Ahad, 15 Ogos 2010

BERTAMBAH USIAKU

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah swt seru sekian alam... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw. Dengan keizinanNya diberi aku peluang untuk menghirup udara segar, memberi aku nikmat melihat, mendengar, nikmat makan, minum, berjalan dan 1001 nikmat yang masih aku nikmati sehingga hari ini 15 Ogos 2010 bersamaan 5 Ramadhan 1431 di mana usiaku mencecah 46 tahun. Biar pun tahap kesihatan aku tidaklah terlalu baik namun aku masih bersyukur jika dibandingkan insan yang terlantar atau tidak boleh berjalan. Aku amat bersyukur kerana banyak kurniaan Alllah swt kepadaku walaupun aku selalu lupa... lalai...dalam menjalankan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya.
Aku juga ingin mengucapkan seribu penghargaan kepada Astanty isteriku kerana bersamaku susah dan senang dan memberi semangat dalam menjalani liku-liku kehidupan. Begitu juga dengan puteraku Abby Iddin Harith sentiasa menceriakan kehidupanku.
Aku juga amat beruntung kerana menjadi salah seorang ahli keluarga Hj Omar dan Hjh Amanah... biarpun kami semua bukanlah golongan hartawan namun hubungan kami akrap. Tidak pernah berbangga dengan apa yang kami ada dan tidak pernah merendah-rendah segala kekurangan.
Aku juga sangat beruntung kerana mendapat rakan sekerja yang sentiasa bekerjasama dan saling bantu membantu dalam melaksanakan segala program yang dirancang.
Tanty sempat membeli untukku kek besday...
Jeng...jeng...jeng...ini dia kek "black forest".
Pasang lilin 4 besar 6 kecil...46 tahun le tu...
Bersama buah hati ku.... jomm tiuppppppppp.
Pastu...potong... tapi tak leh makan dulu...tunggu waktu berbuka kejab lagi.

5 ulasan:

  1. Selamat Hari Lahir yang 46.
    Muda lagi tuuuuuuuuu!
    Semoga terus waras dan dapat mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara!

    BalasPadam
  2. da 46 th ye umur kau.kejap sgt masa berlalu.dulu waktu sklh naik basikal aku selalu cubit2 kau sbb berat aku bonceng kau.

    BalasPadam
  3. alangkah sronoknya 30 tahun yg lalu ye...masa tu umur ko 16 tahun...aku baru 7 tahun...huhuhuuhuh..tim tu ko slalu boleh buli aku...

    BalasPadam
  4. slamat hari jadi YIN, cantik kek ko mesti sedap. aku rasa aku lah orang yang tak pernah sambut harijadi, apa lagi berkek2.... nak buat cam tu pun dah kasep la....

    BalasPadam