Ahad, 8 Ogos 2010

Projek Sapu Sawang Sempena Ramadhan

Hampir sebulan blog Yin Wong Khoo Lai tidak diupdate. Mungkin kerana sibuk atau mungkin kerana malas. Jadi sempena kedatangan bulan Ramadhan terasa pulak dan update blog namun tiada gambar yang dapat ku upload.
Sekolah aku sebenarnya baru saja selesai mengadakan program Perkhemahan Tahunan Pasukan Beruniform bagi tahun 2010. Mengadakan perkhemahan bukanlah merupakan sesuatu yang mudah kerana ia mamerlukan kerjasama dan pengorbanan. Kerjasama dari jurulatih /fasilitator dan peserta. Program bermula dengan kertas kerja. Dalam menyiapkan kertas kerja perlu perancangan terutama dari segi kewangan yang menjadi item utama bagi memastikan perkhemahan ini dapat dijalankan atau tidak. Lokasi perkhemahan juga merupakan item yang tidak kurang pentingnya kerana ia akan melibatkan kos.
Perancangan asal lokasi perkhemahan adalah di Kem PLKN di Gunung Pulai namun terpaksa dibatalkan kerana tiada masa yang sesuai. Lokasi berpindah ke Kem Dayang, Pekan Nenas juga terpaksa dibatalkan kerana kos yang tinggi dan tidak termampu oleh peserta untuk membayarnya. Bagi memastikan perkhemahan dapat dijalankan akhirnya padang sekolah dijadikan lokasi perkhemahan. Dengan bayaran RM15.00 sahaja seramain hampir 80 peserta menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan 3 hari 2 malam. Beberapa orang guru dilantik sebagai petugas semasa perkhemahan antaranya Mahathir, Megat, Azirul, 2 Shahrul, Devi Anuratha, Nor Farah Liana, Norfadhilah, Rafidah, Izatul, Angela, Loy dan 4 orang guru pelatih. Selain bertugas sebagai fasilitator, guru-guru bertugas sebagai tukang masak dan pelbagai tugas penting. 
Alhamdulillah perkhemahan dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat cabaran iaitu hujan lebat yang merosakan khemah peserta. Tiada kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan dan kecederaan.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat... kerana tanpa kerjasama dan terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga tidak mungkin perkhemahan ini dapat dijayakan.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan  Semoga Dapat Menjalani Ibadah Puasa.
( Insyaallah PIC akan disiarkan kemudian ) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan