Ahad, 29 Ogos 2010

POT LUCK BERBUKA PUASA ZON SELATAN

Aku ngan Som cadang nak buat berbuka sama-sama kat rumah kakak di Kota Tinggi. Tahun ini kakak jadi hostla... tahun lepas setiap rumah buat. Tahun cam sibuk gitu... so decice rumah kakak pada pot kita orang. Hari Sabtu yang ditetapkan kebetulan sekolah ganti so agak terkocoh kacah jugakla tapi dapatlah juga menyediakan beberapa menu. Bergerak dari Tmn Kulai Utama lebih kurang jam 6.15 dan sampai di Tmn Kota Jaya jam 7.05. Som and family dah sampai seawal jam 4.00 petang. Jom layan gambar.










Antara menu yang disiapkan untuk dingap sebentar lagi...

Antaranya ialah pecal, ayam goreng kunyit, asam pedas ikan parang dan mee hailam dari tuan rumah.  Rendang daging dan ikan  kembong sambal mentah dari Tmn Bukit Mutiara. Ayam ungkep, sambal goreng jaworld, sambal udang petai, dan paru-paru goreng dari Kulai. Selain itu kuih tako, murtabak, sardin rool, muffin serta tembikai. Ditambah dengan air tembikai, teh tarik, teh "o" panas, dan cocktail F&N hijau. Aku biasala... bila dah banyak menu... tak tau nak makan mana satu... ada yang tak dapat dirasa coz perut ana sudah penuhlaa... Alhamdulillah... masyaallah.

 







Persiapan akhir sebelum berbuka.

Makan...makan...tambah biar cepat beso...

Acara tapau menapau... entah le bila nak makan...


Cik Som control ramping. Tahan nafas tu...

Host bersama cucu perempuannya.

Lebih kurang jam 10.30 family aku n family Som pun balik....
jumpa lagi di aidil fitri. Host baru pasang lampu lap lip.

3 ulasan:

  1. sedapnya tengok kuah pecal ni....jangan lupa pesan kat tanty.....aku order kuah pecal 1 kg

    BalasPadam
  2. aku nak gak 1 kg... hihii...pendengki....

    BalasPadam
  3. Bestnya korang buka posa umah kakak. kakak tak buat mi hailam ke. mamamiraki n mummy gee, pecal Tanty memang sedap,ari tu masa aku datang dia pun wat pecal. tak rugi kalau ko oder 1 ke 2 kilo, kalau tak abis bagi kat aku sikit..

    BalasPadam