak Mamamiraki yang menyatakan nak gi Genting Highland esok pagi... aku terfikir esok bermakna hari Ahad...so call Mamamiraki dan dia kata sedang bersiap nak gi Genting Highland. Rupanya Iki  buat mesej awal pagi Sabtu...may be lepas subuh...ingatkan esoknya hari Ahad. MM mmg ajak join tapi aku kat Kulai lagi... paling cepat pun 4 jam perjalanan dari Kulai... so tak jd join. Cakap dgn Tanty kita jalan je la petang ni ke KL... pagi tu Tanty berkemas rumah dan pakaian yang nak dibawa. Aku ngan Harith gi sekolah tengok Cikgu Megat, Cikgu Azirul dan Cikgu Hafiz memasang PA sistem yang baru dibeli untuk dipasang di surau sekolah. Dia orang ni mmg aku respect... cuti2 pun rengan tulang buat itu ini. Dia orang tak menunggu ada pentadbir baru nak buat kerja. Teruskan keikhlasanmu itu...semoga Allah swt, sahaja yang membalasnya.
Pukul 1.00 tgh balik rumah dan bersiap-siap untuk ke KL...pukul 2.30 ptg bertolak dan singgah di IKS Spg Renggam cari jajan.

Perjalanan lancar dan berhenti di R & R Seremban untuk solat Asar dan isi perut. Bila nak meneruskan perjalanan hujan pulak so tak boleh nak speed. Lepas tol Sg Besi jam pulak coz ramai nak ke pameran MAHA or mahal.

Sampai rumah SIL di Tmn Sri Cheras kul 8.00 mlm.... makan malam dan zzzzzzz....

Hari kedua lepas sarapan asalnya nak gi Genting Highland tapi cuaca cam mendung... so takut nak ke Genting...jalan licin so...tukar haluan ke Sunway Lagoon. Aku yg malas nak drive dan kurang mahir jalan2 ke Sunway ajak Amy...anak saudara Tanty. Aku bukan exited nak gi tapi layan siHarith. Seingat aku kali pertama gi Sunway Lagoon dalam tahun 1991 masa SL baru bukak. Masa tu tiket masuk baru RM 15.00 dan dah terasa mahal coz baru kerja....gaji pun ciput. Setelah hampir 20 tahun harga tiket pun berganda-ganda. 12 tahun ke atas (adult) tiket berharga RM100.00 dan kanak2 RM60.00....perhhhhhhhhhhh mahal gila. What ti do...dah sampai... nasib baik bagi dewasa yang ada IC Malaysia ada diskaun RM40.00 tapi kena tambah RM 10.00 deposit untuk tag cam jam tangan dan bila pulangkan rag dapat balik deposit. Aku suruh Amy bawak Haqrith sementara kau ngan Tanty cuma jalan je...kira cam bercinta le...
Pemandangan dari atas tempat letak kereta.

Harith bersama abang sepupunya Amy...yang rajin melayan.


Family Wong Khoo Lai.


Di Wildlife...

Layan jela gambar Harith...coz dia orang yg bawak kamera.

Pandangan dari atas.

Cam dah penat je ...


Aksi-aksi Harith....

Di hadapan rumah hantu...






Di atas jambatan gantung merentasi taman tema yang
panjangnya mencecah 200 meter.






aDi bahagian taman air... Harith aje yg mandi.
Aku nak mandi takut air melimpah pulak...

Pose isyimewa dari Tanty...

Lebih kurang jam 1.00 tgh kami meninggalkan Sunway Lagoon dan lunch di RnR Kinrara...pastu balik ke Taman Sri Cheras. Kat rumah zzzz hingga hingga jam 5.00 ptg. Lebih kurang 5.30 ptg sepupu Harith yang sulong siIna (along) ajak Harith naik kuda di pusat latihan menunggang kuda di Putrajaya. SiIna ni mmg berlatih menunggang kuda di sana dan dalam sebulan sekurang-kurang RM 500.00 diperuntukan untuk menunggang kuda. Jommmmm layan pix....

Inilah Ina (Asfarina/Along) sepupu Harith graduan UM bidang
 Sains Tulin dan kini sedang menyiapkan thesis
di peringkat master di UM.




Dengan bayaran RM20.00 Harith dibawa menunggang kuda sekeliling padang polo selama 20 minit.


Bersama kuda bernama Caspper...



Melawat kandang kuda...

Selepas bersama kuda kita orang melawat tasik Putrajaya....yang indah. Yang peliknya siIna orang KL tak sampai lagi ke tasik Putrajaya.




Senja di tasik Putrajaya...

Pastu kami pun balik ke Tmn Sri Cheras..... sampai lebih kurang jam 8.30 malam. Pastu dinner dan zzzzzz...so inilah saja n3 "Cuti-cuti Malaysia Part 1". Tunggu part 2...nak makan dulu...upload lambat pulak hari ni...

Khamis, 25 November 2010

SURAT DAN EMAIL

Aku pun tak tau habit aku ni... dulu SPM 1981 BM setakat dapat C5 jerrr...tapi kadang2 suka menulis. Dulu zaman typewriter aku pernah buat cerpen bertajuk "Rumah Tinggal Embah" dan tak tau kat mane aku simpan cerpen tu. Adik dan kakak aku ada yang baca cerpen tu dan dia orang kata cite menarik sebab cite tu adalah kisah benar dan membongkar sesuatu yang selama ini dia orang tak tau...ar
Beberapa tahun kebelakangan ni aku suka menulis komen di akhbar iaitu di ruangan "surat dan email" dan aku rasa seronok kalau tulisan aku disiarkan... bukan dapat royalti/payment pun tapi ia satu kepuasan.
Sikap aku satu lagi ialah suka menegur kalau rimas atau tak kena di mata aku. Kadang2 kalau aku drive dan nampak budak2 ( belum ada IC ) naik basikal secara merbahaya cam angkat roda depan dan aksi2 stunt... memang aku sound. Aku pernah tegur budak sekolah agama berebut makanan kat gerai di Kempas. Member aku siap pelik dan sound aku balik "Biarla bang...bukan murid kita". Entahla... aku tegur bukan kerana aku ni "like good" tapi aku nak kalau "anak" aku buat yang tak betul...orang lain yang nampak boleh tegur. Kan dalam Islam ditekankan "Hablumminallah" iaitu hubungan kita dengan Allah swt. dan "Hablumminannas" iaitu hubungan kita sesama manusia.

Ok berbalik kepada tajuk "surat dan email" sebenarnya banyak jugak komen aku disiarkan di akhbar Berita Harian...antara nama2 samaran aku ialah siswazah terkilan, Guru DG41, pelanggan low profile tapi sekarang aku guna nama Wong Khoo Lai. Masa di Sarawak dulu aku guna nama terubuk bakar dan terubuk masin iaitu isu tiada bayaran perpindahan untuk guru pindah ke Semenanjung.

Dalam n3 kali ini aku uploadkan tulisan2 yang telah diterbitkan di akhbar. Sebenarnya banyak lagi tapi tak sempat beli surat khabar so tak boleh simpanla...





Pernah aku komen Maybank Kulai kerana tidak mesra pelanggan... tapi hari tu tak sempat beli surat khabar hari tu... ni kisah stafnya yang nak memperbodoh aku kerana aku datang pakai t'shirt lusuh dan berjeans serta berselipar kerana nak ambik bank statment.. Bila aku perkenalkan diri aku ( bukan berlagak tapi terpaksa ) baru nak mintak maaf. Kerana masih tak puas hati so aku tulisla kat paper. Bila keluar dalam paper kecoh Maybank Kulai. Boss HQ siap call aku... boss wilayah selatab call aku...boss Kulai call aku. Hari tu semua staf kena mengadap boss wilayah selatan. Boss Kulai mintak maaf...siap ajak aku berbuka puasa ( kebetulan bulan Ramadhan ), offer aku kad kredit dan personal loan. Nak jadi cerita orang yang aku sound adalah husband kawan Tanty.

Aku rasa ( perasan aku le ) aku bukanlah orang yang berlagak tapi kalau orang nak berlagak dengan aku 10X berlagak la aku... ( tak baik kan aku ).

Kerana habit... aku akan terus menulis kalau ada isu2 baek punya....ok...