Selasa, 15 Mac 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 12 )

1989 akhirnya aku di final year. Semester 7 selama 6 bulan aku kena siapkan thesis aku. Nak cari tajuk yang sesuai dah satu hal... nak cari penasihat yang ngam satu hal... fikir punya fikir aku buat thesis pasal Finas.Aku sebenarnya tak suka kerja-kerja mengkaji, menemurah, mencari bahan rujukan dan sebagainya untuk menyiapkan sebuah thesis yang membolehkan aku grad. Penghasilan thesis ni 6 credithour. Beberapa kalilah jugak aku ke Finas dengan kapcai buruk aku dan akhirnya selesai jugak thesis aku. Dulu penggunaan komputer masih amat kurang so thesis aku, aku taip menggunakan mesin taip dan adalah setebal buku Rekod Mengajar. Bila dah siap satu hal nak bentang pulak di hadapan lecturer dan studen lain. Aku dah bagi soalan kepada kawan-kawan dan soalan itu aku dah sediakan jawapan.
Kini aku di semester akhir tahun akhir. Aku perlu buat final project dan Diploma Show. Aku perlu siapkan bahan-bahan yang aku nak pamer. Penilaian hasil kerja akan dilakukan oleh penilai luar yang merupakan Art Director, Creative Director dan yan berkaitan dengan seni. Pengkhususan aku Seni Grafik dan aku ambil major Advertising dan minor Illustrasi. Aku kena buat iklan media cetak dan media elekrronik. Aku memilih produk "Dashing". Aku amat beruntung kerana mendapat lecturer sambilan yang sangat membantu. Untuk menyiapkan final project memerlukan kos yang besar. Iklan yang dihasilkan memang seakan-akan iklan di media cetak dengan teknik fotografi, model dan sebagainya. 
Akhirnya saat penilaian/Diploma Show pun tiba. Semalaman tak tidur kerana menyiap kerja dan mempamer. Alhamdulillah semasa penilaian, penilai tidak banyak songeh bertanya itu dan ini... maka tamatlah pengajianku di ITM... sedih kerana akan berpisah dengan rakan-rakan. Aku pun berangkut barang-barang ke rumah Kak Mah di Jalan Kelang Lama. 
Aku bertekad "Aku tak akan balik ke kampung un tuk mencari pekerjaan. Aku tak mahu menyusahkan Mak ngan Abah. Aku perlu berdikari. Kalau tak dapat pekerjaan yang berkaitan dengan kursus aku... jadi konduktor bas mini pun tak apa...asal tidak di kampung".
Era mencari pekerjaan pun bermula...dari satu syarikat ke satu syarikat aku menggalas beg folio. Seminggu, dua minggu sebulan namun belum ada rezeki kerana pada masa itu memang "kemelesetan ekonomi negara" sedang berlaku. Oleh kerana bosan mencari pekerjaan yang berkaitan dengan bidang aku aku mencuba menghadiri satu temuduga jawatan "Pemeriksa Kesihatan"dan nama syarikat tu Andaraya Sdn Bhd. Itulah yang tertulis dalam iklan akhbar.  Gaji yang ditawarkan RM500.00. Sampai di syarikat tersebut aku dikumpulkan di sebuah dewan dan diberi sarapan pagi. Aku masih tak tau apakah tugas "Pemeriksa Kesihatan". Selepasa sarapan maka taklimat diberikan. Laaaaaaa....apa ke benda ni.... ini pekerjaan yang memang aku tak leh gi. Nama sahaja "Pemeriksa Kesihatan" rupanya jadi jurujual plastik sampah. SAMPAH tul.... Mereka mengajar strategi jualan perlu pergi dari rumah ke rumah. Kemudian tanya tuan rumah plastik sampah apa yang mereka gunakan. Setelah melihat....biasalah kena cakap plastik tu tidak selamat, sampah mudah menjadi busuk dan akan mengakibatkan penyakit....maka Puan kena tukar plastik seperti yang saya jual yang mengandungi bahan untuk mengelakkan bau busuh dan membunuh kuman. Plastik ni berharga RM50.00 untuk sepuluh beg. Jurujual perlu pergi ke blok yang dibelakang dahulu supaya jika pembeli berfikir dan rasa nak memulangkan semula, kita dah di hadapan. "Strategi". Kalau laku sebungkus RM30.00 untuk syarikat dan RM20.00 untuk jurujual. Rupanya gaji RM500.00 tu ialah gaji pokok RM350.00 dan dijangka kita kan dapat menjual sekurang-kurangnya 8 beg dan papatlah kita RM500.00. Selepasa taklimat mereka memberitahu pada sebelah petang praktikal akan dijalankan dan yang baru mendaftar perlu ikut jurujual senior menjual. Selepasa makan tengahari...aku start kapcai aku balik rumah Kak Mah.
