Isnin, 9 Ogos 2010

ALUMNI AD 10 UiTM SHAH ALAM INTAKE 1986-1989 CASA RACHADO PD DIS 2008

Dis 2008 atas iniasiatif beberapa orang coursemate Art & Design UiTM Intake 1986-1989 satu pertemuan dengan bekas siswa diadakan di Casa Rachado Port Dickson. Lebih dari 20 bekas pelajar bersama keluarga masing-masing bertemu sejak majlis konvokesyen 1990. Dengan suasana yang cukup mesra dan perangai gila-gila masih lagi sebati dengan mereka walau pun telah bergelar ayah dan ibu. Itulah sebenarnya watak pelajar Art & Design. Kutuk mengutuk menjadi sendi ayat namun tiada yang terasa hati. Unsur 18sx tidak terkecuali. Masing-masing kena tebalkan telinga. Seorang rakan wanita berjaya melahirkan 10 orang cahaya mata sepanjang perkahwinan. Satu pencapaian tertinggi setakat ini. Tahniah. !!! Kami berpisah dalam suasana mesra dan berjanji akan bereunion semula namun belum lagi berkesempatan.

Di barisan hadapan dari kiri ialah Azmi, Zumaidi, Fuad, Bakri, Bahreyn, Khadijah, Rashidah dan Aziah. Di barisan belakand dari kiri Tajuddin, Nasir, Idris, Rosmi, Azman, Sihabuddin, Sulaiman dan Hj. Kamarddin.

Semoga bertemu lagi.

3 ulasan:

  1. Seronok jumpa kawan lama, terasa muda dan ceria gitu

    BalasPadam
  2. eh...ada lagi kawan kau yang tak de dlm gambar.razak ahmad n raja mazian

    BalasPadam
  3. Razak Ahmad dan Raja Mazian tu junior aku. Raja Maziah dulu aku rekomenkan kerja kat Ampang Press tampat aku kerja.

    BalasPadam