Setelah hampir dua bulan jual anggur bekas senior aku rekomenkan bekerja di syarikat tempat dia bekerja so aku pun pergi temuduga. Jawatan aku sebagai Assistant Graphic Designer. Nama syarikat tu Next:One Graphic & Advertising Sdn Bhd di Tingkat 13, Campbell Complex. Gaji yang di tawarkan.....jeng....jeng....malu nak sebut....RM 350.00. Mahu tak mahu aku terima coz ramai lagi kawan aku yang belum dapat kerja. Bayangkan RM350.00 gaji lepasan ITM. Memang perit dengan gaji sebanyak tu.... kerapkali jugak aku tak makan tengahari. Biar pun gaji yang kecil namun aku bekerja dengan sepenuh hati dan tak pernah balik sebelum jam 6.00 petang dan kerap juga bekerja sehingga selepasa jam 12.00 tengah malam kerana nak siapkan kerja. Maklumla pengalaman pertama bekerja selepas grad. Kadang2 hari minggu aku pun datang kerja sekiranya ada kerja yang urgent. Aku terasa amat jujur dan dedikasi ( bukan nak puji diri sendiri ) biarpun gajinya kecil. Di syarikat tu ada seorang Illustrator/Pelukis sepenuh masa yang membuat kerja untuk DBP, Fajar Bakti dan lain2 penerbitan. Namanya Razali Lesut dan pernah keluar ceritanya di Berita Harian. Dia ni menyewa satu sudut di syarikat ni untuk dia membuat kerja-kerja illustrator. Hasil kerjanya memang berkualiti, dan banyak buku teks DBP yang gambarnya dilukis olehnya. Dia mengajar aku dan meminta aku membantunya dengan sedikit bayaran. Sekiranya tiada kerja yang urgent, aku akan membantunya dan dapatlah RM5.00 untuk sejam. Oleh kerana syarikat ni pun hidup segan mati tak mau...kadang2 bila hari gaji, aku tak dapat bayaran penuh...cuma dapat advance je RM200.00 dan bakinya beberapa hari selepas tu...sengsara....tapi masih menunggu.
Selepas 3 bulan gaji aku dinaikkan kepada RM400.00. Antara peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ialah semasa aku menyiapkan seorang diri di syarikat tersebut dalam pukul 11.00 malam terasa nak kencing. Masalah nya nak gi tandas agak menyeramkan kerana memang ada cerita tersendiri di Complex Campbell ni...ada yang ternampak malam2 ada perempuan membasuh dsbnya le....dan kena pulak aku yang bukan penakut tapi tak berapa berani. Pikir punya pikir ternampak plastik air yang yang beli petang tadi....so k*nc**g dalam plastik. Lepas tu campak keluar yang di bawahnya adalah parking lot. Nasib le kereta siapa yang bermandi k*nc**g aku. 
Dalam pada tu aku gi audition/uji bakat di DBP  untuk persembahan pentas "Opera Siti Zubaidah". Nasib aku baik kerana diterima  sebagai pelakon untuk watak "Bendahara" ala rasa cam pak pacak jugakla.. Pengarahnya adalah Othman Hj Zainuddin dan pelakon lain yang dah ada nama masa tu... Yalal Chin, Fauziah Nawi, Imuda, Sabri Yunos, Abon, Wan Maimunah dan yang lain pelakon baru. Setiap petang jam 6.00 petang akan dijalankan latihan di DBP. Waktu magrib rehat dan makan malam disediakan. Habis latihan jam 10.00 malam kenderaan DBP akan menghantar balik. Hampir sebulan jugala berlatih.dan persembahannya diadakan di Oditorium DBKL. Bayaran yang diterima cuma RM400.00 sahaja. Jadi le...dah makan n pengangkutan free.
Satu hari Fuad@Capang@Belangkas mengajak aku untuk interview di syarikat tempat dia kerja. Masa tu dia jadi Art Director walau pun gaji masa tu baru RM900.00. So aku pun gi interview dan aku mintak gaji RM750.00....bukanla besar pun tapi lebih sikit dari tempat lama. 
Tibalah pulak perayaan aidil fitri.tahun 1990. Aduhhhhhhhhhh....masalah jugak ni. Yela dah jadi tradisi keluarga akan beri duit raya. Memangla masa tu anak saudara belum ramai...kalau tak silap aku Lan, Ain, Iwan, Ariff, Arul, Apis n Ija dan masa tu Gee n Enab masih belajar. Bayangkan la gaji RM750.00. Tolak EPF dan RM50.00, sara hidup RM400.00, bayar pinjaman RM80.00...FAMA RM50.00....dah RM580.00 + duit raya yang aku ingat anak sedara RM3.00 pastu Mummy Gee n Mamamiraki RM5.00 sorang. Kebetulan pulak kat kg nak beli meja makan so kongsi sorang RM50.00 lagi. Bayangkanlah..... balik KL lepas raya asyik puasa sunat jela...
"Sebenarnya kesusahan mengajar kita menghargai sesuatu yang kita dapat". Selalu aku tanamkan kat anak aku Harith tapi dia masih belum boleh terima. Mungkin dia masih kanak2.... dan kalau boleh aku tak mahu anak aku melalui kesusahan cam aku.

1 ulasan:

  1. Alahai Cikgu Bahreyn...
    Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian..
    Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..
    Haa..kan dah senang akhirnya.. awak org lelaki, betul2 kena kuat semangat dan kerja keras. Maklum nanti lepas grad, kena kerja bantu keluarga dan bakal jadi ketua dlm rumahtangga.

    Kami yg pompuan ni, lepas grad kalau tak dapat kerja..cepat dapat jodoh kira macam dapat kerja juga, sabagai assistant manager pd En Asben..mengurus segala department - sumber manusia, kewangan, properties, kitchen, dan macam2 lagi. Gajinya ikut kemampuan boss.

    Apa2pun syukur alhamdulillah, kesemua kita dilimpahkan rezeki masing2 dan berjaya meniti hidup hingga ke hari ini. Amin..

    BalasPadam